Berlari dan berlari

Salam,

Berjogging sebenarnya adalah aktiviti menyeronokan yang melibatkan exploration ke kawasan sekitar dan mengeluarkan peluh. 

Sebenarnya dua aktiviti keluarkan peluh yang melibatkan exploration iaitu berbasikal dan berjogging (tak kisah road/bukit/dll).

Jarang pula dengar bawa motosikal untuk mengeluarkan peluh.

Berenang juga mengeluarkan peluh tapi tempat yang melibatkan air sahaja. 

Semalam saya baru selesai larian IPNM 2017 di Dataran Mahkota Nusajaya.

Dapat tamatkan dalam masa 3 jam tetapi saya perasan saya melakukan kesilapan juga kali ini untuk half marathon kali kedua.

1) Membawa beg 

Beg yang saya pakai semasa larian itu menganggu concentration dan kerap kali terjatuh dari bahu kiri. Ini menyebabkan terpaksa berlari sambil memegang beg dan sentiasa membetulkan kedudukan beg tersebut. Boleh lihat dalam gambar apa yang saya maksudkan.

Solusi-insyaAllah takkan bawa dah.

2) Permulaan baik tetapi latihan LSD sememangnya diperlukan. Saya hanya berlatih 10km sebanyak 3 kali dari Januari ke March.

Selebihnya hanya 3.4km, 5 km dan 7 km sahaja.

Mungkin LSD sejauh 15 km atau 17km atau 20km jarang dibuat.

Solusi- insyaAllah akan berlatih seminggu sekali atau dua kali 15km-20km punya latihan. Just for endurance practise

3) Tidak langsung workout di gym. Ya saya tak pernah ke gym dan rasanya kena buat workout juga bagi badan seimbang dan kuat muscle. Kaki dan tangan harus diperkuatkan lagi.

Apa2 pun. Semoga jika saya masuk lagi half marathon, latihan betul dibuat insyaAllah.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: