Salam,
Too much to be done in 2018.
Matlamat aku yang utama adalah memperbaiki diri agar lebih matang dalam membuat keputusan dan hujah.
Penampilan pula harus seiring usia yang semakin meningkat.
Banyak pencapaian positif aku Alhamdulillah capai namun aku lebih suka listkan failures.
InsyaAllah akan lebih bertenaga mencapai cita-cita diri, keluarga, agama dan bangsa serta negara.
Aku amat berterima kasih kepada isteri dan anak2 serta keluarga belah aku dan isteri. Atas apa yang berlaku sepanjang 2017. Aku amat menyayangi mereka semua.
Aku percaya, yang kejayaan sebenar adalah disebabkan faktor keredhaan Allah kepada kita disebabkan kita bertanggungjawab kepada mereka (keluarga) dan masyarakat.
InsyaAllah, semoga 2018 akan mendatangkan hasil yang lebih baik.
Antara yang aku banggakan sepanjang 2017 yang lalu.
- Berjaya mencapai page 5 minit 36 saat untuk satu kilometer bagi 5 km larian di kampus aku pada March 2017.
- Komputer desktop dan laptop baru aku bebas perisian CETAK ROMPAK. Semua original dari Internet Download Manager, Office dan Windows serta lain2.
- Memiliki lagu yang Alhamdulillah semuanya dimiliki secara sah melalui ITunes dan pemilikan CD lagu
- Memasuki beberapa larian yang lebih banyak berbanding tahun 2016.
- Kelahiran anak kedua aku
- Kerjaya dan pekerjaan yang semakin berkembang positif
- Memiliki konsol2 utama permainan seperti PS4, XBOX ONE X, Nintendo Switch, PS VITA dan komputer sendiri.
- Memiliki buku asli yang dibeli dari Amazon tanpa menggunakan buku yang tidak sah (ebook pdf yang diperoleh secara tidak sah).
- Dan pelbagai lagi kot yg aku mungkin dah lupa.