Amannya negara ini

Salam semua,

Bukan saya menidakkan keamanan di Malaysia ini

Tetapi, saya juga merasa tidak bangga dengan keadaan yang disebut “aman” ini.

Apa gunanya “aman” jika berleluasanya pengaruh hiburan di kaca-kaca televisyen dengan yang kebanyakkan terdiri orang Islam?

“Aman” kah jika banyak masalah rempit, kes-kes jenayah seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya?

Wah, banyak betul masa mereka nak buat pelbagai maksiat dan jenayah tatkala disebut “Aman”

Tidak guna aman jika masa pun dibiarkan berlalu tanpa ada sedikit pun penghayatan dan ajaran Islam dikembangkan

Bagi saya, selagi ada maksiat walaupun sebutir atau jenayah sebutir, tugas kita belum selesai

Tugas kita belum selesai dan kita belum lagi aman selagi rakan2 Islam kita ditindas di Syria dan juga di Palestin

Saya tahu saya tidak mampu membuat apa-apa untuk rakan2 kita di Palestin dan Syria kecuali menderma, berdoa dan menulis di dalam blog.

Tetapi jika semakin banyak yang berdoa, maka pastilah Allah akan menolong masyarakat kita

Cuma lihat Dragon Ball oleh Goku

Goku mengumpulkan “Bola Jiwa” yang memerlukan semua orang mendermakan “Qi” nya untuk membolehkan menumpaskan orang jahat yang hanya seorang

Oleh itu, kita perlu bersatu dan dalam komik Jepun tersebut dah ditunjukkan elemen baik iaitu bersatu untuk menumpaskan orang jahat

Maka, tugas kita tidak selesai selagi kita tidak menjadikan komuniti kita bersatu hati

Jauhilah diri daripada berkata amannya negara aku ini kerana ianya menjadikan kita malas dan tidak berusaha

Sebaliknya, jadikan diri kita untuk menjadikan segenap masyarakat semuanya berpegang teguh pada ajaran Islam

InsyaAllah masa hadapan akan jadi lebih baik.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: