Diri Kita Sendiri

Salam semua,

Saya dari dulu lagi berfikir bahawa segalanya ada sangkut paut dengan diri kita sekiranya apa yang kita ajar itu tidak masuk dalam minda pelajar2 sebahagian besarnya

Maksudnya

Sebagai contoh, jika seseorang itu jenis pendiam tetapi mengajar sebilangan pelajar maka sudah pasti sebahagian besar pelajar2 juga berdiam dalam kelas

Ini berlaku jika dalam satu kelas di mana apabila dalam kelas hampir tiada langsung pelajar mahu bertanya sebab dari sekolah lagi mungkin malu bertanya.

Sebabnya apa? majoritinya juga sama sahaja pengajar dan juga pelajar

Jika tidak percaya, cuba anda jadi seorang yang ceria dan banyak bertanya dalam sesuatu mesyuarat atau kelas ketika belajar dahulu,

Maka secara automatik sebenarnya anda akan mendapati pelajar yang anda ajar juga kerap bertanya kerana ada rahmat dari Allah S.W.T. yang diturunkan agar pelajar2 tidak takut untuk bertanya.

Ini sebenarnya bersangkut paut dengan amalan kita juga

Ianya bukan sekadar malu tetapi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus

JIka dalam mesyuarat pun sudah pendiam maka kemungkinan besar pelajar yang diajarnya juga agak pendiam (sebahagian besarnya)

Maka sebab itulah kita juga kena belajar terima kesilapan orang lain atau kelemahan pelajar2 itu

Kita juga tidak sempurna maka tidak berguna nak menyalahkan mereka 100%

Jika anda speaker yang hebat, percayalah, anda akan dapat rasa auranya tersendiri

Ada satu seminar saya pergi penceramahnya amat mengagumkan dan saya sendiri tergerak hati nak bertanya. Ini berlaku ketika di satu persidangan dan saya bertanya berkaitan bidang tersebut.

Jadi, sebenarnya tugas kita adalah mewujudkan satu aura atau rasa ingin bertanya dan tidak kekok dalam kelas untuk pelajar-pelajar

Mulakan dengan diri kita dahulu, saya sendiri semakin hari semakin berusaha cuba improvekan diri saya agar pelajar2 tidak rasa takut nak tanya

Cuma yang menjadi masalah adalah pengajar itu sendiri tidak mahu sebarang pertanyaan!

Tepuklah dada anda dan tanya ilmu anda ni ikhlas ke atau bagaimana

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: