Kehidupan Oh Kehidupan

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, hari kita bersahur untuk berpuasa pada hari ke-12.

Memandangkan kita sedang menuju ke pertengahan Ramadhan, maka eloklah kita duduk dan berfikir paling tidak sejenak apa yang kita telah lakukan dalam beribadah kepada Allah.

Sementara itu, musim Ramadhan ini merupakan peluang untuk kita mengatur perjumpaan keluarga pada hari raya kelak. Bukanlah kita menidakkan Ramadhan, tetapi Syawal itu akan tiba selepas Ramadhan dan perancangan itu penting dalam segala hal termasuklah soal beribadah.

Kita adalah manusia. Memang benar, salah dan silap, betul dan benar merupakan intipati kehidupan kita.

Kita mengatakan donut itu manis. benar.

Orang lain mengatakan donut itu kurang manis. benar.

Siapa yang menipu atau tidak benar? Sebab itulah dalam segala hal, kita sendiri tidak pasti jawapan mutlaknya.

Jawapan setiap individu adalah berbeza, tetapi benar!

Cuma yang penting, jangan terlalu terlampau atau terlalu ekstrem. Jika kita ada fakta ianya kurang manis, kita bentangkan dan cukup sekadar itu dan terpulang kepada orang menerimanya.

Sama seperti teori-teori yang tidak dapat dipastikan melalui eksperimen.

Seperti survey. Responden bukannya semua orang. Dan semua orang bukanlah dikeadaan terbaik dalam memberi jawapan.

Sebagai contoh jika individu tersebut sedang dalam keadaan tergesa-gesa, adalah mustahil mendapatkan jawapan untuk soalan yang kompleks. Tetapi ada individu walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, jawapannya tetap juga bagus.

Itulah manusia.

Mereka boleh buat orang terasa atau orang boleh buat manusia lain terasa.

Dah nama manusia maka kesilapan itu tetap berlaku kepada semua orang.

Kita tidak sesekali tidak boleh mengatakan kita solid benar kecuali datang dari Al-Quran, Hadis oleh Nabi, dan para ulama yang disegani.

Siapalah kita dalam menentukan kehidupan di dunia ini. Semuanya terserah kepada Allah dalam membenarkan sesuatu.

Oleh itu, hiduplah seperti biasa dan ingatlah, teruskan hidup lagi sesuai berbanding hidup merana akibat terlalu tertekan perasaan.

Buat apa kita dalam hati hidup tertekan. Hidup dan enjoy kehidupan ini dan ingat kita masih ada Allah S.W.T.

Doa sahaja terhadapNya dan hanya Dia yang akan membantu kita dalam kehidupan.

Ceria dan senyum selalu adalah ramuan terbaik.

Cara yang bagus adalah elakkan dari berfikir berkaitan perkara yang menyakitkan hati dan pergi ke aktiviti yang menceriakan kehidupan.

Berjogging, berenang dan sebagainya untuk menghilangkan stress. jeritlah sepuas hati di Taman-taman Botanikal ataupun sewaktu memanjat gunung.

Apabila tiba waktu tenang, bacalah ayat-ayat Al-Quran atau membuat penyelidikan bagi penyelidik.

percayalah, aktiviti2 sebegini dapat membantu melupakan apa yang melukakan dan insyaAllah sedikit demi sedikit hati anda dibentuk kepada yang lebih cekal dan tabah.

hasilnya, peribadi anda adalah paling kukuh dan utuh tanpa ada sebarang tekanan mampu meruntuhkan diri anda sendiri.

Selamat maju jaya!

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: