Salam,
Sebenarnya, saya akan berbicara mengenai bezanya anda dengan mereka
Kebanyakan suka mencari alasan menggunakan perkataan “aku sibuk masa tu, mana boleh buat kerja-kerja tu”
Adalah antara alasan yang boleh dikatakan antara alasan paling lemah sekali di dunia.
Lazimnya, kita mengetahui tahap keupayaan seseorang melakukan kerja itu adalah berlainan antara satu sama lain
Ada yang mampu bekerja sehingga 3,4 kerja dalam satu-satu masa
Ada yang perlu menumpu satu-satu kerja sahaja pada satu-satu masa
Oleh itu, apa yang berbezanya adalah tahap keupayaan individu.
Adakah boleh dipertingkatkan sebenarnya?
Sebenarnya boleh, kerana manusia ini adalah satu kejadian unik yang dinamik
Jika diasuh dan diajar pasti akan meningkat keupayaan tersebut
Terlalu banyak alasan daif akan menyebabkan sesorang itu menjadi lemah
Oleh itu jangan taburkan alasan, sebaliknya berkatalah seperti
“Aku akan cuba buat mana yang mampu”
“Boleh dibuat tetapi bagi aku sejumlah masa”
“Boleh aku cadangkan penambahbaikan terhadap cadangan tersebut”
dan sebagainya
Satu lagi yang perlu ditekankan adalah keupayaan individu/organisasi menanggung risiko.
Organisasi/Individu yang kuat sentiasa akan mara kehadapan kerana keupayaannya menanggung risiko terhadap keputusan yang lebih mencabar
Sebagai contoh, ada beza antara yang berjogging 1 km dan berjogging 10 km.
Menanggung risiko untuk 10 km setiap hari akan membolehkan badan orang tersebut lebih sihat dan lebih berupaya.
Jika dicampak di kawasan yang perlu berjalan 10 km, sudah pasti tiada masalah bagi yang selalu berjogging 10 km.
Tetapi yang 1 km? pasti menghadapi sedikit kesulitan
Jika anda berjumpa dengan orang yang sentiasa membuat keputusan selamat sahaja, saya cadangkan anda tidak perlu membuang masa dengan orang tersebut.
Tidak berani menanggung risiko dan hidupnya adalah terlalu selesa dengan apa yang ada.
Sekian