Zaman dah berubah dan pantas

Salam semua,

Agak lama juga saya tidak menulis blog ini dengan serius tambahan pula terlalu banyak kerja-kerja peribadi dan pejabat yang harus diutamakan terlebih dahulu selepas yang terutama iaitu kepada Allah S.W.T.

Jika kita lihat tajuk saya ini, saya sekadar ingin menoleh kebelakang mengenai apa yang berlaku pada zaman ibubapa kita dahulu atau tahun 1950 ke 1970 berbanding tahun kita 2000 ke atas ini.

Dahulu, jika masuk universiti sudah pastilah riuh satu kampung dan kenduri besar dibuat namun sekarang dengan perkembangan ilmu yang pesat, jika anak itu mendapat ijazah kedoktoran ataupun menjadi Dr. ianya hanyalah setakat biasa-biasa sahaja. Usahawan yang dipandang sekarang berbanding pangkat-pangkat yang disandang. Jika anda banyak duit dan banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan tanpa sebarang pangkat, maka itulah yang dianggap berjaya.

Bukan ingin mengatakan PhD yang kita ambil atau jurusan perubatan atau kejuruteraan itu tidak bagus, tetapi itulah yang dipandang masyarakat. Saya tidak prejudis kepada sesiapa pun cuma sekadar mengambil kira apa yang kita tengok sekarang.

Anda tidak boleh memakai sebuah kereta mewah tanpa menjual produk samada berbentuk fizikal atau idea kecuali mendapat lorong-lorong rahsia dan perkara tersirat yang lain. Oleh itu, kejarlah bidang keusahawanan kerana itu lebih bagus. Bukankah berniaga itu lebih baik dan dipandang baik disisi Islam?

Kemudian kita lihat juga, bagaimana zaman ibubapa kita nak balik kampung memerlukan masa yang agak lama. Manalah lebuhraya PLUS siap lagi masa tu, jalan lama dan kereta lama. Maka nak pergi kesesuatu tempat itu agak sukar dan komunikasi juga terhad. Hanya berpandukan surat sahajalah mungkin.

Tetapi zaman sekarang, dengan Google Search, smartphone canggih, Google Map, blog-blogspot serta teknologi GPS. Anda hanya perlu suruh rakan anda melayari laman Google Map, dan click What’s Here (klik kanan) maka terpaparlah koordinat GPS.

Maka apalagi, masukkan sahaja koordinat GPS dalam alat GPS anda maka insyaAllah sampailah tempat yang dituju dengan membawa kereta sebaik mungkin menerusi lebuhraya PLUS.

Itu belum lagi masa hadapan dengan keretapi laju yang bakal siap ke Alor Setar kelak (sekarang sampai Ipoh aje).

Lupa juga, sekarang everyone can fly menerusi Air Asia. Anda makan gaji pun boleh naik kapal terbang. Semua orang boleh asalkan anda bekerja dan ada gaji.

Pernah saya ke Sabah dua orang (bersama Isteri) hanya RM250 sahaja termasuk makan minum untuk Pergi dan Balik. Maksudnya RM50 sahaja seorang + charge.

Maka sebab itulah berlaku lambakan kereta di lebuhraya jika musim perayaan.

Jika tidak dikawal, apa yang akan berlaku pada 30 tahun ke 50 tahun akan datang. Pastilah teramat sesak dan memang dunia akan menjadi semakin sesak. Sampai satu masa, tiada lagi tempat untuk diduduki kerana purata kelahiran meningkat dan purata kematian menurun dengan perkembangan bidang perubatan yang meluas.

Kelak, umur 60 tahun dikira sebagai muda juga kerana yang kebanyakkannya berumur 80 tahun dan 90 tahun ke atas. Jika anda umur 20 tahun, itu setakat remaja biasa sahaja.

Kesimpulannya, generasi akan datang akan lebih bersaing dan kita akan lihat pelbagai ragam kehidupan akan datang kepada generasi anak-anak serta cucu-cucu kita. Cuma kita kena pastikan generasi kita semua dapat membangunkan umat Islam dengan lebih berjaya berbanding generasi kita.

Merekalah pemimpin di masa hadapan (anak-anak kita sekarang) dan jangan kita terlalu beremosi dengan diri kita yang kita hebat. Kita kena pastikan generasi selepas kita lebih hebat dan kuat daripada kita sendiri. Cabar diri mereka buktikan mereka lebih hebat dari kita untuk masa depan yang lagi cemerlang.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: