Salam semua,
Lazimnya topik ini jarang dikupas tetapi setelah mengharungi beberapa keadaan dan pengalaman, maka saya mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan
Perkara pertama
Pelajar pada amnya dalam menjawab soalan peperiksaan itu terbahagi kepada dua kategori. Iaitu samada menghafal sepenuhnya atau separuh nota untuk menjawab DAN pelajar yang memahami sepenuhnya atau separuh faham nota atau pelajarannya
Semasa menjawab soalan peperiksaan, mereka akan cuba sedaya upaya mengeluarkan kembali apa yang difahami dan diingatinya
Maka timbullah jawapan yang sama dan sememangnya setiap butir ayat itu menepati ayat skema
Jika orang yang faham sesuatu keadaan atau menguasai subjek itu, biasanya agak lain sedikit jawapannya
Perkara kedua
Kadang-kadang, jika kita tidak mewajibkan pelajar memakai pen dalam peperiksaan, pasti ramai yang menggunakan pensil. Oleh itu, jika mahu pelajar menjawab guna pen, perlu tegaskan dan mengatakan bahawa “Penggunaan Pensil dilarang dan sebarang tindakan menggunakan Pensil akan melibatkan penolakan markah”.
Jika tidak, pasti banyak kertas jawapan anda dipenuhi tulisan-tulisan pensil.
Perkara Ketiga
Jika terdapat DWI bahasa dalam kertas soalan, disebabkan di dalam kelas nota semuanya dalam bahasa Inggeris, sudah pastilah majoritnya menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sedangkan tidak salah menjawabnya dalam Bahasa Melayu.
Bahkan, ikut pengalaman saya, mereka cuba menulis dalam bahasa Inggeris tetapi akhirnya ayat yang dibuat membawa kepada maksud yang lain dan melibatkan penolakan markah.
Jika ada dalam Bahasa Melayu, tulis sahaja apa yang anda faham dalam Bahasa Melayu dan itu lebih mudah
Perkara Lain
Sebenarnya, dalam menjawab sesuatu soalan, jawablah dengan yakin dan penuh minat,
Kerana jika kita tidak ikhlas dalam menjawab sesuatu soalan peperiksaan untuk kerjaya anda masa hadapan, maka lebih baik anda tumpu terhadap apa yang anda nak jadi pada masa hadapan
Sepatutnya kita perlu gembira dalam apa yang kita sedang buat.
Sebagai contoh, jika kita masuk universiti, maka pastikan set dalam minda bahawa anda ingin berjaya dan buat dengan penuh minat.
Pastikan kita jadikan ianya sebagai satu platform untuk sesiapa yang menanda kertas jawapan anda tahu yang anda sebenarnya memang menunjukkan minat terhadap pelajaran.
Maka dengan ini pastilah Malaysia dapat bergerak ke arah negara maju.
Saya berpendapat, masuk universiti bukan satu satunya cara menunjukkan anda pandai.
Anda boleh jadi orang yang berjaya dalam usahawan, berjaya dalam kerjaya penulis, pelukis dan lain-lainnya
Masuk universiti bukan tanda anda pandai sekarang ini. Tetapi tanda anda minat.
Ingat, masuklah universiti sebab anda minat dalam pelajaran dan bukan sebab dipaksa dan sebab orang lain masuk universiti.