Perihal Pensyarah Bahagian 2

Assalammualaikum,

Saya mendapat banyak pertanyaan berkaitan perihal pensyarah di luar sana dan saya berpendapat bagus juga dibuat satu lagi topik untuk bahagian kedua.

1. Adakah beza antara master di IPTA dan IPTS?
– Tiada bezanya kerana yang penting adalah ianya diiktiraf oleh agensi2 berkaitan dan juga ianya dibuat dengan penuh dedikasi. Seperti seseorang itu hebat semasa menyambung master di IPTS dan banyak kertas kerja diterbitkan berbanding seseorang yang hanya menerbitkan satu penerbitan sahaja di IPTA. Dan juga sebaliknya apabila yang berada dan mengambil PHD di IPTA lebih berusaha berbanding yang berada di IPTS. Maka ianya bergantung kepada individu terbabit. Yang penting anda menyambungnya disebabkan ilmu dan bukannya punca rezeki.

2. Menyambung master atau PhD di luar negara dan dalam Malaysia mana lebih baik?
– Sama seperti di atas,tiada bezanya kerana jika di Malaysia contohnya di UTM atau universiti2 penyelidikan yang lain ataupun mana2 universiti sekalipun anda seseorang yang sangat berusaha dan menerbitkan penerbitan bermutu Q1 (jurnal paling tinggi arasnya), maka anda tetap terbaik berbanding yang berada di luar negara.
– Bezanya juga mungkin dari segi pengalaman tetapi sambung di Malaysia membolehkan anda balik kampung sentiasa dan juga dapat juga melancong ke luar negara menggunakan duit geran (jika geran itu besar) dan boleh belajar selok belok menjadi pensyarah di universiti Malaysia kerana anda mungkin disuruh mengajar juga, assist pensyarah dalam pelbagai perkara.
– Luar negara juga bagus kerana dapat melihat negeri orang, dapat belajar dari orang hebat. Tetapi ingat, belajar dari orang hebat tak semestinya menjadikan anda hebat kerana anda yang menentukan anda hebat atau tidak. Iman tidak dapat diwarisi.Sama seperti taraf  ilmu juga tidak dapat diwarisi

3. Gaji orang yang menyambung master/PhD diluar negara lebih tinggi atau sama?
– Saya terpaksa beritahu juga yang gaji tetap sama kerana tiada beza yang menyambung di luar negara dan dalam negara kerana mendapat Dr. juga. TIdak tahulah jika anda ada jumpa yang menawarkan gaji lebih tinggi. Tetapi yang membezakan gaji adalah ketinggian ilmu anda. Misalnya seorang pemegang PhD luar negara dengan memiliki 5 penerbitan bertaraf jurnal Q3 dan Q4 berlawan dengan pemegang PhD yang dalam negara yang memiliki 10 jurnal bertaraf Q1 dan Q2. Jadi mana satu anda rasa lebih bagus jika ikut logik.
– Jadi ingat, tiada beza tetapi yang membezakannya adalah “Apa yang anda ada dan boleh persembahkan semasa sesi interview menjadi pensyarah”. Mungkin jika yang menemuduga anda juga kenalan rapat ayah atau emak boleh jadi juga anda ditawarkan gaji tinggi atau IPTS tersebut milik keluarga anda atau kenalan rapat keluarga. Maaf, ianya dapat disimpulkan sebagai sangat subjektif.tetapi di IPTA, saya tak jumpa lagi yang ditawarkan gaji lebih tinggi. Semuanya sama sahaja.

4. Apa yang diperlukan untuk hebat sebagai sesi permohonan menjadi pensyarah?
– Cara anda berkomunikasi dan skillnya
– PhD
– Penerbitan yang banyak dan berkualiti (banyak mengatasi kualiti disesetengah universiti)
– Orang yang anda kenal
– Lebih muda tetapi mempunyai ciri2 hebat

5. Bagaimana menulis penerbitan hebat?
– Ianya subjektif, anda harus memiliki daya penulisan dalam bahasa Inggeris yang bagus dan banyak berlatih menulis serta banyak membaca. Menulis bermula dengan banyak membaca. InsyaAllah anda boleh jadi bagus dalam penulisan jika banyak membaca dan seterusnya anda menjadi seseorang yang hebat semasa menyambung belajar.

6. Master by coursework tetapi menyambung PhD kelak adakah menghadapi kesusahan?
– Ianya juga subjektif, cuma bezanya yang menyambung secara penyelidikan ketika di peringkat penyelidikan tidak mempunyai masalah sangat semasa menyambung PhD kelak kerana dari A to Z semuanya sudah diketahui hendak buat apa dari segi keperluannya. Tapi sebenarnya amat mudah sahaja dari segi percakapan mulut. Iaitu baca, tulis, baca, tulis dan kemudian dapatkan findings yang significant untuk mendapatkan title Dr. (PhD). InsyaAllah dalam tempoh 3 ke 4 tahun anda akan dapat PhD anda tersebut. Ilmu ini luas, bahkan semakin orang kaji, semakin banyak cabang boleh dibuat.

7. Saya tiada pengalaman dalam menyambung master atau PhD di luar negara dan apa yang harus saya buat dari penginapan dan sebagainya?
– Baiklah, ini sesuatu yang harus diusahakan sebelum ke sana.
– Pertama anda harus mencari supervisor dan universiti berkaitan untuk mendapatkan offer letter. Ingat, pastikan anda berdoa dan berdoa agar ditemukan supervisor yang bagus kerana ada yang main biar sahaja anda terkapai2 kelemasan dalam dunia penyelidikan. Ini benar dan anda harus cuba sedaya upaya untuk mendapatkan supervisor terbaik. Doa dan usaha dan guna gerak hati untuk tahu samada supervisor ini bagus atau tidak.
– Kedua anda harus mencari penginapan yang dekat dan pengangkutan yang akan digunakan ke universiti tempat anda belajar. Tanya supervisor anda di sana atau dapatkan info dari universiti yang akan menaja anda. Selalunya mereka ada contact mereka di sana. Bahkan lebih bagus bertanyakan supervisor dari segi di mana kamu boleh mendapat dua perkara tersebut.
– Ketiga, sambung belajar dengan rasa yakin dan ingin belajar yang tinggi. Kerana perlu diingatkan ada sebahagian yang balik mempunyai PhD dan ada sebahagian yang balik tetapi lambat sedikit mendapat PhD dan ada yang tidak langsung mendapat PhD. Ini sesuatu yang anda harus berdoa dan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan yang terbaik.

8. Elaun untuk sambung belajar
– Ianya biasanya cukup-cukup makan sahaja tetapi yang mendapat duit lebihan itu adalah dengan berjimat cermat dan membuat pekerjaan lain untuk mendapatkan wang tambahan. Jadi, ketika di luar negara jika bujang, anda boleh cuba membuat pekerjaan sampingan untuk mendapatkan wang dan seterusnya membeli kenderaan yang mewah di luar negara yang berharga murah untuk dibawa balik ke Malaysia. Sana harga kereta amat murah bahkan lebih berkualiti berbanding di Malaysia.

Semoga ianya bermanfaat.

Published by razorjr

Research and Academician

167 thoughts on “Perihal Pensyarah Bahagian 2

  1. hi, i need some advice from you. now i am a teacher of primay and next year i will graduate in Master of Edu. i want to know that, this year can i apply for being a lecture in IPTA?

    1. Dear Yen,

      My advice – it is better to complete your study first before applying for a lecture in IPTA. The competition for lecturer post is becoming tougher almost every year and thus there might some other candidates who already completed their study. So, your chance of being chosen as a lecturer is quite low compared others who also applying for the same post.

      Goodluck!!

      1. saya juga cikgu primary school.
        saya dah ada master edu..ingin menyambung phd..pernah memohon hlp ttp blum rezeki.
        saya berminat dengan fellowship atau slab/slab..tp ade bbrp persoalan.
        saya sgt hargai jika DR boleh bantu sy menjawab persoalan ni..
        kebanyakan berkaitan dengan efek terhadap perkhidmatan saya dengan kerajaan.
        apa pendapat DR?adakah saya sgt berisiko meninggalkan pekerjaan sekarang sekiranya masuk slab/slai ini?memandangkan saya sudah 30 tahun dan bekeluarga.
        saya mempunyai pinjaman perumahan kerajaan. bagaimana statusnya nanti sekiranya sy berjaya dpt slab ini?
        apa permulaan gred perkhidmatan setelah habis slab//slai nanti?

        boleh x emelkan feedback kpd saya rubaaiah@gmail.com ?

        sy dahului dgn jutaan terima kasih

      2. Salam,

        Saya jawab secara general dan khas untuk semua pembaca supaya mereka dapat lihat juga. Untuk yang lebih khusus(email sahaja di h.a.sulaiman@ieee.org).

        Sebenarnya tiada masalah nak sambung belajar, cuma yang perlunya pengesahan ketua jabatan.

        Ada yang menyambung secara tersembunyi tetapi harus ingat untuk pandai membahagi masa.

        Soal umur tidak menjadi masalah asalkan anda sambung secara sah melalui ketua jabatan atau mengambil risiko sambung sendiri tetapi pandai membahagi masa (terpulang). Saya cakap berasaskan fakta iaitu ada sebahagian sambung sendiri tanpa pengetahuan dan ada yang sambung dengan pengetahuan ketua jabatan. Itu risiko yang perlu ditanggung sendiri dari segi keupayaan membahagi masa.

        Pinjaman perumahan dibayar melalui potongan gaji, rasanya gaji anda akan masuk juga walaupun cuti belajar dan tetap dipotong seperti biasa.

        permulaan gred itu bergantung, setiap universiti ada tahap autonominya tersendiri dalam pembahagian gaji dan gred

    2. Asalamualaikum Dr…

      Saya pernah post diblog Dr satu ketika dahulu.. Saya ikuti sebahagian cadangan Dr dalam balasan email ketika itu.

      Sekarang saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sebahagian perjalanan Ph.D saya disebuah IPTA.

      Saya adalah penjawat awam dan sekarang bercuti belajar bergaji penuh tajaan JPA di sebuah IPTA untuk membuat Ph.D

      Saya telahpun lulus Proposal Defense… telah bentangkan satu paper dalam satu international conference dan telah menghantar 1 buah jurnal untuk tujuan publication (Journal berindex scorpus). Sementara 1 jurnal masih dalam proses untuk disiapkan dalam masa terdekat.

      Sekarang tengah prepare untuk pre viva peringkat fakulti

      Saya memang berminat dengan dunia academik terutama di IPTA. Saya juga telah membuat kunjungan hormat kepada Dekan fakulti mengenai hasrat saya ini.

      Saya ada minta pendapat peguan mengenai klausa yang terdapat didalam perjanjian dan BON yang saya tandatangan sebelum cuti belajar. ” ….. hendaklah berkhidmat dengan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan agensi kerajaan dalam tempoh 4 tahun atau bayaran RM80,000…….

      Pandangan peguam nampaknya positif.

      Saya kemudiannya berhubung dengan pihak JPA tentang urusan BON yang mengikat saya untuk terus berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh 4 tahun. Alhamdulilah, respon JPA. BON 4 tahun boleh diserapkan ke IPTA. berkenaan.

      Cuma isunya sekarang… pengambilan pensyarah semacam agak slow kecuali bidang yang benar-benar kritikal akibat kekangan kewangan.

      1. Satu perkongsian yang bagus!!!

        Benar bab pengambilan pensyarah agak ketat sedikit kerana faktor kewangan dan juga saingan semakin kuat

        Terima Kasih

  2. Benarkah kelayakan untuk menjadi pensyarah di IPTA dan IPTS ,perlu mendapat CGPA 3.0 ke atas semasa first degree, walaupun sudah mempunyai master dan phd

    1. Salam,

      Tidak benar. Master + PhD adalah yang utama dilihat. Tapi dengan syarat mesti ada kedua-duanya dahulu kerana persaingan tinggi untuk yang ada Master sahaja.

      1. Ada benarnya, contohnya UiTM, saya sudah 2 kali memohon pensyarah di UiTM, walaupun dah ada master, tetapi ijazah pertama saya dibawah 3.00, jadi pihak management awal2 lagi telah menolak permohonan tersebut walaupun diperingkat master saya telah menerbitkan conference proceeding dan journal, pernah juga diceritakan oleh pensyarah senior yg lama di UiTM, dia cakap kawan dia yg ada PhD pun ditolak mentah2 disebabkan pointer first degree bawah 3.00 , last dia masuk IPTS, then tak lama lepas tu, dilantik jadi dekan terus. mungkin rezeki dia. pada pendapat saya kalau engineering first degree 2.75 keatas bolelah kalu nak apply pensyarah, pointer 3.00 mungkin utk pensyarah selain engineering.

      2. Salam,

        Ya juga. Ini bergantung kepada orang yang mengambilnya. Seperti yang saya katakan. Naib Canselor ada kuasa tertentu. Bos yang menentukan.

    2. Asalamulaikum da salam sejatera….

      Saya ingin berkongsi Pengalaman bersama Rakan Rakan Semua yang berminat untuk memohon Jwatan Pensyarah..

      Saya adalah Pejawat Awam Gred 44 di Jabatan Kerajaan dan berpengalaman bekerja di Industri dalam 18 Tahun di Pelbagai Jabatan Kerajaan. Saya merupakan Graduan Diploma (ITM), First Degree (UiTM) Dan MBA (UMS). Sekarang di UMS untuk buat PHD secara Part Time… Baru-baru ini yang telah memohon Jawatan Pensyarah GRED DM45 di UiTM … Setelah proses tapisan… Alhmadulilah saya terpilih untuk hadir Stage 1 Penilaian Pensyarah : Mock Teaching…

      Saya dpanggil dalam masa terdekat ini untuk proses Temuduga untuk Final Stage Jawatan Pensyarah. Mudah Mudahan ada rezeki dan saya melepasi ujian temuduga ini setelah penilaian Mock Teaching Selesai.

      Perkongsian :

      1. Hubungi Bahagian HR universiti dan berjumpa dengan mereka mengenai minat jawatan pensyarah.

      2. Buat Kunjungan Hormat kepada Dekan/Rektor untuk menunjukkan minat dan kesungguhan untuk Jawatan Pensyarah.

      3. Proses Mock Teaching : Sediakan Slide Presentation dalam tempoh 15 minit. Bagi kes saya, saya buat presentation berkenaan SWOT analysis. Mock Teaching untuk kes saya dibuat dihadapan Timbalan Rektor HEA, Wakil Fakulti dan 2 Orang Pensyarah Kanan. Sediakan Slide Dalam Bahasa Inggeris dan disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Bersedia untuk Q and A.

      3. Melalui Proses Mock Teaching… Daripada 5 orang dipanggil akhirnya hanya 2 orang dipanggil untuk proses temuduga. Untuk kes ini saya mendapat Tips megenai bakal-bakal soalan yang akan dibincangkan. Sediakan cadangan untuk pihak fakulti.

      Perkongsian ini untuk rakan-rakan sekalian

      1. Asalamulaikum da salam sejatera….

        Saya ingin berkongsi Pengalaman bersama Rakan Rakan Semua yang berminat untuk memohon Jwatan Pensyarah..

        Saya adalah Pejawat Awam Gred 44 di Jabatan Kerajaan dan berpengalaman bekerja di Industri dalam 18 Tahun di Pelbagai Jabatan Kerajaan. Saya merupakan Graduan Diploma (ITM), First Degree (UiTM) Dan MBA (UMS). Sekarang di UMS untuk buat PHD secara Part Time… Baru-baru ini yang telah memohon Jawatan Pensyarah GRED DM45 di UiTM … Setelah proses tapisan… Alhmadulilah saya terpilih untuk hadir Stage 1 Penilaian Pensyarah : Mock Teaching…

        Saya dpanggil dalam masa terdekat ini untuk proses Temuduga untuk Final Stage Jawatan Pensyarah. Mudah Mudahan ada rezeki dan saya melepasi ujian temuduga ini setelah penilaian Mock Teaching Selesai.

        Perkongsian :

        1. Hubungi Bahagian HR universiti dan berjumpa dengan mereka mengenai minat jawatan pensyarah.

        2. Buat Kunjungan Hormat kepada Dekan/Rektor untuk menunjukkan minat dan kesungguhan untuk Jawatan Pensyarah.

        3. Proses Mock Teaching : Sediakan Slide Presentation dalam tempoh 15 minit. Bagi kes saya, saya buat presentation berkenaan SWOT analysis. Mock Teaching untuk kes saya dibuat dihadapan Timbalan Rektor HEA, Wakil Fakulti dan 2 Orang Pensyarah Kanan. Sediakan Slide Dalam Bahasa Inggeris dan disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Bersedia untuk Q and A.

        3. Melalui Proses Mock Teaching… Daripada 5 orang dipanggil akhirnya hanya 2 orang dipanggil untuk proses temuduga. Untuk kes ini saya mendapat Tips megenai bakal-bakal soalan yang akan dibincangkan. Sediakan cadangan untuk pihak fakulti.

        Perkongsian ini untuk rakan-rakan sekalian

  3. Salam sejahtera Tuan,

    saya ingin bertanya mengenai proses pemohonan jawatan pensyarah di ITPA. Saya baru sahaja menamatkan kursus pengajian PhD saya di negara Jerman dalam bidang fizik zarah tenaga tinggi dan saya berminat untuk balik ke Malaysia untuk menyumbangkan ilmu saya. Saya ingin bertanya bagaimana proses pemohonan berlaku? Sudah cukupkah kalau saya menghantarkan cover letter bersama dengan CV saya ke bahagian sumber manusia IPTA yang ingin saya menyertai? Berapa lamakah masa yang perlu saya memperuntukan untuk menunggu jawapan daripada IPTA?

    Terima kasih dan salam.

    1. Salam,

      Benar, itulah cara sebenar. Tetapi setiap universiti ada cara tersendiri. Yang lebih bagus adalah seperti berikut:

      1. Cari Universiti berkait dengan bidang anda
      2. Cari fakulti yang berkait dengan bidang anda
      3. Cari siapa dekannya atau Timbalan Dekan Akademiknya.
      4. Dapatkan nombor telefon dan buat temu janji sedaya upaya.
      5. berbincang dengan dekan atau timb dekan tersebut.

      Tips

      Dekan atau Timb. Dekan ada kuasa khas untuk membawa masuk seseorang. cuma orang luar sahaja tak tahu. Tetapi bukan kuasa melantik, tetapi kuasa menyokong dan membantu anda masuk. Sebab lantik bergantung kepada NC, jadi sokongan dekan atau timb dekan membawa sebelah kaki ke univ terbabit.

      Goodluck!!

      P/s – Bidang anda sangat bagus dan saya yakin ada ramai mahukan anda (asalkan tonjolkan skill anda seperti communication dan explain well your research during interview)

  4. Salam…sy stdnt IPTA sem 3 sdg mgmbl Phd n dijngka tmt pada 2016..sy mdpt biasswa tajaan mybrain15..sy nk tye after finish Phd..adakah sy akn mndpt peluang pkerjaan..adakah sy perlu memohon sndri atau mnunggu kpt menyediakn pkerjaan..tq

  5. Assalamualaikum tuan, saya ada sedikit persoalan ingin bertanya:

    saya masih seorang pelajar perubatan yg bakal habis belajar degree pada 2017 dan saya mempunyai cita2 untuk menjadi lecturer dalam bidang ini iaitu bidang asas sains perubatan iaitu yg dlm bidang seperti physiology, anatomy, microbiology, pharmacology dll.

    saya kurang meminati untuk menjadi seorang doktor dan lebih meminati untuk mengajar atau buat research dalam bidang ini. saya berhajat untuk menjadi pensyarah.

    persoalan saya, selepas saya grad dgn degree kelak, apakah yg perlu saya lakukan?
    sebagai contoh, bolehkah saya ambil master dalam bidang anatomy, kemudian dituruti degan PhD dalam bidang anatomi kemudian barulah menjadi pensyarah?

    saya keliru, adakah saya wajib bekerja dulu sebagai syarat utk memohon master? (maksud saya, kalau xpena keja, x boleh apply master?, betul ke?)

    boleh tak kalau habis je degree saya terus cepat2 apply buat master?

    akhir sekali, saya seorang pelajar yg mendapat tajaan biasiswa JPA untuk degree ini, selepas tamat belajar sy terikat dgn JPA, jd bolehkah saya mohon master dan masih dibawah tajaan JPA?

    saya harap tuan dapat menjawab persoalan saya. budi baik dan jasa tuan amatlah saya hargai memandang saya amat dilema dan keliru dlm persoalan ini dan tiada maklumat tentang hal ini.

    saya tinggalkan email saya disini dan berharap tuan dapat email pada saya supaya saya lebih ‘alert’

    shafiqaizat93@yahoo.com

    1. Assalammualaikum,

      1. Tiada masalah untuk mengambil master terus tanpa pengalaman kerja. Banyak pensyarah yang mahu pelajar master atau juga ada menawarkan master by coursework
      2. Boleh apply sebarang master asalkan memenuhi syarat untuk master bidang tersebut.
      3. Untuk JPA, kita kisah anda sambung master selepas itu. Saya lihat ramai rakan saya sambung master dan phd terus tetapi tidak pasti apa JPA katakan kepada mereka. Mungkin tertangguh dahulu sehingga habis belajar.
      4. nasihat saya, dalam tempoh belajar ini (masih ada 3 tahun), fikirkan sebaik-baiknya dan apa yang diminati. Kemudian rancang apa akan berlaku untuk 20 ke 30 tahun akan datang. Tengok diri anda 30 tahun akan datang bagaimana.

  6. Salam,

    Saya baru tamat master in accounting di fakulti perakaunan UiTM dan bercadang menyambung Phd dalam zakat accounting dan telah approach bakal supervisor dari UTM tapi dari fakulti tamadun islam kerana bidang kepakarannya ialah Islamic Finance. Namun saya telah dinasihatkan untuk kekal di fakulti perakaunan oleh bekas pensyarah saya kerana untuk mohon mengajar dalam bidang perakaunan perlu punya Phd dari fakulti yang sama. Adakah kelayakan untuk menjadi pensyarah juga bergantung pada fakulti atau bergantung pada bidang kajian, sedangkan saya sudah mempunyai ijazah sarjana muda dan sarjana perakaunan ?

    1. Salam,

      Mungkin pensyarah tersebut mahukan anda sambung bawah dia sahaja atau sebaliknya tidak pasti kerana nak mengambil master atau phd ini bergantung kepada yang mengambil. Jangan bagi sebarang gertakan atau asakan pihak lain untuk kekalkan anda di bidang mereka. Anda yang minat dan anda yang belajar serta anda yang mahukan perkara tersebut. Tiada istilah kena kekal fakulti ini dan sebagainya. Jika dari segi pemikiran pensyarah, memang akan wujud rasa tak mahu bagi student ini pergi ke tempat lain dan mencuba pelbagai alasan (mungkin betul atau tidak) untuk memastikan anda stay sahaja. Jadi, fikir tanpa kotak (Think Without a Box) untuk diri anda. Anda bebas dan bukan terkunci di dalam sangkar.

      jadi seorang pakar yang anda minat dan anda hebat.

      Goodluck. Saya doakan anda berjaya. bagus bidang zakat tersebut. tak ramai dan sangat sedikit yang saya jumpa rasanya setakat pemahaman saya.

  7. Salam,

    Saya bercadang ingin memohon untuk menjadi pensyarah di Kolej Yayasan Negeri.
    Bagaimanakah cara-cara permohonan tersebut dilakukan. Dan apakah subjek yang ditawarkan.
    Sekian, Terima Kasih.

    1. Salam,

      Menjadi pensyarah tiada masalah dengan mana-mana universiti atau kolej.

      Boleh sahaja hubungi talian utama kolej atau universiti terbabit.

      InsyaAllah mereka akan cuba membantu.

      Subjek juga bergantung kepada kekosongan.

      Pendapat saya, beranikan diri untuk menelefon talian utama kolej atau universiti terbabit dan direct bertanyakan cara-caranya.

  8. saye nk tanye tntang pensyarah nie ..
    1.bagaimana keadaan kerja pensyarah ni ?
    2.apakah prospek kerjaya ini pada peringkat antarabangsa dan di malaysia?
    3.apakah keperluan/peluang kerjaya ini di malaysia sekarang dan masa hadapan?
    4.universiti tempatan / luar negara mana yang menawarkan kursus kerjaya pensyarah ini ?
    5.apakah kerjaya lain yang berkaitan dengan kerjaya pensyarah ni ?

    1. Pensyarah?

      1) Bebas dan ikut suka datang pukul berapa kerana saya kadang2 datang jam 10 atau 11 pagi. Tetapi adakalahnya pulang lewat. Ianya task based dan bukan time-based career. – Pastikan anda minat dan sangat suka profession pensyarah – minat itu penting. Tetapi harus diigatkan, ada KPI (target tahunan) yang harus dicapai seperti menulis 2 ke 3 jurnal setahun, membentang kertas kerja 2 – 3 setahun, mendapatkan geran.
      2) Prospek? – Sangat luas – anda dapat melancong dan membentang kertas kerja serta dapat geran beratus ribu.
      3) Sekarang – Masih lagi master boleh apply pensyarah tetapi di masa hadapan memerlukan PhD + industry experiences. sukar sikit di masa hadapan (2020 and above)
      4) Sebut sahaja universiti, mana2 pun boleh. terbuka sepanjang tahun. tiada limit masa.
      5) Kerjaya lain? Yang berkaitan itu mungkin sebagai Research Officer – Pegawai Penyelidik yang hanya mungkin membuat research dan semua berkaitan reseearch.

  9. Salam.
    Saya merupakan pelajar master dan hanya menunggu untuk viva. Saya berminat untuk sambung ke peringkat PHD dan juga berminat untuk menjadi pensyarah. Masalahnya saya tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk menjadi pensyarah. Soalan saya:
    1) adakah saya perlu sambung phd dulu atau jadi pensyarah untuk mencari pengalaman mengajar?
    2) di manakah saya bole dapatkan latihan untuk menjadi pensyarah kerana tiada pengalaman?

    1) Adakah saya perlu sambung PHD dulu atau menjadi pensyarah untuk mencari pengalaman?
    2) Di manakah bole saya perolehi latihan untuk menjadi pensyarah disebabkan tiada sebarang pengalaman.

    1) Adakah saya perlu menjadi pensyarah dahulu untuk mencari pengalaman atau sambung PHD terus?
    2) Di manakah saya boleh membina latihan untuk menjadi pensyarah kerana tiada pengalaman?

    1. Salam,

      1) Kedua-duanya pilihan yang bagus. Jika mahu sambung PhD, teruskan. Jika mahu menjadi pensyarah dahulu pun bagus juga. Tetapi saranan saya, securekan dahulu kerjaya Pensyarah. Pergi apply mana2 jawatan Pensyarah di mana2 universiti sambil sambung PhD.
      2) Tidak perlu latihan – hanya perlu keyakinan dan minat serta mahu bersosial (pandai berkomunikasi dan berkata-kata depan pelajar)

  10. Salam. Saya nak tanya tentang persediaan sebelum menjadi pensyarah bagi fresh graduate Phd. Saya masih dalam semester 4 melalui Phd dalam bidang kejuruteraan bioproses dan memang meminati karier ni. Cuma,saya agak berdebar2 kerana merasakan kerja pensyarah ni memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang luas dan memikirkan bagaimana boleh saya mempersiap diri dari sekarang.

    Ada rakan yang mencadangkan untuk mohon sebagai pensyarah nanti, saya perlu ada publication yang banyak termasuk menulis untuk mana2 book chapters. Bagi yang lebih meminati research dan pada masa yang sama mengajar, lebih baik ambil postdoctoral. Apa perbezaannya ya Dr?

    Mohon pendapat Dr. Terima kasih.

    1. Salam,

      Saya dengan tegas ingin menegaskan – Ambil dahulu jawatan2 kosong di mana2 Univ sebagai pensyarah kanan bila dah tamat belajar PhD. sebab anda boleh ada banyak masa lapang kerana mengajar hanya 6 ke 8 jam sahaja seminggu. anda bebas keluar masuk pejabat untuk sesetengah universiti. dan anda ada banyak masa buat research dan consultancy.

      PostDoc boleh tetapi pengalaman kerja dalam government merugikan anda. Better anda masuk sebagai pensyarah dan buat research sebanyak anda suka. Saya sendiri berbelas geran penyelidikan dalam tempoh 4 tahun.

      1. Salam. Saya graduann Universiti utara malaysia dlm bidang perakaunan.Saya hendak tanya sama ada degree mencukupi untuk memohon jawatan pensyarah atau tutor? pointer saya kurang 0.02 dari kelas pertama menjadi kelas kedua bahagian tinggi.
        Terima kasih atas reply

      2. Baiklah, jika tidak terlewat saya menjawab. Soal mencukupi itu cukup subjektif. Anda dinasihatkan memohon sahaja dahulu disamping itu cuba juga apply for master. Ini disebabkan setiap tahun ribuan atau puluhan ribu PhD dan Master degree dilahirkan di Malaysia dan ianya agak sukar menentukan anda dapat tempat ataupun tidak.

  11. Assalamualaikum….

    saya nk bertanya…. saya akn menghadiri temuduga sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dg41 di pusat tahmidi USIM minggu hadapan… persoalan sy, jawatan yg ditawarkan tue adalah sebagai pensyarah atau cikgu??? sebab gred yg dinyatakan adalah DG41… Pusat tahmidi tue tempat pelajar asasi USIM….

    bleh bg pendapat x?? apa yg perlu sy prepare utk menghadiri temuduga tersebut???

    1. Salam,

      Maaf lambat reply. itu bukan jawatan pensyarah tetapi lebih kepada guru di universiti.

      Preparation? Satu sahaja yang penting – Bercakap dan bercakap dengan baik sekali = Communication skill

  12. Assalamualaikum Dr.,

    Buat masa ini saya sedang melanjutkan pelajaran di tahun akhir peringkat sarjana (Master) di University of Melbourne. Program saya ialah berbentuk mix-mode (coursework+research) dan research saya berkaitan dengan breast cancer.

    Saya benar-benar berminat untuk melibatkan diri dalam bidang akademik sebagai seorang pensyarah dan atas minat ini jugalah yang mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master buat masa ini.

    Walaubagaimanapun, saya amat risau sekarang kerana saya tidak ada lansung pengalaman belajar di dalam negara memandangkan bachelor degree saya juga dari luar negara. Dan lebih merisaukan saya ialah saya tidak kenal siapa2 pensyarah dalam negara yang boleh saya minta nasihat untuk saya capai cita2 saya dan saya tidak tahu melalui apa patut saya lakukan permohonan untuk masuk ke dalam bidang kerjaya sebagai seorang pensyarah. I have no idea at all and really lack of resources on available programs in malaysia. All I could do is google dan mungkin saya ada terlepas pandang some programs. Cuma satu yang saya tahu buat masa ini adalah Tenaga Pengajar Muda UiTM. Bagaimana pula denga IPTA-IPTA lain?

    Mohon Dr. perjelaskan sekiranya boleh. Terima kasih. 🙂

    Zarith Fatiah

    1. Salam,

      Bagus. Universiti tempat rakan saya sekarang tengah sambung belajar. Dah lama juga tak jumpa dia tapi dia kat sana. Bidang kamu ambil juga ada sama dengan bidang rakan saya di Universiti Malaysia Sabah. Tapi lebih kepada image processing of breast to detect cancer. dia dah dapat master

      okeh berbalik kepada soalan.

      Setelah membaca persoalan kamu. Ini saranan saya di bawah:

      1. Google jawatan kosong di setiap 20 universiti di Malaysia. IPTA. Tahukan ada UKM, UM, USM, dsbnya. Cari kat mana nak mohon. JAWATAN PENSYARAH TERBUKA SEPANJANG TAHUN. walaupun depa kata ada deadline. believe me.

      2. Start mohon universiti yang diminati. Ikut arahan2 yang dikehendaki. Jika nak gambar, bagi gambar dan sebagainya.

      3. Hantar permohonan samada online atau by post.

      4. Cari email dekan-dekan fakulti yang related dengan bidang kamu dengan email mereka dengan penuh dedikasi (maksudnya dengan tertib dan sopan) meminta pandangan mereka samada mereka memerlukan tidak staf bidang anda. Sertakan CV anda sekali semasa hantar. Mana tahu dari 10 dekan yang anda email, ada sebahagian menjawab dan interesting dengan offer anda dan diri anda.

      5. Selamat menamatkan master dan jika boleh sambung terus PhD. Lagi terbaik (jika ada sumber kewangan yang bagus dan terbaik).

  13. Assalamualaikum,
    Saya bakal menamatkan pengajian di peringkat PhD program Fastrack pada tahun ini In shaa Allah. Saya tiada Master. First Degree 3.75. Pengalaman bekerja dalam insdutri selama hampir 20 tahun. Adakah saya layak memohon jawatan pensyarah di IPTA tanpa master. TQ.

    1. Salam,

      Saya rasa anda sangat bagus. Teruskan apa yang anda buat dan insyaAllah tiada halangan. IPTA sangat berminat mengambil anda. percayalah. cuma tumpukan untuk sharpen your communication skills.

  14. Salam,
    Saya seorang pelajar phd dan berkemungkinan akan menamatkan pengajian pada awal 2017 (jika ada rezeki, Insyaallah). Walaubagaimanapun, saya berasa agak risau kerana saya telah menukar bidang pengajian saya semasa saya phd ni. Sebelum ini, saya telah menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang pembinaan. Sekarang ini, saya telah menyambung pengajian saya dalam phd tetapi dalam bidang berbeza iaitu bidang teknologi alam sekitar. Saya bimbang, adakah saya berpeluang untuk menjadi pensyarah di IPTA/IPTS kerana saya telah pun menukar bidang kajian saya. Mohon pendapat Dr. Terima kasih.

    1. Salam,

      Masih jauh perjalanan (2017) untuk PhD dan saya sarankan agar saudari take your time to complete PhD.

      Soal tukar bidang tiada masalah, universiti lagi suka orang yang multidicipline berbanding single dicipline kerana boleh membuat kombinasi pelbagai perkara. yang penting, untuk menjadi pensyarah ianya adalah perlu mempunyai skill komunikasi yang baik.

  15. salam, Dr.
    Saya baru tamat Bachelor Degree in Fine Arts dr UiTM Seri Iskandar, majoring in Painting and minor in Graphic Design. Sy berminat untuk smbg master cume sy masih keliru cara untuk memohon. dan sy juga berminat untuk menjadi pensyarah, dan buat amsa ni, sy sedang memohon jwtn pembantu pensyarah di IKIP. sekiranya saya memohon master, mcmana untuk sy dpatkn biasiswa n adakah bidang sy perlukan pengalaman bekerja dahulu sblm smbg master?

    1. Salam,

      Tahniah kerana baru tamat belajar.

      Baiklah untuk soal memohon master, memohon biasiswa/pinjaman ada banyak cara. Samada melalui MyBrain atau melalui PTPTN ataupun bekerja sambil belajar (part time master).

      Sambung master tidak memerlukan pengalaman kerja. Ianya perlu duit sahaja dan sudah tentu minat.

  16. Salam Tuan.

    Terima kasih tak terhingga atas post tuan ini. Sangat membantu. Sangat bermanfaat. Semoga Tuhan merahmati.
    Saya pelajar Master by mix-mode (course Biotechnology) dari UTM. Sekarang tunggu sesi viva utk tamat pengajian Master.

    Biasanya pelajar Master semester akhir di UTM akan ditawarkan peluang sambng phD. Dari segi bantuan kewangan (biasiswa), pelajar boleh apply biasiswa UTM atau MyBrain. Namun, biasiswa ini ditawarkan terhad pada beberapa semester saja. Jika tak dapat habis on-time (banyak kes yg sudah berlaku), kena guna duit sendiri.

    Jadi saya rasa perlu untuk apply kerja. Berminat utk jadi pensyarah di IPTA/IPTS. Namun, sekarang dengar desas-desus yang lepasan Master dah tak diambil sbg pensyarah mahupun tutor (betulkan saya jika salah). Tambahan belum pernah kerja tetap, jadi kurang yakin utk dpt jawatan pensyarah. Persaingan kerja pensyarah juga makin sengit.

    Mohon beri pandangan Tuan. Adakah lebih baik sambung phD ataupun gamble apply jawatan pensyarah diseluruh IPTA/IPTS?

    Terima kasih.

    1. Salam,

      Bagus, tamatkan master anda dengan jayanya.

      Pendapat saya (ikut susunan)

      1. Tamatkan master dahulu (dapatkan sekeping bukti untuk dijadikan bukti semasa memohon pekerjaan.
      2. Apply pensyarah di universiti tempat belajar dan universiti2 yang berperingkat rendah (IPTA atau IPTS). Jangan dimohon universiti terkemuka kerana kebarangkalian tinggi untuk tidak diterima itu tinggi tetapi boleh sahaja mencuba.
      3. Setelah selesai memohon, pada masa yang sama mohon untuk sambung belajar under research grant mana2 universiti terkemuka. Percayalah, ramai pensyarah memerlukan pelajar PhD dan mereka mempunyai geran ratusan ribu. Bahkan di UTM sahaja pun banyak pensyarah dahagakan student (PhD). Cuma kena tunjuk anda ini the best calon untuk mengambil PhD.
      4. Jika ada tawaran interveiw untuk pensyarah datang, jgn berhenti dari PhD tersebut sebaliknya attend sahaja interview dengan universiti terbabit dan JIKA DITANYA APA SEDANG ANDA LAKUKAN, jawab sahaja tengah sambung belajar. Ada kemungkinan mereka akan hire anda juga tetapi diberi cuti berelaun untuk sambung belajar.

      Goodluck.

  17. Assalamualaikum. …terima kasih atas penerangan Dr tentang ipts dan ipta kerna yg penting adalah niat, visi dan misi seseorang itu. Saya agak terkilan kerana tidak masuk ipta kerana umur agak lanjut. Sekarang saya mengajar di ipts naungan MARA dan bersyukur kerana dapat menabur bakti kepada anak bangsa. Saya membuat keputusan menjadi pensyarah setelah bekerja dalam industri perbankan selama 19 tahun. Alhamdulillah saya merasa kepuasan bekerja. Ikhlas dari saya..Dr Haizam

  18. Assalam dr.
    Saya ingat bertanya apakah jurusan yang perlu yang ambil untuk menjadi lecture? Dan perlukan saya menjadi guru dahulu sebelum menjadi lecture? Thnks a lot

    1. Salam,

      Baiklah, jurusan itu tidak penting tetapi untuk menjadi seorang pensyarah, adalah perlunya anda persiapkan diri dengan keupayaan komunikasi disamping mempunyai keputusan ijazah/master/phd yang baik.

      Soal menjadi guru dahulu pun bagus juga tetapi ada bezanya menjadi guru berbanding pensyarah. Bezanya dari segi mengajar kanak2/awal remaja dengan mengajar remaja dewasa yang sedang menunggu masa untuk bekerja.

  19. Salam.
    Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pensyarah pada masa hadapan. Persoalan saya, untuk menjadi pensyarah dalam bidang sejarah kos apa yang perlu saya apply? Buat pengetahuan tuan saya masih di peringkat matrikulasi dan ingin mmhon upu pada wktu trdekat ini. Dan adakah saya masih berkelayakan kerana sya tidak mengambil subjek sejarah sprti student stpm. Terima kasih.

    1. Salam,

      Bidang sejarah ini lebih kepada sains sosial. Okeh, soal kelayakan itu adalah bergantung kepada SPM anda. Masa mohon universiti nanti pilih kursus sains sosial. insyaAllah itu jalan terbaik kepada ahli sejarahawan.

      Selamat maju jaya.

  20. Assalammualaikum….

    Dr sy baru menamatkan pengajian dalam ijazah pentadbiran kesihatan di UITM puncak alam pada januari yg lalu.. Diploma saya pula dlm bidang kejururawatan juga dari UITM puncak alam..saya berasa keliru selepas menamatkn pengajian saya seperti hilang arah tuju..cita2 saya ingin menjadi pendidik dan sbb tu jgk sy menyambung ijazah dalm pentadbiran kesihatan berikutan sy memikirkan waktu yg agak panjang untuk mnjadi pensyarah untuk bidang kejururawatan…saya masih megekalkan ijazah kelas pertama untuk ijazah sy..sekarang sy sedang bekerja di salah sebuah hospital swasta…yg menjadi punca kekeliruan kerana keinginan sy untuk menyambung MAster dan kos apa yg sy perlu pilih.. dan sy jugak ada bertanya kan kepada beberapa pensyarah untuk masalah ini dan kebanyakkan meyarankn sy untuk mengambil pengalamn bekerja terlebih dahulu sekurang-kurangnya 2 tahun..apa pendapat DR..tetapi semgat untuk melanjutkn pengajianke peringkt seterusny semakin berkobar-kobar dan mnjadi masalah kos apakah yg perlu sy pilih untuk MASTER…dan sy mmg bercita-cita ingin mnjdi pensyarah..langkah apakah yg perlu saya ambil DR….

    1. Salam,

      Ini lebih kepada kesukaran membuat keputusan sahaja ini, tetapi tidak mengapa saya boleh bagi cadangan.

      1) Nak sambung master tanpa pengalaman pun tidak mengapa. Buat apa buang masa cari kerja dahulu beberapa tahun dan bila nak sambung master ianya tidak relevan sangat sedangkan sewaktu ambil master semua yang akan dibuat sewaktu bekerja akan dipelajari juga (ini bermaksud master by research). Bagi saya, sambung sahaja master tanpa membuang masa dan usia.

      2) Bidang? Ambil bidang yang PALING DIMINATI. itu yang paling utama. Jangan sesekali ambil bidang yang anda sendiri tak tahu hapa dan orang lain yang pilihkan. Pilih yang betul2 anda minat. Maksud minat itu adalah kursus itu memang anda gembira bila anda belajar. Sebagai contoh, anda minat memasak jadi buat apa pilih kursus menjahit sedangkan anda minat memasak itu lebih dari menjahit walaupun menjahit itu lebih untung?. Utamakan yang minat. UNtung datang kemudian bila anda dah expert bidang yang anda minat.

      Goodluck!!

  21. assalamualaikum Dr , terima kasih diatas info yang disediakan disini ,
    apabila membaca kesemua komen2 diatas , saya bukan takutkan kesusahan untuk mendapatkan kerjaya pensyarah tu. saya cuma risaukan peluang untuk mendapatkannya semakin tipis kerana semua komen yang dibaca di atas, semuanya bakal2 phd sedangkan sy ada satu sem lagi untuk menamatkan master. soalan saya adalah , bagaimana saya boleh jadi lebih hebat dari pengomen2 di atas ? jika saya tamat phd 3 tahun akan datang , adakah wujud satu cara/teknik untuk mempercepatkan derajat saya setaraf pengomen2 diatas. trima kasih

    1. Salam,

      Hebat?

      1) Mantapkan skill komunikasi terlebih dahulu English/Malay
      2) Banyakkan menulis kertas kerja (sebanyak mungkin, saya tidak mahu katakan 5 itu banyak, 10 paper itu banyak. tetapi sebanyak mungkin)
      3) Gaya dan personaliti yang bila orang pandang nampak professional.

      Itu top three yang perlu anda ada.

  22. Salam,

    Saya pensyarah di Kolej Komuniti sejak 2012. Saya sudah habiskan MSc pada tahun lepas. Saya berminat untuk menjadi pensyarah di universiti.
    Soalan:
    1. Pada pendapat Dr. mana jalan terbaik samada terus memohon jawatan pensyarah universiti atau sambung PhD di dalam skim sekarang.
    2. Adakah saya akan rugi tempoh perkhidmatan jika terus berpindah ke universiti?
    Terima kasih.

    1. Salam,

      1) Kedua-duanya bagus. Ianya bergantung dan boleh juga membuat kedua-duanya. Tetapi pastikan anda tahu yang kesukaran memohon sebagai pensyarah yang semakin mana semakin ketat setiap saban tahun. Anda perlu bersaing dengan candidate yang ada PhD mungkin untuk jawatan pensyarah tersebut. Oleh itu pastikan jika dengan kekuatan MSc, pastikan anda ini terbaik dan mempunyai CV yang terbaik untuk membuktikan anda layak sebagai pensyarah.

      2) Ini bergantung, kerana pihak majikan anda iaitu Kolej Komuniti perlu memberi kebenaran kepada anda untuk memindahkan servis. Jika tidak anda akan rugi perkhidmatan.

      Nasihat saya?

      Jika anda percaya rezeki itu milik Allah. Tidak perlu peduli rugi tempoh perkhidmatan atau tidak kerana yang penting anda tidak rugi dengan Allah S.W.T.

      Bukan kerajaan yang memberi rezeki. Allah semata-mata.

  23. assalamualaikum,

    sy sedang mengikuti MBA di OUM K.Kinabalu. Sy diterima melalui flexible entry menggunakn STPM dan pengalmn berkerja. Soalan saya:

    1. sy bermint menymbung ke thp Phd…adakah sy layak menyambung peringkt Phd menggunakan MBA tanpa 1st degree?

    2. sekiranya saya mempunyai Phd kelak dan MBA…adakah sy layak memohon jawatan pensyarah di IPTA or IPTS?

    3. adakah 1st degree perlu dalm pemohonan jawatan pensyarah sekiranya sudah memiliki MBA dan Phd?

    1. Salam,

      1.Untuk soalan pertama itu sukar dijawab sebab saya tiada pengalaman mengenai perihal ketiadaan 1st degree tersebut. Jika di IPTA kebanyakkan syarat adalah mempunyai 1st degree. Jadi, mungkin ada kesukaran disitu. Kena lihat mana2 universiti yang membenarkan menyambung ke PhD tanpa 1st degree.

      2. Seperti jawapan No.1, anda kena lihat syarat kemasukkan sebagai pensyarah. Di mana majoriti dan rasanya semua IPTA memerlukan anda ada 1st degree walaupun anda mempunyai PhD. Tetapi saya cadangkan untuk melihat kembali syarat permohonan jika permohonan menjadi pensyarah dibuka untuk dimohon.

      3. Ya, majoritinya (di IPTA) memerlukan syarat 1st degree. Tetapi jawapan tetap sama dengan di atas, lihat kembali syarat permohonan kerana tatkala anda tamat belajar PhD kelak (katakan tahun 2017 atau 2018), syaratnya mungkin berubah.

      Goodluck!!

  24. Assalamualaikum,

    Saya adalah pemegang kad merah (pemastautin tetap) dan berbangsa Arab dan telah bermastautin diMalaysia semenjak berada disekolah rendah lagi. Saya telah tamatkan pengajian master dalam bidang IT dengan mod part time. Dimana CGPA saya 3.67. Saya sedang menyambung pengajian PhD full time pada semester pertama sekarang guna pembiayaan sendiri. Soalan saya adakah disana peruntukan khas untuk Pemastautin tetap (MyPR). sebab saya ada apply MyBrain, MyPhD dan di ditolak, PTPTN pun tak benarkan, saya ada cuba mohon pinjaman MARA juga ditolak. adakah disana cara untuk memohon biasiswa atau pinjaman bagi pemastautin tetap (MyPR)?. soalan kedua saya, adakah pensyarah pemegang pemastautin tetap dikira sebagai warganegara asing atau warganegara malaysia?
    dan bagaimanakah carta gajinya pula kalau dianggap sebagai foreigner?

    Terima Kasih Tuan (^_^)

    1. Salam,

      Soalan ini adalah di luar pengetahuan saya kerana soal biasiswa kepada bukan penduduk asal Malaysia tidak dikaji dan diteliti oleh saya.

      Tetapi majoritinya yang bertaraf foreigner adalah mereka diberi gaji secara kontrak dan disambung ikut keperluan. Tidak tetap tetapi secara kontrak sahaja.

  25. Assalamualaikum,

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menulis sebuah artikel yang bermanfaat. Jika tidak keberatan, saya berharap anda boleh membantu saya dengan menjawab beberapa soalan mengenai kerjaya sebagai seorang pensyarah.

    Saya merupakan pelajar lepasan STPM 2014 yang masih lagi menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada bulan Mac kelak. Saya telah menaruh harapan untuk menjadi seorang pensyarah pada suatu hari nanti.

    1) Saya sering mendengar bahawa menjadi tutor merupakan salah satu alternatif yang boleh diambil oleh graduan universiti untuk menuju ke arah profesion pensyarah. Sejauh manakah, kebenaran disebalik pernyataan ini?

    2) Sekiranya saya ingin menjadi seorang tutor selepas menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda, apakah kelayakan akademik yang saya perlukan? Adakah jawatan sebagai tutor tertakluk kepada budi bicara universiti ataupun ianya boleh dimohon?

    3) Adakah saya dibenarkan menyambung pelajaran ke peringkat yang tinggi seperti master dan phd sekiranya diterima menjadi seorang tutor di universiti?

    1. Salam

      Sungguh mulia dan tinggi cita-cita. Saya ucapkan selamat mengharungi cabaran dan pastikan tetapkan matlamat anda itu dan jangan luntur.

      1) Boleh. Tidak kisah sebagai tutor atau fellowship. Cuma bezanya kemungkinan besar pada zaman anda tamat belajar, tutor tidak lagi di ambil kerana rata-rata universiti memerlukan master sebagai syarat minimum untuk skim fellowship dan PhD untuk menjadi pensyarah.

      2) Kelayakan itu adalah memangnya bagus. Tetapi ini adalah dari segi kualiti anda. Jika yang memohon sebagai tutor adalah 20 orang dan yang akan diambil adalah sebanyak 5 sahaja. Dan bayangkan 10 dari 20 orang tersebut adalah yang mempunyai master degree. Maka peluang terus tidak ada. Tahukah anda hampir setiap IPTA di Malaysia pelajar masternya adalah beratus orang – bukannya Ijazah Sarjana Muda.

      3) Sudah pasti. Cuma yang menjadi persoalan sekarang. 5 ke 6 tahun akan datang, apa agaknya anda perlukan. Ini kerana pada tahun 2020, majoriti atau kesemua universiti hanya mengambil PhD level education sahaja dan tidak akan ada lagi yang bertaraf Master sahaja. Kecuali universiti2 swasta atau kolej2 komuniti/politeknik. Bahkan majoriti politeknik pun sudah mempunyai master.

      Nasihat:

      1) Ingatkan dalam hati menjadi pensyarah adalah perlunya sehingga ke level PhD.
      2) Fikirkan apa akan berlaku 5,6 tahun akan datang. Jumlah pemegang PhD di luar sana mencecah puluhan ribu pada ketika itu dan peluang adalah amat-amat mencabar. Perlunya anda be the best of the best.
      3) Terapkan dalam diri untuk menjadi terbaik dalam kelas, terbaik dalam universiti dan terbaik dalam Malaysia jika boleh. Aim high for the excellent.

      Goodluck!!

      1. AS Salam..

        Saya graduated Ijazah Sarjana dari IPTA (Engineering) & sedang bekerja hampir 13 tahun di industri penjanaan elektrik (Power Plant). Berhasrat untuk sambung belajar ke PHD dalam masa terdekat ni. Sekarang kebanyakkan Research Universiti menawarkan PHD & PHD Industry kepada sesiapa yg berminat.
        Dalam hal/kes saya dalam memilih untuk furture study ini.. soalanya :

        1) Apakah pilihan yang terbaik untuk saya sama ada PHD atau PHD Industry..?
        2) Adakah PHD industry ini sama level/setaraf dengan PHD biasa.. / mcmna dgn market value.?
        3) Sekiranya saya sambung belajar dengan PHD Industry, setelah tamat pengajian dgn pengalaman kerja hampir 13
        thn di industri.. bolehkah saya memohon kerja dgn IPTA sebagai pensyarah… maksud saya Adakah IPTA hanya
        prefer PHD shaja utk jadi persyarah di Universiti..??

        Mohon pencerahan dari tuan.. Moga bermanfaat buat semua.. TQ

      2. Salam,

        1) Kedua-duanya amat bagus. Cuma PhD Industry lebih “mengembirakan” kepada pelajar yang suka duduk di industri kerana research mereka akan membantu industri dan ini melibatkan kerjasama antara universiti dan industri.

        2) Ianya setaraf, di negara-negara europe sudah banyak PhD industry. Tiada beza. Tetap mempunyai “Dr.” dan status sama.

        3) Tidak. Bahkan untuk pengetahuan saudara, Pemegang PhD industri lebih diperlukan berbanding PhD biasa kerana mereka mempunyai pengalaman di industri berbanding yang hanya belajar fundamental sahaja (PhD tulen). Saya yakin dan memang yakin pun bahawa mereka (universiti) amat memerlukan seseorang yang ada PhD + industry experiences. DI universiti saya, golongan ini memang amat diperlukan tanpa mengira usia.

  26. Assalamualaikum Dr,

    Terima kasih untuk entry di atas, Saya ingin bertanya pendapat Dr, saya telah tamat Sarjana Muda tahun 2013 lagi tapi kini belum bekerja tetap mahupun belajar. Saya mmg ada keinginan utk sambung belajar dan menjadi pensyarah tetapi belum mempunyai rezeki. (berkahwin, berpindah dsb)

    Saya sedang cuba mencari peluang sambung belajar dengan bantuan scholarship. Sekarang saya keliru utk sambung masters mixed mode atau research. Bach degree saya bidang Mathematical Sciences tapi sy berminat utk sambung bidang applied statistics. Ada yg kata bahawa saya patut ambil mixed mode dahulu di peringkat masters kerana pengetahuan yg asas sahaja dlm bidang statistics. di peringkat phd nanti barulah research tapi sy risau di peringkat phd nanti agak susah untuk catch up bidang research ni. utk pengetahuan Dr, sy belum mempunyai minat utk membuat research lagi.

    1. Salam,

      1. Dari pemerhatian saya. Bagus juga untuk ambil mixed mode terlebih dahulu.

      2. Namun pada peringkat awal ini, adalah menanam minat belajar terlebih dahulu.

      3. Saya sarankan agar untuk apply for master by taught course atau mixed mode dengan tempat kediaman berhampiran.

      selamat maju jaya

  27. Assalammualikum tuan.
    Bersyukur kerana allah memberi ruang buat tuan menghasilkan forum perbincangan ini.
    Sangat wajar sekiranya saya turut mengucapkan jutaan terimakasih diatas usaha murni tuan ini.
    Saya telah terlalu lama selesa didalam dunia pekerjaan….25 tahun, dalam dan luar negara. Profession saya kecil dan hanya berbekalkan diploma (dulu…sekarang sudah berlebihan)sudah cukup untuk mendapat tawaran gaji yg memuaskan.ketika usia 45 saya ditawarkan jawatan di fakulti perubatan(perkhidmatan clinical) universiti tempatan dgn tanggagaji 29(diploma). Atas prihatin bos, beliau mendesak saya supaya mengambil degree. Alhamdulillah saya telah meyempurnakan degree saya dgn cgpa 3.59 pada jan 2015. Dalam masa yang sama pihak universiti telah meminta saya supaya bertukar ke bahagian mengajar difakulti sains kesihatan sebagai pembantu klinikal dgn jawatan yg sama u29. Saya bersetuju dan insyallah melapur difakulti baru pada mei 2015. Saya akan menyambung master dibidang yg sama pada sept 2015. Matlamat saya adalah menjawat jawatan pensyarah sebelum pencen diusia 60(sekarang 48).
    Soalan;
    1) adakah kekangan dari segi usia seandainya sya berjaya menghabiskan master nanti(umur 50)?
    2)adakah berada’didalam’sudah memberi kelebihan untuk diserapkan?
    3) adakah kekangan dipihak universiti diusia
    50 nanti seandainya saya ingin mengambil phd.

    1. Salam,

      1) Salam, saya yakin saudara sangat beriltizam. Dan untuk makluman usia untuk menjadi pensyarah tidak menjadi kriteria wajib. Ianya tertakhluk kepada universiti terbabit kerana yang penting adalah mempunyai master atau PhD yang setaraf untuk jawatan pensyarah tersebut.

      2) Itu mempunyai kebarangkalian tinggi, insyaAllah saya yakin saudara akan diberi peluang lebih tinggi berbanding yang lain. Saya akan mendoakan saudara berjaya.

      3) Tiada kekangan untuk mengambil PhD di sebarang usia. Bahkan ada yang berusia hampir 50 mengambil PhD pun dibenarkan oleh kerajaan.

  28. assalamualaikum
    saya ingin bertanya, jika saya ingin meneruskan master in research di mana mana research universiti di malaysia, apa yang patut saya lakukan dulu, bagaimana untuk saya mendapatkan tajuk projek saya dan mencari supervisor?

    1. Salam,

      Ada pelbagai kaedah sebenarnya. Salah satunya adalah mencari bidang yang ingin saudari ceburi di universiti di Malaysia.Setelah mendapat tahu universiti mana yang mempunyai bidang tersebut, maka langkah seterusnya adalah mencari supervisor yang mempunyai bidang yang diingini. Sebagai contoh, jika saudari meminati bidang computer science, maka perlulah mencari supervisor yang mempunyai pengalaman bidang tersebut.

      Setelah mendapat sejumlah supervisor. maka hantar email secara tersusun dan memperkenalkan diri. Tanya supervisor tersebut samada mereka mengambil student master (by research) dan mempunyai dana (geran) untuk elaun sara hidup sepanjang mengambil master tersebut. Copy and paste ke email lain dan hantar kepada semua supervisor yang telah dipilih dan lihat respon mereka.

      Tajuk projek akan ditentukan dalam perbincangan bersama supervisor yang diemail.

      Goodluck!!

  29. Assalamualaikum dr..sy ingin mendapatkan pandangan dari dr…sy berhasrat ingin menyambung master in mba…sy nk tahu apakah peluang terbuka luas untuk jadi tenaga pengajar di ipta selepas tamat pengajian mba?…terima kasih

    1. Salam,

      Bidang yang anda pilih ini terlalu meluas dan kebarangkalian itu amat kecil kerana ratusan ribu graduan dalam MBA terdapat dipasaran. Oleh itu, anda perlu standing in front dengan good result, good networking skills, dan communication skills yang bagus untuk anda menonjolkan diri dalam sesi interview menjadi pensyarah.

      Untuk makluman, peluang luas itu hanyalah untuk dengan PhD dan dalam master, ianya amat amat tipis. Itulah corak alam pekerjaan sekarang. Competitive and Hardwork.

  30. Salam,

    Saya ingin bertanya.. adakah tinggi job market dalam course business administration utk 5/6 tahun akan dtg? dan apa pendapat tuan/puan mengenai bidang yg saya akan ambil ini? Terima kasih 🙂

    1. Salam,

      Untuk makluman, job market untuk semua bidang sentiasa competitive dan tinggi cabarannya. Oleh itu, tidak salah bidang yang diambil, cuma anda perlu buktikan anda the best among the best. Sentiasa menjadi terbaik akan meningkatkan peluang anda melainkan anda bersaing dengan PhD holders. Anda perlu tahu, setiap tahun ribuan PhD holders dijana dan anda perlu tahu bab ini.

  31. Salam,

    Saya sekarang sedang sambung belajar di peringkat master dalam satu bidang sains di luar negara dan berminat utk jadi pensyarah..berdasarkan apa yg saya cari, lebih baik utk saya sambung sampai ke phd jika ingin jadi pensyarah kerana saya dengar rata2 sudah tidak menerima master sahaja sbg pensyarah.

    Masalahnya adalah saya sedang keliru sekarang ini kerana saya tidak rasa saya betul2 minat di dalam bidang yg saya pelajari sekarang ini. Saya terfikir selepas menghabiskan master nanti ingin menyambung di dalam bidang yg betul2 saya minati iaitu lebih kpd sains kemanusiaan dan menjadi pensyarah dlm bidang itu..

    Saya ingin bertanya pendapat tuan adakah possible utk saya menjadi pensyarah dgn master degree (boleh bagi contoh uni yg masih menerima dan adakah menjadi kewajiban utk saya menyambung phd dlm bidang itu?) dan pada masa yg sama belajar bidang yg saya betul2 minat kemudian mengubah bidang saya? Bagaimana dengan gaji adakah dikira pengalaman pensyarah walaupun berlainan bidang atau tidak?

