Pada tahun 2007, aku sendiri lepas habis cuba mohon kerja tapi malangnya tak dapat.
Aku siap menumpang dan tidur di hall sebuah rumah di Kuala Lumpur yang juga seorang kawan aku semasa degree SEC di UTM bagi aku peluang duduk semalaman. Tidur bentang atas sejadah aje beb betapa daifnya time tu dan diorang dalam tu pun keje biasa2 aje. Apa2 pun terima kasih atas hospitaliti yang diberikan.
Selepas tu naik LRT dan sebagainya mencari kerja melalui jobstreeet namun apakan daya tiada rezeki jua. Time tu aku terfikir apakah aku akan mendapat kerja ni. Atau mungkin Allah sebenarnya nak tuliskan sesuatu yang berlainan dalam hidup aku.
Maka tiba2 terdetik nak jadi Research Officer (RO). Subhanallah. Semuanya telah disusun.
Kemudian cuba jumpa seorang pensyarah di FKE mohon jadi Research Officer (RO) sama seperti rakan saya sepermainan Ragnarok Online. Namun disebabkan tiada kekosongan pensyarah terbabit mensarankan seorang pensyarah bidang game untuk diambil sebagai RO.
Aku pun terus ke fakulti terbabit dan nak berjumpa pensyarah terbabit kerana memang aku minat game pun TETAPI mana ada kursus game kat Malaysia ni time tu atau kursus seangkatannya.
Aku sendiri pun sebenarnya taktau hala tuju hidup aku time tu dengan pointer degree pun biasa biasa aje sekadar 3.14 (terkumpul). Dahla programming pun sebenarnya aku bukan power pun so nak jadi RO ni taktau la lepas ke tak
Sampai di fakulti terbabit aku pun ditawarkan ambil master rupanya dengan gaji sebagai GRA. Tapi explaination pensyarah tersebut sangat baik dan menarik minat. Dia muda lagi time tu iaitu berusia 30 tahun time 2007 tu.
Mcm bagus tapi aku ambil keputusan tunggu dulu dan time tu nak hujung 2007. Aku bakal konvo Bachelor Degree pada March 2008.
Kemudian, setelah lama berfikir aku rasa baik amik RO aje sebab tak pasti saya survive master ni ke tak. Maka aku berjumpa pada awal Januari 2008 kot untuk amik keje sebagai RO.
Tetapi ntah macam mana tetiba berjaya supervisor aku tu yakinkam aku untuk amik master dan terus hari yang sama jumpa time tu amik master dan duduk dalam lab. Hahahahahaha. Amik master beb bidang Computer Graphics!!!!
Kemudian pada March 2008 aku konvo dan June 2008 aku kehilangan ayah aku akibat serangan jantung. Aku hadapinya dengan tabah sebab mati itu pasti TETAPI menjadi satu tanggungjawab dan tauladan untuk aku agar JANGAN sesekali abaikan pemeriksaan kesihatan sebab mungkin ada sejarah JANTUNG.
Kemudian, aku selesai master aku yang penuh cerita yang aku rasa nak cerita pun mcm2 la kot akhirnya pada 2009 dan tunggu nak tulis thesis. Maksud selesai tu adalah dah dapat contribution dan perlu tulis thesis.
Tetapi antaranya betapa supervisor aku time tu bertungkus lumus mengajar aku siang dan MALAM beb programming. Aku anggap supervisor aku ni dah macam ABANG ANGKAT aku yang aku super hormat sampai bila2. Dia TEGAS tetapi memang bersungguh mendidik anak bangsa.
Dia seorang yang sabar dalam mendidik aku agar jadi MANUSIA yang betul dan benar. FALSAFAHnya aku pegang baik2 dan aku sampai bila2 akan tabik hormat supervisor aku.
Beliau adalah Dr. Abdullah Bade (sekarang PM Dr. Abdullah Bade) adalah supervisor yang mendidik aku peringkat Master dan PhD hingga selesai.
Ada beberapa lagi rakan dan senior supervisor aku yang aku juga sangat hormati kerana mereka ni juga memainkan peranan penting dalam perjalanan kehidupan aku dan aku juga mengucapkan terima kasih pada jabatan GMM pada ketika itu.
