Salam,
Bulan May ni ada 4 larian termasuk SCKLM 2017 di KL.
Arini 30 April saya telah memasuki Larian MPAJ 2017 bertempat di Melawati Mall.
Apa yang saya belajar dari larian ini adalah:
- Pentingnya saya untuk pergi ke gym untuk kuatkan kali otot2 kaki supaya pace lagi laju termasuklah hill training
- Perlukan permakanan di jaga dan juga maintain berat badan atau kurangkan 5kg lagi supaya ideal sekitar 55-60 mengikut tinggi badan saya
- Bersama-sama team support yang boleh berjogging bersama untuk LSD. Jika tidak terpaksa kuatkan mental untuk buat sendirian LSD sekurang-kurangnya 10km ke 15 km.
Semasa sesi larian MPAJ ni
Saya sempat berkenalan beberapa individu.
Mereka rata2 baru bermula sekitar tahun 2015 dan 2016.
Jadi mereka sudah boleh membuat pace bawah 6 minit untuk 10km.
Pace saya masih belum bawah 6 untuk 10 km kecuali 5km.
InsyaAllah akan ada usaha di jalankan.
Minggu depan saya akan masuk Bottled Run Melaka sejauh 5 km. Saya cuba sedaya upaya buat yang terbaik tengok.