    Atau adakah tuan ada apa2 cadangan/nasihat kpd keadaan saya?

    Terima kasih tuan. Pertolongan tuan amat saya hargai.

    1. Salam,

      Gaji tidak mengenal bidang tetapi adalah mengikut fakulti mana anda masuk. Anda boleh multidicipline dan tidak salah. Seeloknya, ambil bidang yang anda minat itu berbanding meneruskan lagi bidang yang tidak digemari. Anda perlu bayangkan yang semasa sesi interview, anda perlu menerangkan apa yang anda belajar dan minat. Orang akan tahu yang anda terangkan dengan penuh minat dan ilmu apabila ilmu itu diambil secara minat dan penuh usaha.

      Sekali lagi, gaji tidak berbeza sangat.

  32. Assalamualaikum dr..
    Alhamdulillah sy bertuah dpt membaca nukilan dr y penuh dgn info..

    Sy merupakan guru bahasa inggeris sekolah menengah dan telah menamatkan pengajian master in applied linguistics..di sini sy ingin mendapatkan nasihat dr tentang persoalan2 y bermain di minda saya.Berikut merupakan kondisi2 sy
    1. Biasiswa.Sy adalah penerima biasiswa kpm semasa pengajian master sy dan memerlukan sy terikat dgn kpm selama setahun.Adakah sy dibenarkan untuk berkhidmat di universiti seandainya sy mahu memohon slab/tam/tpm untuk membiayai pengajian phd sy.
    2. Loan.sy sudah pun membuat pinjaman perumahan kerajaan.adakah sy perlu melangsaikan hutang ini terlebih dahulu untuk terjun je dunia pekerjaan di universiti
    3.disebabkan saya adalah guru,saya tidak terlibat langsung dgn sebarang pembentangan journal.ini merunsingkan sy memandangkan pemohon y sudah mempunyai pengalaman menyiarkan journal dan article mereka lebih diberi keutamaan

    Jadi,sy benar2 memerlukan pendapat dr ttg apa y perlu sy lakukan

    1. Salam,

      1. Rasanya tiada masalah disebabkan ianya juga badan berkanun kerajaan iaitu UA (Universiti Awam).
      2. Tidak perlu risau bab ini. Ianya tidak ada kena mengena. Anda sambung sahaja potong gaji ketika di universiti.
      3. Ianya benar, tetapi tidak salah mencuba. Jika tidak dapat, cuba hasilkan jurnal dengan duit sendiri dan submit ke pihak jurnal antarabangsa atau dalam negara.

      Cadangan saya?

      Teruskan apply. Tidak salah mencuba. Mencuba itu baik. Disamping itu improvekan kualiti diri dengan membuat kajian sendiri dan sebagainya.

  33. Salam,

    Terima kasih atas kesudian Dr meluangkan masa untuk menjawab segala pertanyaan. Mohon pencerahan Dr:

    1. Sy pelajar PhD sudah masuk semester ke3, tetapi ada masalah dari pihak SV sy. Bagaimana / apakah prosedur yg perlu saya lakukan untuk bertukar ke SV lain? Utk pengetahuan sepanjang tempoh itu sudah 4x sy disuruh tukar topik.

    2. Bagaimana boleh sy tahu yg prospek SV sy ada peruntukan elaun utk Research Assistant? Jika sy yang mencari dia utk dijadikan SV adakah sy berpeluang mendapat elaun RA darinya?

    3.Patutkah sy meneruskan pengajian dgn berada di fakulti dan universiti yg sama dengan SV sy sebelum ini?
    Tidakkah akan timbul konflik atau rasa tidak puas hati SV terhadap sy kelak?

    Terima kasih.

    1. Salam,

      1. Ini agak sukar dan subjektif bagi saya untuk dijawab. Pandangan saya adalah berjumpa dengan mana-mana supervisor lain yang berminat untuk mengambil pelajar. Bincang dan ceritakan yang benar. Supaya dia tahu anda bertukar sebab tidak “match” dengan supervisor anda. Guna ayat2 menyakinkan yang anda mampu buat terbaik di bawah supervisor baru.

      2. Itu kena lihat juga, tidak salah bertanya kepada mereka. beranikan diri untuk tanya soal elaun dan sebagainya.

      3. Sebenarnya seperti yang saya katakan tadi, ianya agak sukar untuk membuat keputusan tetapi anda hanya perlu ingat, buatlah pilihan yang anda tenang dihati dan hadapi segala kemungkinan dengan hati redha. Hidup di dunia mana mungkin tidak lari dari musibah. Ada kereta boleh langgar kereta orang lain. Kita tidak langgar, orang lain langgar. Jika tiada siapa langgar, ada bukit tanah runtuh. Jika bukan tanah runtuh, ada banjir. Dan sebagainya.

      Pilihan.

      Teruskan buat pilihan terbaik. Mana2 yang anda mampu dan hadapi. Ingat prinsip kehidupan yang disini hidup kita adalah sementara. Hanya selesai urusan dunia bila tiba masanya.

      Selamat membuat keputusan yang baik. InsyaAllah saya yakin anda tabah.

  34. Salam, saya baru sahaja tamat ijazah sarjana muda dgn CGPA 3.81 dan berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat phd tanpa mengambil master. Apa komen tuan?

    Terima Kasih.

    1. Boleh tiada masalah. Cari supervisor dan insyaAllah permohonan anda itu mungkin diluluskan. Ada rakan saya terus ke PhD dan sekarang rakan sekerja.

      Pointnya:

      1) Cari Supervisor
      2) Tanya Pihak Pascasiswazah untuk soal Degree terus ke PhD
      3) Isi Borang dan selesai.

  35. Assalammualaikum…

    Saya telah memohon lanjutan belajar peringkat phd di UTM pada bulan disember tahun lepas. Semalam saya telah menerima emel dari pihak UTM yang menyatakan permohonan saya telah diterima. Alhamdulillah..saya memang berminat untuk menyambung pelajaran saya tetapi saya ada satu masalah yang tidak dapat saya selesaikan. Masalah tersebut ialah saya kurang berkeyakinan apabila bercakap di hadapan orang ramai. Saya rasa gemuruh dan takut apabila membuat pembentangan. Disebabkan masalah saya itu, saya rasa kurang yakin dengan diri saya dan disebabkan itu juga bekas pensyarah ketika master telah memandang rendah terhadap saya.

    Oleh yang demikian, saya rasa sangsi sama ada saya patut terima tawaran tersebut atau tidak. Kerana saya tahu peringkat phd memerlukan banyak pembentangan dan perlu bercakap dengan orang ramai dan berkepentingan. Saya harap Dr dapat memberi cadangan tentang permasalahan saya ini. Terima kasih..

    1. Salam,

      Saya tidak pasti samada anda telah memilih atau tidak.

      Tetapi saya sarankan perkara berikut:

      1. Ambil dahulu peluang tersebut. Jika minat ambil dan jika tiada minat jangan ambil. Untuk peringkat pertama ini biarkan diri itu timbul minat untuk belajar.

      **AWAS – Jangan sesekali ambil PhD tanpa minat

      2. Soal menjadi pensyarah adalah perkara yang difikirkan setelah mendaftar untuk PHD. Mulakan dengan meyakinkan diri yang anda sebenarnya mahu mengubah diri anda menjadi seorang yang berani. Caranya mudah – bercakap.

      – Mulakan dengan sentiasa menegur rakan se-lab, se kelas, pensyarah2 dan lain-lain individu yang dikenali.
      – Dalam keluarga, mulakan jadi diri seorang yang rajin nak berborak. Mulakan dengan berborak perkara-perkara kecil dan seterusnya yang mempunyai hujah yang bernas dan baik.

      3. Keyakinan akan muncul setelah perkara No. 2 di atas telah berjaya diatasi. InsyaAllah, anda boleh jadi pendidik terbaik.

  36. Assalam Dr.

    Terima kasih meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. Moga Allah membalas sebaik pada tuan.

    Saya merupakan pelajar semester akhir MSc (Educational Management) dan akan tamat/konvo pada bulan 11 2015 ini.
    Soalan saya adalah berikut:

    1. Saya ingin melanjutkan ke peringkat PHd selepas tamat nanti iaitu tahun depan 2016. Jadi saya berhasrat memohon HLP full time. Benarkah sekiranya ingin memohon HLP perlu tamat sekurang-kurangnya 1 tahun selepas Master?

    2. Saya berumur 35 sekarang. Jika saya mendapat peluang belajar pada 2016 dan dijangka pada 2019 akan tamat PHd. Adakah dengan adanya PHd nanti peluang saya ke IPTA untuk menjadi pensyarah ada atau tidak?

    3. Adakah perkhidmatan sebelum ini akan dibawa bersama untuk berkhidmat di IPTA nanti?

    Boleh Dr. jelaskan dengan sebaik mungkin kerana saya berminat untuk menabur bakti di IPTA pula.

    Terima kasih.

    1. Salam,

      1. Kemungkinan besar ianya disebabkan syarat dalam panduan menyambung sebagai PhD candidate. Anda perlu rujuk panduan menyambung belajar ke peringkat PhD. Jika tiada sebarang “clause” yang menyebut perkara tersebut. Buat apa menangguhkan sehingga setahun?

      2. Soal umur tidak menjadi penghalang. yang penting adalah minat anda dan tahap komunikasi anda. Itu yang penting.

      3. Boleh di bawa. Itu anda tidak perlu risau, cuma ada dokumen yang perlu diisikan dan disempurnakan oleh kedua-dua jabatan. Jabatan tempat anda bekerja dahulu dengan yang akan datang. Oleh sebab itu jangan bermusuhan pula dengan jabatan yang lama. Cuma katakan kepada mereka anda mahu memasuki bidang baru dan bukan bertujuan tidak suka. Ini saya serahkan kepada anda.

  37. salam..byk info yg b’guna dan menarik yg sy dpt dr blog ini,terima kasih..saya ada beberapa soaln yg nk tnye pd dr,mohon pencerahan..sy pelajar lepasan matrik dan sy sgt b’minat untuk m’jadi seorang pensyarah,bru2 ni sy dapat interview untuk program sarjana muda sc dgn kepujian math,persoln sy bole ke sy jd lecturer klu amik program ni dan untuk master program apakh yg sy perlu amik klu sy nk jadi lecturer math khususnya?

    1. Salam,

      Bagus, sangat bercita-cita tinggi walaupun jauh lagi perjalanan.

      1. Untuk menjadi pensyarah, minat adalah No. 1

      2. Jika minat anda terhadap bidang itu memang berkobar-kobar, anda dilaluan yang betul dan benar.

      3. Kemudian, anda haruslah menyambung master di bidang yang diminati juga. begitu juga dengan PHD.

      4. Setelah tamat PhD, anda boleh memohon pensyarah dengan mana2 universiti awam. InsyaAllah, dengan skill komunikasi yang tinggi, anda insyaAllah diterima masuk. Skill komunikasi penting untuk anda berhujah dan berkata-kata dengan baik dengan panel penemuduga.

  38. salam

    saya terjun ke dunia akademik bermuka setelah dijemput dan ditawarkan menjadi adjunct lecturer di IPTS berdasarkan pengalaman didalam industri selama hampir 15 tahun dan beberapa pengalaman berkaitan dari organisasi besar serta pengalaman kerja kerja freelance saya.selepas hampir dua tahun,saya ditaearkan satu ubject penuh (new subject offered by the univ)tapi masih taraf part time. kenudian saya di tawarkan mengajar di Pusat Bahasa antarabangsa yg dipunyai dan di hadiri oleh para pelajar antrabangsa daripada sekolah rendah,menengah juga dewasa (Master). soalan saya:
    1. adakah saya layak mengajar pelajar master sedangkan saya sendiri tidak mempunyai master degree tp nempunyai pengalaman luas dalam dan luar negara selama 15 tahun? dan saya ditawarkan berdasarkan keyakinan pemilik pusat bahasa tersebut juga warga antarabangsa atas pengalaman,temuduga lisan dan bertulis untuk layak mengajar pelajar Master programme.(warga antaranbangsa)
    2. dengan pengalaman dalam industry selama 15 tahun,serta mengajar di IPTS selama 3 tahun dan di pusat bahasa antarabangsa, adakah kelebihan untuk saya jika saya memohon sebarang bentuk bantuan atau tajaan(serta bagaimana caranya yg lebih efektif,agakbya berdasarkan pengetahuan luas Puan) untuk melanjutkan pengajian Master program di Luar Negara? dan jika di dalam negara?
    3. berapakah anggaran gaji berdasarkan pengalaman kerja di industri serta akademik bagi saya (untuk jawatan pensyarah) tana Master di IPTS dan juga anggaran jika LANGUAGE centre swasta?

    terima kasih.

    1. Salam,

      1. Ya anda layak. Jika ada degree + 10 tahun industri anda sudah setaraf boleh mengajar master. Itu yang dipraktik bahkan di universiti2 awam. tiada masalah.
      2. Ini agak sukar sedikit kerana melanjutkan pelajaran ini di bawah skim kerajaan memerlukan beberapa syarat. Antaranya adalah berumur bawah 40 tahun (setakat yang saya tahu), dan beberapa syarat lain. Tetapi jika di dalam tiada masalah mungkin. Perlu dirujuk kembali panduan menyambung dengan bantuan skim biasiswa/pinjaman.
      3.Untuk swasta, saya terpaksa berterus terang yang saya tidak pasti. Tetapi ianya hampir setara dengan kerajaan (mungkin tinggi sedikit).Jika di universiti awam. Gaji yang diperoleh kemungkinan sekitar RM5k-RM7k (walaupun dengan pengalaman industri).

  39. Salam,

    Saya seorang guru baru dan mempunyai MSc in Biotechnology. Berminat untuk menyambung PhD in Education secara part-time tanggungan sendiri atau biasiswa luar disebabkan belum layak untuk cuti belajar bergaji penuh,etc. Saya sudah berkeluarga dan bertugas jauh dari Universiti terkemuka jadi saya mencari program PhD yg lebih flexible. Saya menjumpai program PhD in Education di IPTS (Asia E University) yang menawarkan PhD secara blended learning/fully online yang diiktiraf kerajaan dan MQA. Persoalan saya;

    1. Adakah Universiti ini cukup berprestij utk mengambil PhD? Adakah PhD nya berkualiti? Saya risau jika saya memohon jawatan Pensyarah kelak saya mengalami kesusahan disebabkan PhD saya dipertikaikan.

    2. Jika saya bercadang untuk terus menjadi guru selepas mendapat PhD, apakah benefit yang akan saya dapati? Sebab orang kata PhD guru itu tidak laku sebab guru kekal mengajar di sekolah menengah, jadi kelayakan PhD guru itu hanyalah untuk kenaikan gaji sahaja jadi samaada PhD itu berkualiti atau tidak itu tidak penting.

    3. Sekiranya saya ingin mendapatkan PhD dan terus menjadi guru, kerana ingin menjalankan penyelidikan di sekolah dan menghasilkan jurnals and publication (sbb sy rasa lebih releven PhD in Ed holders stay in school n be in the system), adakah kemungkinan untuk saya juga menyumbangkan bakti di peringkat universiti dan antarabangsa? Saya risau kehilangan medium untuk berbakti.

