Salam,
Seperti yang sedia maklum, kebangkitan rakyat memang akan berlaku dan setiap saat akan ada golongan muda yang berpandangan lebih jauh berbanding golongan yang sedia ada
Ini kerana, mereka tidak langsung takut dengan ugutan dan pelbagai lagi rintangan yang dihadapi
Bagi saya, jika ada seseorang pemimpin itu terasa tergugat, rasanya telah wujud kegentaran di dalam hatinya
Jika pemimpin itu benar, dia tidak perlu takut dan berkemampuan untuk melihat kesalahan dirinya dan menerima pandangan serta pendapat yang betul
Kita harus sedar, kita tidak boleh sentiasa betul 100%
Saya sendiri juga sedar, tetapi ada yang pada awalnya sedar, tetapi bila kuasa di tangan, semuanya menjadi berlainan sama sekali
Golongan muda pada masa hadapan pastinya lebih bertenaga dan hebat berbanding golongan muda masa sekarang
Oleh itu, saya amat mengharapkan kebangkitan golongan2 ini untuk menunjukkan kemampuan mereka untuk berdebat dengan mereka yang mengaku betul ini.
Saya rasa gembira kerana kehadiran saya sedikit sebanyak menambah warna dalam kehidupan ini
Saya tahu, jika seseorang itu terlalu mementingkan kuasanya serta sentiasa menganggap dirinya betul, akan menjadi tidak sedar dan akan tertinggal kebelakang dalam segenap hal
Semakin seorang itu menggunakan kuasanya, semakin hilang taringnya dan sokongan terhadapnya pasti menurun dengan mendadak
hasilnya?
Pasti hasilnya dunia disekelilingnya penuh lakonan
Apa yang dilihat adalah sekadar lakonan orang-orang sekelilingnya dan orang tersebut tidak akan sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh golongan yang berlakon ini.
Maka, saya berdoa agar jika saya menjadi pemimpin kelak, saya tidak dikelilingi dengan orang-orang yang berlakon
Biarlah dikeji dan dibiarkan kutuk asalkan ianya adalah bukan lakonan
Saya hanya perlu bersabar dan mengharapkan sesuatu akan berlaku pada masa hadapan di mana generasi masa hadapan lebih bertenaga dan berani berbanding saya
Buat apa hendak kehidupan dikeliling orang yang berlakon di mata kita. Baik ditimpa realiti daripada lakonan manusia.
sekadar nukilan di malam hari
Oktober 10, 2012 jam 10.14 Rabu