Salam Ramadan 1442 H
Kali ini aku dan family dapatlah mengunjungi ramadan setelah tahun lepas tak dapat kunjung akibat PKP.
Jadi tahun ni, dapatlah kunjung walaupun hari pertama ni SOP macam tak terjaga sangat.
Aku harap hari2 berikutnya dijaga dengan baik la kot. Padat gak tadi beb.
Jadi, sempena Ramadan kali ni, harap semuanya dapat memperoleh rahmat oleh Allah S.W.T dan beribadat dgn baik sebab tarawih di masjid dan surau pun dah dibenarkan. Jadi manfaatkannya.
Ini kali kedua aku di dalam musim Ramadan dalam keadaan menjawat jawatan di dalam fakulti. Sebenarnya seram sejuk memegang jawatan ni disebabkan menguruskan orang lagi sukar dari menguruskan dokumentasi.
Jadi aku harap dapat sempurnakan sampailah term aku Januari 2022 sampai. Aku rasa cukup kot. Kehidupan aku dah berjaya dah ni aku anggap sebab aku dah bersyukur dgn apa yang aku tengah buat dan ada ni. Manusia takkan pernah cukup if nak kejar macam2. Jadi aku nak jadi orang biasa atau pensyarah biasa yang orang kata sebagai pensyarah marhaen aje.
Okeh itu aje sampai setakat ni. Selamat Menyambut Ramadan 1442 H