    Mohon pandangan tuan. Terima kasih diucapkan

    1. Salam,

      1. Saya ingin berterus terang, UA (Universiti Awam) kurang mengambil lulusan PhD dari IPTS. Tetapi rasanya untuk universiti bukan terkemuka (UA yang lain), ianya mungkin boleh.
      2. Universiti ini saya kurang info, kena lihat berapa penerbitannya setahun, prestasi studentnya dan pelbagai faktor lain.
      3. Ada PhD sepatutnya anda boleh jadi pengetua. Lagipun, anda bagus bertugas di IPTS atau Politeknik kerana anda mungkin dilantik sebagai Timb Pengetua, atau Pengetua dengan lulusan PhD tersebut.

      Nasihat saya:

      Saya rasa anda tidak tahu apa anda hendak lakukan selepas tamat PhD. Beginilah, jika anda mahu sambung PhD, pastikan anda benar2 sambung kerana minat dan ingin meningkatkan kualiti diri. InsyaAllah rezeki itu datang kemudian. Anda tidak tahu apa masa depan. Tetapi percayalah, jika niat nak sambung PhD itu diikhlaskan sebanyak mungkin, rezeki akan datang bergolek tanpa disangka. Just confident.

      InsyaAllah

  40. Salam,

    Saya bakal menyambung pelajaran dalam peringkat Master in Mathematics (coursework) di UKM. Tapi saya dalam dilema, betul ke apa yang saya dengar untuk menjadi pensyarah IPTA (DS/DG45) lbeh mngutamakan graduan master in research bbanding coursework?

    1. Salam,

      Ianya amat benar. Tetapi dari segi sebab ianya sememangnya subjektif. Tetapi secara amnya, master secara research berkemampuan untuk menghasilkan research untuk universiti dan mampu membantu universiti dari segi kepelbagaian KPI universiti yang lain. Tetapi master by coursework juga ada bagusnya. Cuma anda perlu buktikan dengan skill dan tahap komunikasi lebih baik berbanding mereka yang master by research. Master by research ini mereka ada pengalaman present di persidangan dan skill komunikasi mereka adakalanya agak bagus dan adakalanya kurang sedikit.

      Nasihat saya, cuba sahaja. Yang penting ada master. Disamping itu tingkatkan skill2 lain.

  41. Salam…sy holder degree in finance dpt tawaran sambung master pendidikan pengurusan perniagaan…soalan saya kalo sy apply lecturer..sy akn jd lecturer untuk subjek apa?mohon pencerahan..t.k

    1. Salam,

      Bagus kerana dapat menyambung pelajaran. Baiklah, berkaitan apply jadi lecturer ini. Tidak perlu risau untuk subjek apa. Tetapi yang penting anda dapat masuk dahulu. Jangan terlalu memilih kerana dikhuatiri apa yang ingin dipohon akan limited. Cadangan saya adalah lihat fakulti yang berkaitan (selalunya fakulti bisnes dan management).

  42. Assalam.

    1. Saya merancang untuk sambung PhD di UK tahun 2016 nanti. Adakah universiti di UK yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia diperakui ijazahnya? Maksud saya diterima untuk bekerja sebagai pensyarah apabila kembali ke Malaysia semula nanti.

    2. Saya ingin memohon Commonwealth scholarship. Adakah dengan mendapat biasiswa ini akan mendapat cuti full time sbagai pelajar nanti? Biasiswa komanwel ini perlu dimohon melalui JPA. Saya seorang kakitangan kerajaan. Adakah nanti akan diberikan cuti belajar seperti Hadiah Latihan Persekutuan itu? Jika tuan dapat menjelaskan saya ucapkan ribuan terima kasih dengan kesudian tuan itu.

    1. Salam,

      Anda sebenarnya boleh semak samada universiti terbabit diiktiraf JPA atau tidak. Rasanya anda perlu berkunjung ke pejabat mereka atau telefon sahaja mereka di JPA.

      Baiklah, untuk kakitangan kerajaan bukan akademik, ianya tertakluk dengan Ketua Jabatan anda. Anda mungkin perlu queue atau pun perlu menunggu certain years untuk sambung. Jadi,nasihat saya adalah dengan berbincang dengan ketua jabatan. Kerana anda berkerja dengan majikan. Kecuali anda berhenti dan sambung sendiri.

  43. salam Dr, saya akn mymbung master bulan 9 ni, sy amt2x brmnat mnjdi pensyarah sejak sekolah, prjlnn sy msih lg jauh, dlm msa yg sma sy mndpat offer kerja sbg chemist, apakah nshat Dr , mmndgkn sy ad trbca komen Dr msa hdpn nnt mmrlukn phd n industrial experience utk mnjdi pnsyarah, dan prsaingan sbg pnsyarah sengit di msa hdpn (saya sedikit gusar kerana tdak mempunyai pnglman bkerja sekiranya sy trus smbung)

    1. Salam,

      Tiada masalah. Yang penting dengar saranan saya:

      Sambung Master kemudian sambung PhD terus. Tidak mengapa jika tidak bekerja.

      Kerana setakat ini banyak IPTA memerlukan PhD holder. Tidak perlu pengalaman lagi setakat ini. Kecuali dalam 10 tahun lagi mungkin.

  44. Assalammualaikum Dr.,
    Saya penjawat awam. Saya berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD dalam negara. Boleh Dr. berkongsi bagaimana untuk memilih supervisor yang baik? Kriteria apa yang perlu saya ambil kira….

    Terima kasih

    1. Salam.

      Supervisor yang baik.

      1. Apabila anda berborak dengannya dia tidak bongkak, tidak sombong, rendah diri, boleh bergurau, steady, dan anda tahu dalam hati dia ni bagus dan tidak teragak2.

      2. Apabila anda berborak dengannya, anda tahu dia good in research tetapi mengekalkan ciri-ciri No.1 di atas.

      Carilah sehampir di atas. Bahkan boleh add dalam facebook lagi maka itu supervisor yang bagus. boleh dibawa bergurau. Jika tidak, anda mungkin buat research dalam keadaan tertekan.

      But, that is my suggestion and i have believed in it (Criteria No.1 dan No.2)

  45. Assalam,

    Dr.., sy hdk brtnya pndpt Dr…

    1. sy dh dpt skim pnsyarah muda, sy hnya di benarkan ke USA.. bidang sy ialah anthropology sbb sy nk buat kajian pasal masakan tradisional melayu… tp sy tgk kebykkn uni mahu sy fasih bahasa asing ( german, french etc) sbgai syarat intake tu.. pd pndpt Dr perlukah sy tukar topik@ bidang atau cri uni lain di negara lain?

    2. sy nk tanya beza antara pnsyarah kontrak dan tetap? dr aspek gji, elaun & tggjwb?

    3. Dlm interview, persediaan apa yg terbaik utk reflect yg sy ni excellent candidate? General knowledge about our field or current issue?

    Tqvm, Assalam..

    1. Salam,

      1. Bahaya tukar topik ini adalah dikhuatiri tidak minat. oleh itu sentiasa pilih bidang yang diminati. Jika dibenarka ke USA, pilih supervisor yang bagus. Ingat, di USA menurut rakan saya, supervisor itu penting. Jika anda cari supervisor yang perfect, maka agak sukar untuk anda graduate.

      2. Kontrak biasanya tidak dikira dalam perkhidmatan. Bayangkan pencen anda tiada dan akan bermula semasa anda disahkan TETAP dan DISAHKAN jawatan. Gaji sama sahaja dan elaun.

      3. Interview – tunjukkan anda mempunyai communication skill and various ideas about your research. Can explain well on general issue and current issue related to your FIELD ONLY. Remember to stay on track (which is your field). Do not attempt to explain other fields. just state what you have known based on your field and area.

  46. Salam,

    Saya sedang mengikuti bidang Master di luar negara dan tidak lama lagi saya akan habis belajar di peringkat master ini. Saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat phd di luar negara (negara lain).
    Soalan saya, bagaimana caranya (untuk mendapatkan biasiswa, kos di negara yang diingini?).
    Jika saya bekerja dahulu sbg pensyarah muda di ipta, adakah saya boleh memilih untuk sambung phd di mana-mana negara yg saya ingini dgn biasiswa drp uni?
    Atau adakah tuan/puan mempunyai apa2 pandangan?
    Saya amat berterima kasih di atas kesudian tuan/puan meluangkan masa membaca komen saya ini dan juga atas kesudian memberi cadangan dan pandangan.

    1. Salam,

      Berkaitan biasiswa, saya mendapat banyak maklumat berkaitan univ2 di luar negara menawarkan biasiswa. Cara yang terbaik adalah dengan menyelidik di laman web universiti terbabit samada ada menyediakan biasiswa atau tidak. Ataupun boleh mencuba biasiswa MARA atau lain2 agensi (khazanah dll).

      2. Soal bekerja sebagai pensyarah muda itu amat bagus, cuma ianya tertakluk kepada budi bicara universiti. Selalunya staf mendapat negara yang dihajati tetapi bergantung kepada budi bicara orang atasan. Kerana mereka yang memberi keputusan.

      Cadangan saya adalah memilih apa yang terbaik untuk dimulakan dahulu. Meneruskan ke PhD menggunakan biasiswa pun boleh, masuk sebagai pensyarah muda pun boleh. Tiada kata orang salah satunya lebih baik atau sebaliknya. Ianya bergantung kepada anda

  47. Salam & terima kasih Dr.
    Sedikit soalan berkaitan profession isteri saya.beliau pernah berkhidmat sebagai finance exec di GLC selama 7 tahun.kemudian beliau mengambil keputusan utk menamatkan kerjaya di GLC tersebut utk mendapatkan masa yg cukup bagi menumpukan pengajian peringkat Master of economy di UPM.sebelum beliau menyambung Master,beliau telah mendapat tawaran sebagai guru subjek akaun dan ekonomi disebuah sekolah swasta.sehingga kini beliau masih berkhidmat sbgai guru tersebut disamping meneruskan Master beliau Insyaallah akan tamat pada pertengahan 2016 jika ada rezqi.kami bercadang selepas tamat Master nanti kami mahu menetap di negeri sendiri melaka.bagaimana pandangan Dr jika isteri saya cuba memohon jawatan pensyarah di Kolej Profesional Mara di sana?apakah sukar atau bagaimana cara yg terbaik mengikut pandangan Dr? Terima kasih.

    1. Salam,

      Bagus, tidak sukar sebenarnya memohon sebagai pensyarah di sana. Yang penting menghantar borang permohonan. itu yang penting. Pastikan dalam minda tiada perkataan “tak dapat kot”, atau “susah rasanya”. Lengkapkan borang sebagai pensyarah dan penuhi syaratnya dan hantar ke mereka. Itu baru betul.

      Cara yang terbaik adalah email pihak pengurusan atau orang penting di dalam kolej tersebut bertanyakan jawatan pensyarah yang diperlukan.

  48. Assalamualaikum Dr,

    Sy Aini, sy bercita-cita nak jadi lecturer. Sy dalam dilema skrg untuk menyambung pelajaran ke peringkat master, harap Dr dapat membantu:
    1)Mode Master apakah yg harus sy pilih coursework@research?(memandang sy sudah bkeluarga dan mpunyai anak, melalui pmbacaan sy research student adakalaye 3,4 tahun masih tidak bergraduate).
    2) Sy juga sedang survey universiti mane yg harus sy pilih?(sy memilih UITM kerana berdekatan tempat tinggal, tetapi cousin sy yg kini sedang menyambung phD menyarankan sy sambung di UPM @ mane2 research universiti)

    Terima Kasih Dr.

    1. Salam,

      Jika research mode:
      1. Peraturan yang pertama adalah mencari supervisor yang ngam dengan anda. Pastikan anda tahu yang dia ni bagus dan boleh berkerjasama. Anda akan tahu di saat anda berjumpa dan bertemu dengan pensyarah tersebut.
      2. Anda harus berdisiplin. TIdak kisah berkeluarga atau mempunyai anak sehingga 4,5 atau sebanyak mana pun. Anda harus tahu bila anda penat, bila anda perlu bermain dengan anak dan bila masa efektif untuk study. Amalkan gaya hidup berjadual dan berdisiplin.
      3. Universiti, pilih lecturer atau supervisor yang ngam sahaja. Mana2 universiti pun sama kerana mereka universiti awam dan diiktiraf.

      Jika by coursework:
      1. Ianya mudah dan jika bertanyakan saya, peluang anda survive dalam coursework lebih tinggi berbanding di atas. Tetapi peluang anda menjadi pensyarah kelak mungkin sukar kerana bersaing dengan yang ada kelulusan master dan PhD secara coursework.

  49. Assalamualaikum Dr,

    Sy Aini, sy bercita-cita nak jadi lecturer. Sy dalam dilema skrg untuk menyambung pelajaran ke peringkat master, harap Dr dapat membantu:
    1)Mode Master apakah yg harus sy pilih coursework@research?(memandang sy sudah bkeluarga dan mpunyai anak, melalui pmbacaan sy research student adakalaye 3,4 tahun masih tidak bergraduate).
    2) Sy juga sedang survey universiti mane yg harus sy pilih?(sy memilih UITM kerana berdekatan tempat tinggal, tetapi cousin sy yg kini sedang menyambung phD menyarankan sy sambung di UPM @ mane2 research universiti)

    Terima Kasih Dr.

  50. assalamualaikum wbt

    terima kasih atas perkgsian ilmu yang sgt bermanfaat dan menarik. Sy merupakan seorg guru (DG41), berumur 24 tahun, mempunyai pengalaman kerja kurang dari setahun dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master (research mode) dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional di UTM dan dijangka grad pada Oktober 2016. Saya berminat untuk menjadi pensyarah di IPG atau Kolej Matrikulasi memandangkan minat mengajar sy cenderung ke arah pelajar-pelajar remaja (18 tahun ke atas). Persoalannya, adakah sy layak untuk memohon jawatan tersebut dengan kelayakan dan pengalaman bekerja sy? Mohon pencerahan dan bimbingan.

    TQVM in advance. ^_^

    1. Salam,

      Untuk Kolej Matrikulasi rasanya boleh cuba memohon. Jika tidak silap saya sepanjang tahun dibuka. Cuba pergi ke laman web Jabatan matrikulasi – http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=3 atau contact mereka.
      Link ke matrikulasi2 seluruh Malaysia – http://www.moe.gov.my/my/direktori-kolej-matrikulasi

      Nasihat saya adalah memberanikan diri menelefon pihak mereka bertanyakan cara memohon pensyarah matrikulasi melalui Jabatan Matrikulasi Putrajaya.

  51. Assalamualaikum,
    Saya bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah umur saya 15 tahun baru habis pt3
    Saya nak tanya boleh ke saya jadi pensyarah jika selepas spm saya masuk ipts bukan university awam

  52. assalamualaikum..
    saya baru sahaja lulus viva phd dalam bidang kejuruteraan gas..penyelidikan saya berkaitan dengan instrumentation system for gas pipeline inspection.saya berminat untuk menjalankan penyelidikan yang berbeza daripada penyelidikan PhD saya iaitu bioresource material for gas adsorption application. Saya ingin bertanya Dr, apakah jalan terbaik untuk membolehkan saya masuk dalam area yang saya minati itu? Adakah saya perlu apply postdoc atau sebagai pensyarah supaya saya boleh meneruskan keiginanan saya menceburi bidang research yang baru itu?
    Terima kasih.

