Tidak Perlu Bermegah dan Berbangga Berlebihan

Salam,

Dalam dunia ini, manusia sudah terbiasa dengan pengiktirafan manusia yang lain

Sedangkan pengiktirafan oleh Allah tidak dipedulikan dan tidak dikejar

Allah janjikan syurga kepada yang beriman dan beramal soleh

Tetapi solat lewat, puasa sekadar tahan makan minum, amalan yang lain dipandang ringan.

Tetapi Bachelor Degree, Master, PhD dikejar habis-habisan sehingga amal ibadat pun tertinggal dan terlewat

Jika dalam penyelidikan berhempas pulas dan berjaga malam tetapi apa ANDA BUAT UNTUK ALLAH?

Yang menjadikan anda dan membolehkan anda bernafas di udara ini?

Bachelor Degree, Master dan PhD hanya sekeping kertas pengiktirafan manusia.

Lebih teruk lagi apabila dijadikan medium untuk membezakan dengan manusia lain.

Dipandang rendah kepada sesiapa yang tiada sijil

PhD pandang rendah kepada yang master

Master pandang rendah kepada yang Bachelor Degree

Dan yang ada kelulusan pandang rendah yang tak ada sijil atau Diploma Level

Jadi, apa yang anda bangga sangat dengan sekeping kertas itu?

Mana lebih baik, ilmu yang diamalkan dan diajar kepada semua orang tanpa sedikit pun tertinggal ataupun ilmu yang anda beli?

Ilmu yang dibeli = Pengiktirafan Manusia

Ilmu yang free = Amalan ibadat harian yang anda kunjungi masjid-masjid dan sebagainya

Tak usahlah berbangga berlebihan

Ini tidak, dimarahnya apabila orang tidak memanggilnya Dr. dan sebagainya

Ya memang benar kita perlu menghormati yang mempunyai ilmu yang lebih

Bagi saya, orang perlu menghormati dari segi tahap ilmunya itu, maka dengan itu akan lahir perasaan ingin menghormati dan memanggilnya mengikut tahap ilmu tersebut seperti Ustaz dan sebagainya

Percayalah, ada “aura” tersendiri jika anda benar-benar ikhlas dalam mengajar dan mempelajari ilmu.

Orang sekeliling akan tersendiri memanggil apa gelaran yang anda sendiri tidak perlu sebutkan atau menyuruh orang memanggilnya

Tetapi diingatkan juga, semua juga manusia termasuk para ulama dan ustaz, ilmuan dan sebagainya

Tidak terlepas dari dosa dan oleh itu kita semua perlu sedar bahawa pangkat dan darjat tidak memainkan peranan penting sesama manusia

yang penting apa pangkat anda disisi Allah.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434

Semoga pangkat dan darjat kita disisi Allah dikedudukan yang baik. InsyaAllah.

Published by razorjr

Research and Academician

2 thoughts on “Tidak Perlu Bermegah dan Berbangga Berlebihan

  1. I suppose I am looking for some sort of reminder for the last few weeks. Perhaps I have found it in this post. So thanks, really.

    Sometimes we wrote something for our own memory or reminder, and sometimes we might not realize that it could help other people.

    “Allah janjikan syurga kepada yang beriman dan beramal soleh

    Tetapi solat lewat, puasa sekadar tahan makan minum, amalan yang lain dipandang ringan.

    Tetapi Bachelor Degree, Master, PhD dikejar habis-habisan sehingga amal ibadat pun tertinggal dan terlewat”.

    Deep.

    –Noor Baizura–

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: