Salam,
Dalam entri pos yang sebelumnya saya berbicara mengenai bagaimana peperiksaan ataupun kelulusan itu tidak penting dari segi keupayaan bekerja bagi seseorang tetapi sebenarnya kualiti kerja atau bakat yang ada yang penting
Seperti yang sedia maklum, ada yang teperangkap dalam sistem pelajaran di negara ini yang saya terus terang katakan, agak kebelakang.
Bayangkan sebahagian yang keluar hanya mengikut telunjuk sahaja dan akhirnya hanya bercita-cita seperti Doktor dan Jurutera sahaja.
Tidak ramai yang mahu menjadi saintis kecuali yang sudah “disedarkan oleh orang yang rapat dengan mereka” dan tahu selok belok dunia ini
Lihat sahaja di negara-negara Barat, mereka yang memasuki universiti majoritinya adalah MEMANG INGIN MEMASUKI UNIVERSITI
Tetapi di Malaysia bagaimana pula?
Adakah satu trend?
Disebabkan ibubapa suruh?
Dah kawan2 semuanya masuk universiti?
Taktau nak jadi apa jadi main masuk aje?
Sebab itu ada masalah sebenarya dengan sistem pelajaran sebelum mereka memasuki universiti
Mereka tidak tahu apa yang mereka minat dari bangku sekolah lagi
Agak sangat terlambat bagi seseorang itu jika hanya menyedari apa yang mereka minat hanya apabila di universiti.
Tetapi walaupun terlambat, baguslah bagi mereka yang sedar tetapi jika yang tak sedar sampai bila-bila dan hanya bekerja biasa sahaja sampai bila?
Oleh itu, minat dan kerjaya ini harus diselidiki dari kecil lagi.
Ibubapa harus tahu apa yang anak minat dan mahir, maka asahkan bakatnya agar menjadi apa yang hendak dibentuk dari kecil lagi
Bagi mereka yang berada di universiti dan baru tersedar
nasihat saya agar teruskan sedaya upaya di universiti itu
disamping terlibat dalam aktiviti yang anda minat
Maksud saya jika di universiti memasuki bidang kejuruteraan disebabkan paksaan ibubapa, taktau nak kerja apa dan sebagainya
Maka, masuklah pertubuhan atau sebarang aktiviti yang anda minat selagi ianya baik dan bagus
Cari bidang yang anda minat dan cuba terlibat secara tidak langsung
Sebagai contoh jika meminati bidang agama, maka libatkan diri dalam aktiviti keagamaan dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa
Kelak apabila tamat pengajian, bekerja dan cuba ambil separuh masa dalam bidang yang anda minati.
Setelah itu, pastikan apabila anda berkahwin kelak dan ada anak, sentiasa fikirkan apa yang anak minat (selagi baik dan bagus) dan jangan sibukkan mereka dengan benda yang mereka tak minat kecuali bab agama. Bab agama harus ditanam dari kecil lagi dan ianya wajib.
Oleh itu, untuk menjadikan negara ini maju, kita memerlukan pelajar yang betul-betul ingin memasuki universiti dan bukannya disebabkan dah semua orang masuk universiti
Ada yang berjaya tanpa SPM dan dengan SPM sahaja bahkan ilmu mereka adakalanya lebih dari kita
Carilah kerjaya yang anda minati dan bukan yang anda bosan