    1. Salam,

      Bidang yang amat bagus dan ianya amat diperlukan di beberapa universiti bertaraf research universiti. Saya sarankan anda diserapkan sebagai pensyarah terus dan kemudiannya mohon geran untuk menjalankan penyelidikan. Cuma anda perlu ingat menjadi pensyarahada pelbagai track. Pilih track Research untuk masa depan anda di mana anda boleh teruskan membuat research tanpa beban pengajaran yang banyak serta tugas admin yang membebankan.

  53. assalamualaikum Dr..sy telah lulus phD dalam bidang gas engineering dan sedang memohon pekerjaan sebagai pensyarah.saya ingin bertanya pendapat dr, bolehkah seorang pensyarah itu mempunyai kepakaran dalam skop research yang berbeza tetapi masih dalam bidang yg sama?bagaimana harus saya lakukan untuk sy menceburi skop research yg berlainan daripada skop research phd yang sy telah lulus itu? topic research phd saya adalah berkenaan dengan instrumentation system for gas pipeline..manakala topic research baru yg sy minati adalah bioresource adsorbent for gas adsorption.
    harap dr dapat bagi pencerahan.terima kasih

  54. Salam,

    Saya bakal tamat pengajian Master dalam Material Science. Soalan saya, adakah saya boleh melanjutkan phd dalam bidang berlainan contohnya dalam bidang arkeologi? Dan bagaimana caranya?

    Terima kasih.

    1. Salam,

      1) Tiada masalah jika universiti berkenaan membolehkan anda mendaftar
      2) Pastikan juga supervisor yang dicari adalah bagus bagi diri anda.
      3) Dan yang paling utama adalah anda minat untuk menyambung belajar dan suka pada bidang berkenaan.

  55. Assalam & salam sejahtera Tuan

    Saya kini RA di UM. Saya dah dapat surat tawaran untuk program master by research dalam bidang oral pathology (jabatan saya berada sekarang). Tapi saya sedang menunggu SLAB UM di buka Jun nanti. Perlu tak saya register sekarang atau tunggu sehingga permohonan SLAB dibuka. Kerana saya ingin mohon jawatan sebagai pensyarah di oral biology (jabatan yang lain), saya risau tajuk dissertasi saya sekarang ini tidak sesuai untuk jabatan tersebut.

    Terima kasih banyak Tuan.

    1. Salam,

      Saya banyak mendapat soalan sebegini tetapi saya ingin nasihatkan bahawa:

      1. Kurangkan menunggu dan teruskan memohon. Jika ada apa2 yang perlu dimohon maka boleh mohon. Jika tidak mahu boleh sahaja terus menolaknya kemudian.

      2. Soal tajuk disertasi (saya kurang pasti kenapa anda sudah ada tajuk disertasi sedangkan anda belum nak buat thesis), sepatutnya pada semester kedua atau ketiga master by research baru tajuk anda akan buat. Tajuk masih boleh berubah2. Walaupun mungkin berlainan sehingga 50% dari tajuk geran (jika duit allowance anda dari geran FRGS/TRGS/dll).

  56. Salam,

    Saya ingin melanjutkan pengajian ke luar negara di satu universiti. Tapi, apabila saya check senarai universiti yang diiktiraf oleh kerajaan, saya tidak melihat universiti saya itu tersenarai. (Tapi, apabila saya google lagi, saya melihat universiti itu tersenarai pula, jadi saya terkeliru).

  57. Assamualaikum.

    Saya ambil degree in computer science (networking) di UPM dan baru sahaja menamatkan master (IT) di UiTM. Saya ambil master by coursework secara part time memandangkan saya bekerja (dlm bidang IT). Saya telah bekerja dalam industri selama 5 tahun, dan skrg berminat utk menjadi pensyarah.

    Persoalan saya adalah: saya ingin memohon jawatan pensyarah sambilan/tutor di UMS (Labuan). Ada borang disediakan utk jawatan tersebut. Akan tetapi, adakah saya perlu menyambung phd atau boleh terus apply? Bagaimana utk saya apply jawatan tersebut sedangkan saya tiada pengalaman mengajar?

    Terima kasih.

    1. Salam,

      Sebarang borang yang anda isi, teruskan isi dan hantar. Usah fikirkan samada perlu atau tidak. Sebabnya?

      Sebabnya jika anda mahu menyambung belajar, sambung sahaja PhD tersebut tanpa mengira anda mahu bekerja atau tidak.

      PhD adalah suatu process anda ke arah minat bahagian penyelidikan. Oleh itu, dengan ilmu yang ada dapat membantu anda untuk meningkatkan tahap pekerjaan anda.

      Nasihat saya:

      1) Isi sahaja borang walaupun tiada pengalaman mengajar. Tulis sahaja berpengalaman dalam industri 5 tahun dan apa yang anda buat.
      2) Sertakan CV anda sekali. Isi projek2 yang pernah anda terlibat.
      3) Sambung sahaja PhD di mana juga samada part time atau full time.

  58. assalamualaikum dr, saya merupakan salah seorang pelajar degree jurusan komunikasi di salah sebuah universiti IPTS dan saya berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini. soalan saya, adakah selepas saya grad daripada IPTS, saya boleh menyambung masters/ phd ke IPTA? Dan, apakah peluang saya boleh menyambung pelajaran di luar negara untuk masters/phd nanti? terima kasih dr.

    1. Salam,

      1) Ianya bergantung kepada syarat universiti terbabit. Nasihat saya mohon sahaja banyak2 universiti yang ada dan lihat mereka terima atau tidak.
      2) Soal menyambung pelajaran ke luar negara ini bergantung. Kebanyakan universiti dalam process mengurangkan penghantaran staf ke luar negara. So, tidak pasti soal ini untuk keseluruhan universiti. Setiap universiti berbeza peraturan. Tiada yang sama langsung.

  59. Assalamualaikum Dr.,

    Pertama sekali terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin bergelar pensyarah. Saya merupakan pelajar PhD semester ke 3 USM dan kini sedang collect data untuk kajian saya. Saya target untuk grad dalam tiga tahun atau tiga tahun setengah. Namun saya masih belum menghasilkan apa-apa penulisan di dalam journal. Soalan saya ialah:

    1. Apakah kemungkinan dan cara terbaik untuk saya menghasilkan beberapa (minimum 5) publish journal dalam tempoh masa kira-kira setahun?

    2. Cadangan dan nasihat Dr. untuk saya menghasilkan lebih banyak penulisan supaya peluang untuk diterima sebagai pensyarah menjadi lebih cerah.

    1. Salam,

      1. Ini bergantung kepada bagaimana supervisor anda mampus support anda untuk penulisan journal. Carikan list of journal menerusi – https://www.elsevier.com/__data/assets/excel_doc/0015/91122/title_list.xlsx atau menerusi http://www.scimagojr.com/

      2. Bab penulisan ini memerlukan anda sangat rajin dan sentiasa menulis. Apa2 pun anda kena mulakan menulis dengan pertama sekali cari journal yang hendak dihantar. Kemudian ikut templatenya dan ikuti kelas penulisan jurnal. Dr. Othman Talib terkemuka dengan penulisan jurnal. Cari bengkel tersebut dan attend.

      Menulis ini sangat berat. Tetapi jika dah mula menulis, insyaAllah anda akan terus menulis.

  60. Assalamualaikum Dr.
    Terima kasih di atas perkongsian penuh manfaat ni.
    Saya baru habis degree tahun ni. Saya rancang nak sambung master by coursework. Tetapi ramai berpendapat lebih baik ambil master by research jika ingin menjadi pensyarah. Saya pula ingin sambung master by coursework sebab nak habiskan on time master nanti. Ramai senior sy ambil masa yg agak lama utk tamatkan master research. Sy bercadang utk mendalami subjek2 semasa degree dulu dgn lebih mendalam. Dlm silibus master coursework juga terdapat mini research semasa final semester, adakah itu mencukupi utk sy belajar tentang research sebaga bekal jika sy ingin sambung phd nanti? Soalan sy, jika sy teruskan sambung master by coursework, adakah ia akan menghadkan peluang sy utk menyambung phd dan menjadi pensyarah?
    Mohon pendapat dan pandangan Dr berkaitan hal ini.
    Terima kasih.

    1. Salam,

      Saya simpulkan soalan ini adalah lebih kepada berbaloi atau tidak master by course atau by research untuk sambung phd dan seterusnya menjadi pensyarah.

      Cadangan saya:

      1) Do what you want to do
      2) Berdisiplin, patuhi masa, dan penuhi diri dengan minat

      There is no right or wrong. Tiada Susah atau Senang.

      Patuhi dua benda di atas tu insyaAllah anda akan berjaya.

  61. Salam ..

    Saya nak tanya,, saya akan menghabiskan degree pada umur 27 tahun.. saya lambat sikit sebab sebelum ni amik stpm (x cukup syarat untuk sambung degree) dan mula semula dari diploma.. saya berminat sangat untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi dan menjadi pensyarah.. saya suka mengajar dan melakukan kajian sebenarnya.. pada pendapat Dr, masih ada lagi ke peluang bagi saya, sebab rata2 pelajar yg sambung master masih muda dalam awal 20 an dan persaingan sangatla tinggi, sedangkan saya jika sambung master pun dalam 27 or 28 tahun.. harap Dr bagi nasihat kepada saya.. saya dalam bidang biologi.. terima kasih..

    1. Waalaikumsalam,

      1. Sambung master dan PhD
      2. Pastikan melakukan yang terbaik semasa mengambil Master dan PhD tersebut dgn menulis banyak kertas kerja, memasuki pertandingan penyelidikan, menonjolkann diri dalam menyelesaikan aktiviti masyarakat dll.
      3. Tingkatkan komunikasi dan keyakinan bercakap

      Buat ketiga tiga diatas diiringi doa dan usaha terbaik insyaAllah akan mengalahkan yang lain

  62. salam dr..
    thanks for the above fruitful information.
    im currently working as assistant manager
    my degree was in international affairs management at uum and mba(finance) at upm.sebenarnya saya berminat menjadi pensyarah tapi most of the universiti tht i came across required teaching experience but my experience were in industry for more than 10 years.so i decided to continue phd but having difficulties in getting supervisor n topic for proposal.im still trying my best searching for it. while searching ive came across postgraduate diploma for teaching programme(3 sem)-rm8700.should i take this course?is this course can help me in getting lecturer post?or should i just focus in searching my phd topic?im confused and helpless.
    appreciate ur reply,dr.thx

    1. Dear Reader,

      Yes, most of the universities required the candidate to actually be able to teach eventhough they stated teaching experiences as part as their requirement, thus you can actually apply for it based on your qualification itself (thus no need to have such teaching certificate/degree or all stuff.

      Just continue your plan in furthering your study in PhD (but remember to find suitable supervisor – the important key of success story behind most of phd students were great/good supervisor – But not just intellectually great but their social skills and be able to become best buddy throughout your phd journey is the important things).

      Once you have completed your PhD, the chance will be higher to become a lecturer.

  63. salam DR. sy ada beberapa soalan.

    1) sy merupakan lepasan master pentadbiran awam. skrg dlm plan nk smbung phd. so, sy nk tnya pengalaman Dr… kos dari sem ke sem akan slalu mningkat ke mcmna? sbb sy ni bkn dri kluarga brada. jadi tiada sumber kewangan tetap. skrg mmg nekad nk sgt2 sambung terus. umur 25. sy tgh buat financial plan skrg. ada la buat bisnes kecik2 utk kumpul duit nk byr yuran. adakah kos akan makin brtambah atau mula2 masuk je pakai byk duit?? dlm plan nk apply myphd dgn biasiswa2 yg mna ada kt msia ni lah.

    2) sy buntu utk mmbuat pemilihan. sy minat HR dgn P.Management. kalau ikut masa dgree,sy byk involve dgn sbjek brkaitan HR. msa master pulak byk involve PM. dua2 sy minat. so, xtau nk pilih mana 1.

    1. Salam
      1) Tiada istilah peningkatan kos yang ketara untuk YURAN per semester. Melainkan ada rombakan tertentu. Biasanya akan diterangkan sebelum mendaftar yuran per semester yang perlu dibayar. Lain universiti lain yurannya. Dapatkan data tersebut dari pejabat pascasiswazah dan anda boleh tahu budgetnya berapa

      Berkaitan kos lain2 itu adalah berkadaran dgn nilai matawang kita dan peningkatan harga di luar sana. Minyak naik, harga sewa rumah naik dan lain2 lagi.

      Tetapi rasanya bidang yg diambil tu mungkin kurang menggunakan kos teknikal seperti kejuruteraan dan sains komputer.

      2) Pilih mana yang lebih diminati. Jika kedua duanya minat, pilih yang prospek kerjayanya lagi bagus dan mempunyai masa depan yang cerah. Jika tak tahu juga pilih yang bila orang tanya, anda boleh bercerita dengan baiknya benda tersebut dengan rasa seronok dan gembira. Jika tak tahu juga mana satu, pilih yang mana lagi mudah dari segi nak selesaikannya. Dan yang terakhir adalah dengan mencari supervisor yang bidang tersebut sangat sporting dan bagus maka itu yang boleh anda pilih.

  64. Assalamualaikum dr…
    Sy ingin ingin brtanya..skirnya cgpa bwh 2.50 dalam bidang perancangan bardar dan wilayah adakah layak utk smbung master..
    1.bagaimanakah cara hndk memohon sambung master dgn cgpa rendah
    2.sekiranya tidak layak bidang manakah yg dapat diteruskn utk smbung master

    Walaupun dinggap gagal ttp Insan ini masih malu dgn ilmu dan masih ingin membaiki jalan yg brlubang..

    Sy tggalkan email spya elert dgn mslah ini
    kerlish44@gmail.com

    1. Sebenarnya majoriti universiti AWAM mungkin syaratnya agak tinggi TETAPI boleh mencuba dengan bekerja dahulu untuk mendapatkan pengalaman. Dan kemudian baru memohon kembali kerana ada requirement yang membolehkan orang yang sudah bekerja dengan pengalaman tertentu + degree boleh diterima syarat sambung Master.

      Untuk universiti swasta ianya mungkin ada program master yang requirementnya rendah sedikit.

  65. Slm Dr.
    Boleh terangkan macam mana PHD industry? (maaf kalau dah ada yang bertanya mengenainya)
    Pihak univ ke yang tentukan company mana2?
    Adakah fulltime bekerja kat company tu dan dibayar gaji?
    Apakah syarat2 diperlukan untuk menyambung pengajian ke PHD industry?
    Macam mana pemilihan company?

    Terima kaseh!

    1. PhD industri ditentukan oleh kita sendiri setelah dah mendapat:

      1) Industri atau kilang tersebut bersetuju untuk calon membuat phd. Ya kita kene cari sendiri kilang mana dan supervisor kat kilang/company tu.
      2) Ada Master degree
      3) Ada pengalaman kerja 3 tahun ke atas

      Boleh google sahaja PhD Industri. UKM ada, UTM ada.

      Syarat umum majoritinya mcm saya nyatakan di atas.

      Sama sahaja mcm PhD biasa, cuma ada kaitan dgn industri.

  66. Selamat sejahtera, Saya merupakan pelajar Lepasan Matrikulasi. Saya mendapat tawaran ijazah Sarjana muda sains and matematik di um(Bukan ijazah PENDIDIKAN) .
    1.Selapas Tamat degree, bolehkah Saya terus memohon Kerja di sekolah sekolah kerajaan atau matrikulasi?
    2. Bagaimana future prospectnye? Adakah senang untuk mendapat Kerja di IPTA atau IPTS untuk course ini?

    1. Rasanya tidak boleh kecuali sudah mendapatkan Diploma Pendidikan sekurang-kurangnya JIKA ingin bekerja di Sekolah sebagai guru
      Rujuk http://afterschool.my/bm/berita/10-laluan-yang-bakal-melayakkan-anda-menjadi-seorang-guru/

      Untuk soalan yang lain iaitu di Matrikulasi atau IPTA (sekarang disebut UA – Universiti Awam) atau IPTS. Maka kena ada sekurang-kurangnya Master Level. Tetapi Matrikulasi (Kolej) mungkin hanya memerlukan ada Degree sahaja.

      Diharap membantu.

  67. Selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan pendapat daripada Dr.
    a) Adakah saya masih berpeluang untuk menjadi seorang pensyarah seandainya saya ingin melanjutkan pelajaran bermula peringkat ijazah sarjana muda pada umur 29 tahun? Saya ada membuat tinjauan bahawa syarat paling minimun untuk menjadi seorang pensyarah adalah sekurang-kurangnya memiliki sarjana (sesetengah IPT memerlukan pengalaman bekerja dalam bidang yang dimohon).
    b) Adakah saya layak untuk memohon menjadi seorang pensyarah sekiranya saya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang sains sosial (namun tiada pengalaman bekerja dalam bidang tersebut) dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master of Education (Educational Leadership & Management).
    c) Adakah IPT menetapkan had umur untuk memohon sebagai pensyarah?
    Terima kasih.

    1. Salam.

      1) Umur tiada masalah untuk kebanyakkan universiti tetapi disebabkan orang muda yang memiliki master dan PhD semakin ramai, maka persaingan makin ketat. Saya sarankan jgn mengalah tetapi jadi seorang graduan yang berkaliber dan bagus supaya CV untuk permohonan pensyarah nanti nampak cantik.

      2) Tidak kisah kerana yang penting menepati syarat teknikal semasa memohon. Saya sarankan lihat dahulu dengan fakulti mana masa hadapan nanti akan bekerja dan apa syarat2nya. Namun diingatkan bahawa peraturan universiti sentiasa berubah. Mereka badan berkanun dan BEBAS buat peraturan sendiri tak perlu ikut JPA.

      3) Bergantung. Universiti adalah badan berkanun dan bebas nak setkan umur atau tidak. Mereka bebas mengambil pekerja tanpa terikat dgn kerajaan persekutuan mahupun negeri.

  68. Assalamualaikum Dr. Saya mempunyai degree in accounting & berpengalaman kerja selama 15 tahun dlm bidang perakaunan di sektor swasta dan juga badan berkanun kerajaan (kontrak). Saya berminat utk menjadi pensyarah & berminat utk mengikuti program Master in forensic accountg di uitm (pengambilan sdg di buka skrg, baru nak mohon)

    1) dah terlewatkah saya utk jd pensyarah? Sbb umur dah 42 baru nak apply study master.
    2) adakah pinjaman / biasiswa yg boleh dipohon?
    3) Masters in Forensic Acctg ni baguskah? Tp saya minat hal2 menyiasat ni.

    1. Salam,

      1) dah terlewatkah saya utk jd pensyarah? Sbb umur dah 42 baru nak apply study master.
      – Umur tiada masalah dalam menjadi pensyarah. Kecuali yang memilih itu membuat syarat mahu pensyarah berusia 40 tahun ke bawah (contoh). Tapi setakat ini semuanya berdasarkan kelulusan. Age does not matter.
      2) adakah pinjaman / biasiswa yg boleh dipohon?
      – Rasanya kena mohon seperti biasa PTPTN atau MARA. Atau agensi lain yang menawarkan. Tapi mungkin agak limited sebab faktor usia akan diambil kira juga kadang-kadang.
      3) Masters in Forensic Acctg ni baguskah? Tp saya minat hal2 menyiasat ni.
      – Saya agak sukar memberi komen bab ni sebab bukan bidang saya. Namun, saya sarankan ambil disebabkan (1) Minat, (2) dah kaji di jobstreet atau mana2 agensi pekerjaan tahap penerimaan majikan terhadap lulusan ini.

  69. Good evening,
    First of all, thanks for all the information provided above.

    I’m currently a student in the last semester for Bachelor of Education in Science and having a great chance to get a first class.I happened to know that I am allowed take the fast track. I’m interested to continue my study and apply to be a lecturer. However, having an education degree made me feel like I’m having not enough knowledge in science for my future career. So, I was initially considering to further my study in non education field.

    Will you suggest me to get a master first or it is okay to proceed directly to PhD? As jumping directly to PhD in non education field seems risky. (As far as i concerned, most of the PhD courses are in research mode which require deeper knowledge, correct me if I’m wrong.)

    Hope to get some advice from Dr., thank you in advance.

    1. Both are good to get through. Either proceed with master level first or directly jump to PhD as first class student.

      The only stand on your way is are you willing to do it? If you want to do it slow and easy (no need to jump to PhD level directly) or do you want to do it energetically by jump to PhD level.

      Both offers significant challenges except in PhD level requires you to have understanding level more than the master level.

      Conclusion

      Steady, and normal pace and enjoying gaining knowledge = master and then PhD

      Fast, read a lot of stuff, love to have challenging stuff and fast pace learning = directly PhD

  70. Salam sejahtera Dr.
    Saya sangat berminat dalam bidang English dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah TESL. Sekiranya saya memilih untuk mengambil kursus English yang ditawarkan di The TESOL Training Centre, adakah saya layak untuk meneruskan pelajaran pada tahap Master (TESL) tanpa adanya status degree?

    Terima kasih.

    1. Salam,

      Saya tiada info berkaitan hal ini. Saya sarankan tengok dahulu syarat untuk mendapatkan Master (TESL) agar tidak kesukaran di kemudian hari.

  71. Assalamualaikum
    Saya seorang penjawat awam (pengajar). Latarbelakang akademik Diploma Dental Nursing; Bac. In Health Sc & MSc oral sc. Mempunyai pengalaman kerja di field 17 tahun & 8 tahun tutor. Tengah merancang sambung PhD dalam Medical edu./Higher edu. Saya sangat berminat untuk mohon jawatan pensyarah di IPTA.
    Persoalan saya adakah peluang jika :
    1. Faktor umur saya -49 (2018).
    2. Berdasar latarbelakang akademik dan pengalaman perkhidmatan.
    3. Adakah penjawat awam(federal) boleh tukar lantik ke penjawat awam badan berkanun atau akan dilantik sebagai lantikan baru? Jika ada rezeki.
    4. Bagaimana cara saya perlu memohon? Adakah perlu melalui ketua jabatan/memohon secara senyap?
    terima kasih.
    Kak Farhana

    1. Salam,

      Maaf karana amat terlewat dalam maklum balas.

      Saya rangkumkan semuanya yang semua faktor2 diatas (kecuali yang no.4) adalah bergantung kepada budi bicara pihak universiti. Oleh kerana badan berkanun bebas buat keputusan, mereka boleh benarkan sebarang umur, sebarang latar belakang (tetapi mestilah sekurang-kurangnya Master atau PhD) dan pengalaman untuk lantikan. Bab sambung perkhidmatan juga bergantung. Mereka yang menentukan.

      Untuk soalan No.4, rasanya permohonan terbuka untuk semua kecuali jika memerlukan pengesahan ketua jabatan. Baik melalui ketua jabatan dan sebelum mohon ceritakan dahulu hasrat anda. Apa2 pun tindakan semoga anda tekad dan tahu apa yang hendak dibuat.

      Goodluck

  72. Salam Dr..
    Saya bakal graduate dalam 3 bulan lagi kerana saya baru saja menamatkan internship dan hanya menunggu masa utk konvo..
    Saya berminat dalam bidang2 pendidikan seperti pensyarah tetapi saya tidak tahu ingin bermula bagaimana..
    Adakah degree yang saya ada melayakkan saya untuk menjadi seorang pensyarah?
    Dan adakah berbaloi gaji saya dengan degree yang saya ada?
    Mohon bantuan nasihat Dr yaa..

    1. Salam. Jika dengan degree, maka boleh menjadi pensyarah politeknik atau kolej komuniti atau matrikulasi.

      Boleh bermula jika berminat dalam mengajar dan suka bercakap. Itu yg penting.

      Bab gaji insyaAllah amat ok dan banyak faedahnya (selaku penjawat awam).

      Jika sambung master/PhD boleh menjadi pensyarah universiti.

      Namun harus ingat persaingan sengit. Mereka mahu yg boleh bercakap dan berkomunikasi dgn baik disamping ada kelulusan yg dinyatakan.

      Mudah bersosial dan bekerja dlm pasukan juga penting bagi seorang pensyarah

  73. Assalamualaikum Dr.
    Semoga Dr. sentiasa dalam keadaan sihat untuk terus berbakti kepada pendidikan.
    Jika Dr. berkelapangan, saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai PhD.

    Saya merupakan pelajar tajaan jpa di Perancis dalam bidang kejuruteraan. Saya akan tamat pengajian tahun hadapan dalam bidang Kejuruteraan Biomedikal. Dan saya berhajat untuk menyambung PhD di dalam negara.
    Cumanya, sistem pendidikan di Perancis sangat berbeza dengan sistem pendidikan di Malaysia dan Malaysia kurang mendapat pendedahan tentang sistem di Perancis. Misalnya, saya mengikuti pengajian selama 2 tahun (diberi ijazah seperti diploma) sebelum memasuki ke Engineering School. Kemudian setelah memasuki Eng. School, 3 tahun pengajian adalah setaraf dengan Master of Engineering di Malaysia dan Negara-negara lain. Jadinya, saya tiada sijil ijazah sarjana muda secara rasmi. Disebabkan, tahun pertama di Eng. School itu bersamaan dengan Sarjana Muda di fakulti biasa(selain Eng. School).

    1. Jadi, adakah saya masih dapat memohon untuk menjadi pensyarah IPTA selepas PhD?

    Satu lagi yang menjadi masalah adalah, untuk menukarkan gred pemarkahan Perancis ke Sistem CGPA Malaysia.
    Di Perancis, sistem yang digunakan adalah per 20. Tiada sistem penukaran markah rasmi kerana setiap universiti, pemarkahannya agak berbeza.

    2. Bagaimana penerimaan pihak Universiti untuk permohonan PhD jika mereka kurang faham mengenai sistem markah ini?

    Terima Kasih di atas respon dari Dr.

    1. Salam,

      Ianya bergantung kepada budi bicara instituisi pengajian tinggi tersebut. Yang penting adalah isi borang permohonan dan mereka akan proses. Mungkin boleh selitkan cover letter untuk explain sedikit sistem tersebut dalam permohonan. Sekali lagi ingin saya maklumkan yang ianya adalah bergantung kepada universiti terbabit kerana mereka bebas buat sebarang keputusan dan setiap universiti juga berbeza corak dan cara mereka. Sebab mereka badan berkanun dan tidak bergantung kepada federal atau negeri.

  74. Salam Sejahtera, Dr.

    I’m a postgraduate (research) of Science student and currently waiting for viva. I have published 2 Scopus papers and few conference papers. There are another 3 papers (1 ISI and 2 scopus) are under peer review. I have 7-8 months of experience as lab tutor when doing my master. I also have oral presenter experience in few conferences.

    Can I apply lecturer assistant position in any college or university while waiting for viva? Or I have to wait until I pass my viva and get the certificate of postgraduate?

    Have a good day.

    1. Salam,

      Great experiences you had but for the position of being a lecturer required official documents.

      But you could always ask around and email person in charge of corresponding university (their HR or their Head of Department of respective department) for lecturer position and their requirement.

      They might hire you as some part time helper for their lab/class etc.

      So my advice – ask around and dont wait. While waiting for your viva. Do it everyday and keep emailing them every single day

  75. Assalamualaikum tuan,

    Semoga sentiasa dalam kesihatan yang baik.

    Saya telah tamat pengajian PhD (2018) dan ijazah sarjana muda (2011) dari salah sebuah Universiti di luar negara (Australia). Walaubagaimanapun, saya tidak mempunyai sebarang penerbitan sepanjang tempoh tersebut. Adakah saya masih mempunyai peluang untuk memohon jawatan sebagai pensyarah di IPTA atau IPTS?

    Terima kasih

    1. Waalaikumsalam,

      Ianya tidak menjadi masalah tetapi bergantung kepada persaingan semasa sesi pengambilan staf. Katakan ada 2 slot pensyarah sahaja dan yg memohon ada 10 org background PhD. Jadi competition adalah quite tough and All candidates mesti ada elemen2 yg menonjol sebab slot ada 2 aje.

      Jadi cdgn saya, mohon aje semua univ yang ada di Malaysia ni. Jangan hiraukan tempat. Atau mungkin luar Malaysia. Pergi ke setiap laman web univ dan mohon sebagai pensyarah berkaitan jika ada kekosongan.

  76. Assalam Dr,
    Mohon panduan cara mencari sv yg ada ciri 1,2,3 (tersebut di atas sblm ini). Bagaimana jika sy ingin approach melalui email..ok ke? Sebab kalau nak cal mcm xsesuai lak. Takkan nk jmpa terus kut.. Ok ke kalau sv tu dah ada ramai student ~4@5 org..dan nak tambah saya pula. Sy suka sv tu coz background bidang beliau tp sy tak tau lagi ciri 1,2,3 tu.
    Thank you very much Dr for your kind repky & attention. 😊

    1. Waalaikumsalam, tiada masalah untuk melalui email tetapi pastikan ada face to face session. Sebab melalui face to face session kita boleh tahu corak bakal SV akan bercakap dgn kita, tengok cara dia handle student dia, dan yang paling bagus boleh juga suh dia uji kita ni dengan some knowledge. Setelah uji suh dia bgtau boleh ke tak kita survive in this research.

      Bila kita merasakan perbincangan kita menjadi seperti sangat menarik maka kita tahu dia adalah our good supervisor walaupun dia ramai student.

      Anyway goodluck in finding supervisor and doing research soon. 👍🏻👍🏻👍🏻.

  77. Assalamualaikum Dr, saya nak tnya, saya amik degree in chemical engineering. saya nak sambung master sebab cita cita nak jadi lecturer. tapi saya nak amik part time sebab saya sedang bekerja. part time master xde untuk research, boleh ke sy amik master mixed mode lepas tu nk apply lecturer lecturer kolej ke politeknik ke dengan guna master mixed mode tu?

    1. takde masalah. janji ada master. tak kisah mixed mode ke course mode ke atau research mode. Untuk Kolej lepas. Untuk universiti perlukan PhD dah sekarang ini

Leave a reply to razorjr Cancel reply