Terima kasih Dr. Shahrizal Sunar (sekarang PM Dr. Shahrizal Sunar di UTM), Dr. Mohd Shafry (sekarang PM Dr. Mohd Shafry) di UTM, arwah PM Daut Daman (seperti seorang bapa mendidik kami), dan rakan2 Lab ketika itu.
Namun, yang paling utama adalah isteri aku (masa tu girlfren la) Nur Baizura Abdul Jalal yang sentiasa support aku tatkala semasa aku selalui main game Ragnarok Online (masa 2003-2004), semasa mengambil Master (melalui support dan nasihat) dan pelbagai onak dan duri yang ditempuh bersama. Ketika awal2 bekerja pun gaji cukup2 aje namun Alhamdulillah semuanya sangat baik dan harmoni.
Ok sambung part semasa mengambil master ye?
Secara tiba2 aku rasa perlunya mohon sebagai TUTOR ketika itu dan aku apply UTHM dulu. Maka bila aku apply dan dipanggil INTERVIEW tetapi tiada rezeki. Aku punya skill pun aku rasa macam dah ok tapi dah memang tiada rezeki kot.
Kemudian mohon pula UTeM dan bayangkan dalam masa TIGA hari dapat jawapan melalui phone ke email tak ingat pada hari SABTU. Bab hari memang aku ingat beb. Hahahahah.
Seterusnya, aku terus bersiap menunggu hari mendaftar sambil menyiapkan thesis aku untuk VIVA pada awal 2010 dan konvo pada hujung 2010 di UTM.
Aku menjadi pensyarah di FKEKK dahulu (masuk sebagai tutor di UTeM PADA 2009) dan kemudian baru menjadi pensyarah di FKEKK.
Aku mengajar MATEMATIK beb di FKEKK tu dan banyak bekas student aku still ada contact di facebook. Mereka beza kurang 5 tahun aje dari aku kot. Semasa ajar depa tu aku TUTOR aje dan harap depa dapat tag dan baca post aku yang tak seberapa ni. Hahahahahah.
Aku berkahwin pada 2011 dan dikurniakan anak pertama 2012. Anak kedua adalah 2017 yang lepas.
Back to 2014 my story
Kemudian berpindah pula ke FTMK mengajar subjek game pada 2014 mengajar subjek game.
PhD aku selesai secara part time juga melalui supervisor Dr Abdullah Bade (sudah di UMS) pada 2015. Tulis thesis dan selesaikan thesis hampir setahun lebih kot dari hujung 2013 hingga hujung 2014 dan VIVA pada Januari 2015.
Kemudian sejarah terus bergerak di mana menjadi pensyarah Kanan pada hujung 2016 dan sekarang Alhamdulillah sudah memiliki beberapa pelajar master sebagai main supervisor dan beberapa pelajar PhD sebagai co supervisor.
Alhamdulillah dapat berkenal my biggest co partner in academic industry seperti yang tertera di laman web http://www.maltesas.my (korang gi la lawat sendiri) dan juga mereka di FKEKK dan FTMK.
Now
Now, aku takkan pandang belakang dah. Too much to be done in the future dengan pelbagai rancangan. Aku akan mara kehadapan dan ingin menasihat setiap bakal graduan dan pelajar kelas aku untuk tempuhi hidup dengan tenang dan gembira. Walau apa pun keadaan sentiasa fikir yang baik2. Semua ada hikmahnya dan disusun cantik untuk kita. Allah dah tentukan yang terbaik walaupun kita masa tu minta yang lain.
Kerja aje dulu apa2 pun. Dan masa keje apa2 pun tu buat yang terbaik. Gembirakan majikan dan show what can you do. InsyaAllah bila anda buat yg terbaik, diri anda akan improve. Walaupun MUNGKIN majikan tidak menghargai anda, tetapi anda dpt improve skills dan pindah ke syarikat yang lain atau organisasi lain setelah membuat yang terbaik.
Aku bukanlah contoh terbaik tetapi inilah my story. Banyak dugaan dan pancaroba namun itu yang dihadapi dan ditempuhi.