Sempena Hari Malaysia 16 September 2012

Salam semua

Hari Malaysia sepatutnya membawa makna kepada semua orang yang memahaminya tetapi apa gunanya jika sambutan Hari Malaysia tersebut hanya membawa maksud untuk bercuti jalan-jalan ataupun

“Just Another Holiday to spend”

Secara jujur jika tanpa merujuk Google Search Engine saya hanya tahu Hari Malaysia adalah Hari di mana penubuhan negara bernama Malaysia pada 16 September 2012.

Tetapi saya musykil kita menyambut Merdeka 55 tahun adalah untuk tanah Melayu manakala Sabah dan Sarawak bukannya 55 tahun merdeka

Itulah sebahagian fakta yang saya tahu tanpa merujuk Google dan tidak dapat dibayangkan jika sebahagian hanya membaca surat khabar harian Utusan Malaysia dan Berita Harian sahaja tanpa merujuk sumber2 lain.

Ibu saya dikampung juga tidak mendapat sumber bacaan internet dan hanya berpandukan televisyen dan surat khabar jika dibeli. Menjadi tanggungjawab saya dan adik beradik lain memberitahu sesuatu yang “lain” apabila pulang ke kampung.

Berbalik kepada Hari Malaysia 16 September 2012

Saya merasakan jika tidak dibuat sebarang aktiviti untuk generasi akan datang mengingatinya kembali (100 ke 200 tahun akan datang), maka pastilah generasi kita akan tidak mengenal langsung sejarah.

Bahkan, untuk maju ke negara berpendapatan tinggi pun pasti agak sukar kerana faktor membuat bisnes berpandukan projek kerajaan sahaja dan itu yang berlaku kepada sebahagian syarikat2 dan menyebabkan apabila tidak mendapat lagi tender kerajaan maka taktau nak buat apa dah.

Susah untuk mendapatkan generasi yang akan menghasilkan produk atau syarikat seperti

Apple, Samsung, Intel, dan Microsoft jika tidak berlaku anjakan dalam diri individu di Malaysia ini untuk berjaya dalam penyelidikan dan keusahawanan.

Suatu masa nanti, syarikat2 di Malaysia yang berpandukan kerajaan semata-mata tidak boleh mengharapkan wang kerajaan sahaja kerana jika tidak akan lemah dan akhirnya tidak mampu berdiri sendiri.

Kita mengharapkan ada individu yang berfikiran tersangat bagus dan akan menghasilkan produk sendiri kelak

Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diselaraskan dari kecil atau sekolah rendah lagi agar mereka menjadi apa yang kita inginkan.

Jika ingin lahirkan pemenang Nobel, maka kita harus mulakan dari kecil lagi.

Itu sekadar tulisan saya dan pendapat saya.

Anda bagitahulah apa pendapat anda pula ya.

Sharing the knowledge

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: