Kepercayaan dalam Organisasi

Assalammualaikum

Dalam sesebuah organisasi, kepercayaan itu penting dalam memastikan organisasi berjalan lancar dan sebagainya

Adalah amat penting mengetahui siapa yang boleh dipercayai dan sebagainya kerana apa yang penting segala urusan kerja dijalankan secara penuh tanggungjawab dan amanah

Dalam konteks sesebuah organisasi, seorang majikan mesti mempercayai anak buahnya dalam menjalankan kerja dan jika tidak mempercayai pekerjanya maka haruslah ditamatkan sahaja perkhidmatan pekerjanya itu sekiranya terbukti tidak dipercayai.

Ini kerana seseorang pekerja itu diambil pekerja tanpa kita mengetahui dia seorang yang boleh dipercayai atau tidak

Jika sudah diambil, menjadi tanggungjawab majikan untuk mempercayai segala urusan berkaitan pekerjanya sehinggalah dibuktikan secara senyap-senyap pekerjanya itu tidak dipercayai

Tetapi yang menjadi masalah apabila pekerja yang bagus dijadikan mangsa sebagai ketidakpercayaan

diselidiki dan akhirnya terbukti yang bersalah adalah majikan kerana bersangka buruk kepada anak buah yang boleh dipercayai.

Seharusnya ketua sesebuah organisasi sepatutnya meminta maaf atas menyebabkan pekerja yang berdedikasi dalam menjalankan tugas tersebut merasa diri tidak dipercayai sepenuhnya oleh majikannya

Namun, yang berlaku adalah apabila kita merasa hebat dipuncak, hanya kita sahaja yang betul dan pekerja tidak dapat mempertahankan dirinya

Bagi saya, saya tidak kisah apa-apa pun kerana rezeki dari Allah S.W.T. dan bukannya majikan saya

Saya bersikap terbuka dan jika ada yang negatif saya akan menegur secara baik atau membiarkan sahaja sekiranya tidak mendatangkan sebarang kesan

Sebagai contoh, ada pelajar saya menelefon saya saya diwaktu awal pagi iaitu jam 1 pagi ke 2 pagi

Saya tidak kisah tetapi saya boleh matikan telefon dan terus membuat kerja atau tidur.

Tiada sebarang kesan

Kecuali jika ianya memberi kesan seperti pentingnya dan melibatkan nyawa dan sebagainya.

Seharusnya kepercayaan itu penting dalam sesebuah organisasi.

Jika seorang ketua bersangka buruk kepada pekerjanya, maka percayalah pasti organisasi itu mempunyai masalah dari segi pengurusan diri dan kepimpinan.

Tidak meminta maaf satu hal yang lain tetapi membiarkan ianya terus berlalu adalah satu kesalahan yang lain

Bagi saya, biarlah, yang penting saya tahu saya buat kerja yang ikhlas kerana Allah S.W.T. selaku pemberi rezeki mutlak

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: