Salam,
Bertolak dari rumah di Kepong adalah dalam area jam 10 pagi.
Berhenti sebentar di Tapah RNR untuk berehat dan kemudian meneruskan perjalanan dengan mengikut area Tapah.
Sejauh 57 Kilometer harus ditempuhi untuk ke Tanah Rata namun jalan yang agak mencabar agak mencabar minda driver iaitu saya untuk terus fokus dan mara kehadapan.
Jika dibandingkan dengan jalan di ke Gunung Kinabalu dan Poring Hot Spring di Sabah, rasanya kedua-duanya hampir sama kecuali ada perbezaan berikut:-
a) Jalan di ke Gunung KInabalu dan Poring Hot Spring mempunyai jalan tar yang lebih elok berbanding jalan ke Cameron Highland ini (Jika mengikut Tapah).
b) Dari segi bengkang bengkoknya, diakui jalan Cameron Highland ini lebih bengkok berbanding jalan Gunung Kinabalu
c) Kecuraman pula jika dibandingkan, jalan ke Gunung Kinabalu dan Poring Hot Spring lebih curam dan lebih tinggi kerana ketinggian semasa berada di kaki Gunung KInabalu dan Poring Hot Spring antara 1.5 KM ke 2.0 KM dari aras laut. Berbanding Cameron yang pada peringkat antara 1.3 ke 1.7 KM.
d) Jalan agak sempit di Cameron Highland jika dibandingkan di jalan Gunung KInabalu
e) Jarak ke Poring Hot Spring adalah sekitar 90 KM dan ke Cameron Highland Tanah Rata adalah sekitar 60 ke 70 KM
f) Oh ya, jika di Sabah, ada banyak juga laluan lurus untuk memotong lori dihadapan jika dibandingkan dengan jalan ke Cameron Highland yang agak sukar untuk memotong.
g) Cuaca? Sebenarnya di Kaki Gunung KInabalu adalah lebih sejuk tetapi jumlah penempatan agak kurang berbanding di Cameron Highand kerana majoriti hotel disitu dibuat untuk para penaiki gunung atau pengunjung yang ingin mengunjungi tempat-tempat yang berkaitan Gunung. Jika di Poring Hot Spring dan sebagainya, cuaca panas sahaja seperti biasa. Bermaksud, Cameron Highland lebih sejuk dan ada banyak penempatan serta pelbagai tempat menarik jika dibandingkan keadaan di kaki Gunung KInabalu. Saya buat perbandingan dari segi ketinggian ya. Sebab sewaktu anda di Cameron Highland, ada banyak hotel untuk anda duduk dan sebagainya berbanding di kaki Gunung Kinabalu yang mempunyai sebilangan hotel sahaja dan kebanyakkan mungkin disewa untuk menaiki gunung dan tiada penempatan seramai di Cameron Highland
Kami tiba di Prima Villa dalam jam 3 petang dan ada apartment untuk disewa disini dengan rate Rm250 semalam pada hujung minggu dan cuti sekolah. Jadi, ini rate paling tinggi la kot. Mungkin hari biasa dapat rendah.
Pada sebelah petangnya setelah makan nasi berlauk yang dimasak oleh keluarga mertua saya, kami bergerak ke Pasar yang terkenal di Cameron Highland dan didapati agak sukar mendapatkan tempat parking. Tetapi Alhamdulillah dapat juga kami tempat parking tanpa dicari kerana nasib menyebelahi kami dan Alhamdulillah.
Disebabkan isteri saya tidak beberapa sihat, kami dapat berjalan beberapa ratus meter sahaja dan kemudian saya dan anak saya (saya dukung) sahaja yang saya bawa berjalan sambi membawa strawberri with coklat yang saya tersilap rasanya beli kerana agak pahit coklatnya dan tertumpah pula coklat tersebut dekat pakaian anak saya. Sebabnya coklat tersebut cair walaupun sepatutnya mengeras!
Saya rasakan pada masa catatan ini ditulis, cuaca tidaklah terlalu sejuk tetapi dilingkungan 19 ke 20 darjah celcius kerana mungkin sudah biasa dengan aircond di rumah yang dipasang pada sekitar 19 ke 22 darjah celcius.
Nanti kita lihat apa pula catatan pada hari kedua ya.
Jam 6.09 pagi, Hari Sabtu, 17 November 2012 bersamaan, 3 Muharam 1434 Hijrah.