Satu pandangan terhadap generasi masa hadapan – 100 tahun ke hadapan

Salam semua,

Saya melihat, ketaksuban terhadap Bahasa selain Bahasa Melayu semakin meningkat berbanding Bahasa Melayu itu sendiri.

Lihatlah, jika rakyat atau pelajar kita diluar negara perlu memahami bahasa negara tersebut kerana semua buku teks adalah dalam bahasa mereka.

Tetapi kita? Merasa bangga menggunakan buku barat sedangkan TERSANGAT SUSAH mencari buku Bahasa Melayu berkaitan kejuruteraan berbanding buku mat saleh.

Dahulu saya belajar, menggunakan Bahasa Melayu di universiti sebelum diubah semula kepada Bahasa Inggeris sepenuhnya pada zaman adik saya pula

Saya pun tidak faham, “Mereka” ini merancang apa sebenarnya untuk sistem pendidikan?

Adalah hanya sekadar perancangan bersifat sementara atau sememangnya melahirkan generasi masa hadapan yang bersifat open minded dan bukannya closed minded.

Saya amat berharap pelbagai lagi masalah ini diatasi dengan segera kerana lama kelamaan tidak ada rasa bangga terhadap pencapaian diri sendiri.

Impact factor pula satu permainan barat yang dimain oleh barat untuk menarik minat penyelidik Malaysia agar menerbitkan jurnal mereka di sistem pangkalan data jurnal mereka.

Siap ada ranking lagi dan menjadikan kita juga berlumba-lumba mengejar ranking tetapi kualiti suram.

Buku tidak lagi dipandang mulia dan patutlah hampir tiada langsung buku kejuruteraan dalam bahasa Melayu.

Jika ada hanya sekadar modul pengajaran dan bukan mempunyai International Status.

hanya sekadar dalaman sahaja.

Saya dengan ini menyeru generasi-generasi berikutnya agar dapat membangkitkan perasaan untuk memartabatkan apa yang kita patut lindungi.

Jika tidak, Malaysia tidak akan lagi mempunyai identiti lagi yang tersendiri.

Sekadar pandangan saya yang cuba melihat di mana masa hadapan generasi selepas saya atau selepas anak saya (100 tahun akan datang)

Published by razorjr

Research and Academician

One thought on “Satu pandangan terhadap generasi masa hadapan – 100 tahun ke hadapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: