Saya semalam berjalan seharian menaiki kenderaan emak saya membawa isteri dan anak serta emak dan adik2 saya ke sekitar Taiping – Lumut dan Ipoh
Setelah sarapan di Hotel Seri Malaysia Taiping, kami bergerak sekitar jam 8 pagi ke daerah Lumut
Sampai di sana kami ke Marina Bay terlebih dahulu dan bergambar seisi keluarga
Kemudian, terus bergerak ke Lumut Waterfront untuk membeli makanan2 kering seperti sotong gula, satay ikan kering dan beberapa makanan kering yang lain seperti ikan bilis dan sotong
Perjalanan ke Ipoh juga agak memenatkan kerana banyak Traffic Light dan juga suasana Ipoh yang banyak kereta.
Seterusnya, kami pulang ke Jitra dalam jam 2 petang dan sampai di Jitra pukul 5 petang lebih.