Selamat Hari Jadi Kepada Isteriku Tercinta

Assalammualaikum,

Sempena Hari Jadi yang ke-27 buat isteriku, saya ingin mengucapkan dan mendoakan beliau agar kehidupan diredhai dan dirahmati Allah S.W.T.

Ya Allah, sesungguhnya suami kepada isteriku ini Nur Baizura Abd Jalal, memohon agar dipanjangkan umur serta dikurniakan kehidupan yang sentiasa lebih baik dari hari kebelakangnya. Semoga dikurniakan ketenangan dan juga kelancaran hidup di masa hadapan.

Ya Allah Ya Tuhanku, Bukakanlah pintu kebajikan, pintu keberkatan dan juga segala pintu kebaikan yang ada di dunia dan diakhirat agar sentiasa dipermudahkan urusan di dunia dan diakhirat untuk beliau.

Ya Allah Ya Tuhanku, Jadikan beliau seorang insan yang tabah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mengikut jalan Islam yang sebenarnya. Semoga buah fikiran dan pandangannya menjadi semakin tajam dalam memartabatkan Islam di muka bumi ini.

Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosanya dan sentiasa Engkau tunjukkan beliau ke jalan yang lurus lagi benar dan semoga kehidupannya semakin bertambah baik.

Amin Ya Rabbal Alamin

Hamzah Asyrani,
November 7, 2012
Jam 6.53 AM, Rabu

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: