Assalammualaikum
This page is created specifically for our Academic Advisory session. PLEASE REGULARLY UPDATE AT LEAST ONCE EVERY 5 WEEKS
=======================================================
Updated February 22, 2016
Faculty of Information Technology and Communication
1 | D031410231 | NUR IZZATUL IFFAH BINTI ABU BASRAH |
2 | D031410121 | NUR NELISA BINTI RIDUAN |
3 | D031410242 | NUR SYAZILA BINTI HAMZAH |
4 | D031410258 | NUR SYAZWANI NASUHAH BINTI BAHARUDDIN |
5 | D031410158 | NURFARAH AFIQAH BINTI NAZLI |
6 | D031410168 | NURIN ATIQAH BINTI ABD GHANI |
7 | D031410106 | NURUL AINI BINTI MOHD ZAMRI |
8 | D031410093 | NURUL AMIRA BINTI MOHD SABRI |
9 | D031410109 | NURUL FATIN BINTI BAKAR |
10 | D031410116 | NURUL HIDAYAH BINTI NURSIMIN |
11 | D031410227 | NURUL MADIHAH BINTI MD NOOR |
12 | D031410212 | NURUL NAJAH BINTI DAHLAN |
13 | D031410207 | OON YI SHEN |
14 | D031410248 | SITI MAISARAH BINTI SHAHRUL NUWII |
15 | D031410153 | SITI SOFIA BINTI SHUKOR |
16 | D031410245 | SYAFIQAH BINTI NORDIN |
17 | D031410002 | TAN KIM WING |
18 | D031410046 | TEH ZHI KHAN |
19 | D031410048 | UMI UMAIRAH BINTI LOKMAN |
20 | D031410232 | UMIZATUL SYAHIIRAH BINTI RAJMAL |
21 | D031410213 | VEDARNEE A/P YAMUTHI |
22 | D031410146 | WAN ZULAIKHA BINTI WAN YAACOB |
23 | D031410162 | YAP CHUI XIAN |
[NEWS]
Updated April 20, 2013
Pelajar-pelajar yang terkini
Senarai Pelajar Bagi Penasihat Akademik
Bil. | No. Matrik | Nama Pelajar | Kursus | Status | Thn/Sem | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Updated January 27, 2013
1. Saya telah mendapat surat mengatakan DUA ORANG pelajar saya digantung 1 SEMESTER iaitu pada Semester 2 20122013 kerana masalah disiplin yang serius. Mohon yang lain sentiasa mengamalkan etika kedisiplinan yang tinggi semasa belajar di UTeM ini.
2. Berikut merupakan senarai terbaharu pelajar di bawah penasihatan saya tahun 2013:-
Senarai Pelajar Bagi Penasihat Akademik
Bil. | No. Matrik | Nama Pelajar | Kursus | Status | Thn/Sem | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Updated September 07, 2012
Assalammualaikum,
Updated July 09, 2012
1. Tahniah kepada sebahagian besar daripada anda kerana berjaya menaikkan pointer anda ke tahap yang lebih tinggi. Saya dengan ini mencabar anda untuk sentiasa mengekalkan dan seterusnya meningkatkan tahap pointer dan juga kualiti ilmu anda.
2. Ingat, bukan sahaja pointer yang penting, tetapi COMMUNICATION SKILL, SOFT SKILL, dan pelbagai lagi skill kemahiran yang kamu dapat amalkan dalam hidup kamu.
3. Belajar mesti kerana Allah S.W.T. dan amalkan dalam kehidupan walaupun sedikit.
4. Semoga semester 1 2012/2013 pada September 2012 dapat diharungi dengan baik.
5. Saya ada semua data keputusan anda tetapi sebelum Senat. Selalunya selepas Senat, kemungkinan kecil markah akan naik juga dan gred juga naik. Tapi at “very minimum chance”.
Tahniah sekali lagi.
Updated June 2, 2012
1. Selamat Menghadapi peperiksaan kepada pelajar-pelajar di bawah saya. Semoga mendapat pointer yang bagus dan juga mempelajari skill yang bagus.
2. Ingat, kualiti yang diutamakan, bukannya kuantiti. Jika tahu menghafal sahaja tidak berguna, sebaliknya memahaminya dan mengamalkannya itu penting. Faham dengan mengajarkannya kepada rakan. Amal dengan membuat assignment dan juga tugasan dengan jujur.
3. Sentiasa telefon emak dan ayah di kampung dan minta mereka doakan anda berjaya. Selagi emak dan ayah masih ada ini, laksanakan apa yang saya nasihatkan ini.
4. Ingat, sentiasa menjaga solat dan tatasusila diri anda. jaga keselamatan diri dan jangan terjebak dengan pelbagai perkara negatif. Suburkan perkara positif dalam diri anda.
Updated March 16, 2012
[Tambahan]
Assalammualaikum,
Pengumuman :
1) Sesiapa yang ingin mengulang kembali subjek yang mendapat C-,D+,D pada semester 1 2011/2012 dahulu pada Semester 1 2012/2013(akan datang). Mohon diberitahu saya selewat-lewatnya sebelum 22 March 2012 (Khamis). Pendek kata, inform sajalah saya jika kamu nak ambil subjek yang luar dari kebiasaan. Lompat semester dsbnya.
2) Sila ikuti perkembangan terkini di https://asyrani.com/academic-advisor/
3) Siapa nak ambil Ko-Kurikulum 2 (disebabkan sudah mengambilnya pada Semester 1 2011/2012) sila beritahu saya juga. Just maklumkan melalui email sahaja
4) Tolong bagitahu rakan-rakan kamu yang dibawah penyeliaan saya agar email kepada saya alamat email mereka kerana ada yang tiada dalam database saya. Contohnya:
Edzmir
Mohd Shakil
Noorfaridah
Nor Idayu
Nor Sarina
Norliana
DAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG EMAIL MEREKA MUNGKIN SALAH DALAM MAILING LIST INI.
Updated March 15, 2012
1. Mohon anda semua hantar salinan Sijil MUET kepada saya dan jika saya tiada di bilik mohon agar diselitkan bawah pintu sahaja.
2. Mohon anda login ke SMP anda, kemudian print as PDF subjek registration SEM 1 2011/2012 dan SEM 2 2011/2012 dan hantar ke email saya asyrani@utem.edu.my.
3. Selepas ini setiap semester pastikan anda print as PDF dan hantar ke email saya registration anda. Thanks.
Terima Kasih
Updated March 09, 2012
1. Untuk semester ini, saya harapkan anda berusaha keras lagi kerana kejayaan itu sangat diperlukan dalam dunia penuh persaingan sekarang ini. Malaysia tidak akan membesar menjadi benua tetapi yang akan membesar adalah generasi-generasi baru yang akan lebih kompetitif.
2. Saya sarankan anda set dari sekarang kehidupan anda, kat mana anda akan menjurus selepas ini.
- Jika anda mahu mahir dalam programming dan computer graphics seperti saya, maka tumpukan kepada bidang yang membantu kemahiran pembangunan software atau simulation.
- Jika anda mahu mahir dalam PLC atau PIC, maka setkan interest dari sekarang dan cuba cari pensyarah mana yang hebat dalam bidang tersebut dan mohon untuk dibuat projek suka-suki atau tolong pensyarah tersebut soal-soal minor.
- Walaupun PSM anda jauh lagi, tetapi jika anda tahu, kehidupan ini terlalu pantas. Rancangan awal membolehkan anda tahu lebih banyak dan dapat membantu semasa PSM kelak.
- Selain itu banyak bidang lagi sepergi Field Programmable Logic Array (FPGA), Mobile Communication (menggunakan Android teknologi atau lain-lain), Wireless Communication, Embedded Software, Green Technology, dan lain-lain lagi.
- Saya bidang computer graphics dan lebih kepada simulation technique. Seperti collision detection in virtual environment, surface subdivision for deformable surfaces (clothes simulation), atau crowd simulation behavior in 3D environment for games. – Kamu tahukan sekarang bidang 3D animation dah semakin berkembang pesat, maka bidang computer games akan bertambah dan bertambah.
Updated February 22, 2012 2nd post
1. ANDA SEMUA DIMINTA UNTUK MENANYA PENTADBIRAN FKEKK (PEJABAT ARAS BAWAH) TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGHUBUNGI SAYA
2. PASTIKAN ANDA HANYA MENGHUBUNGI SAYA SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH YANG SUKAR DISELESAIKAN
3. PLEASE REFRAIN FROM USING ANY WORDS THAT INAPPROPRIATE WHEN DEALING WITH YOUR ADVISOR. I WILL NOT TOLERATE AGAIN AND WILL BRING IT TO THE ACADEMICIAN DISCUSSION IF YOU ARE USING ANY INAPPROPRIATE WORDS WHEN DEALING WITH ME.
THANKS.
Updated February 22, 2012
Dari Timbalan Dekan Akademik, Encik Redzuan Bin Manap
Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya tajuk email adalah dirujuk.
Seperti yang semua telah maklum, minggu ini adalah minggu pertama perkuliahan pelajar program Sarjana Muda bagi Semester 2 Sesi 2011/2012. Seperti kebiasaan, dua minggu pertama ini staf akademik akan sibuk berurusan dengan pelajar di bawah penasihatan akademik masing-masing berkaitan proses pendaftaran matapelajaran dan sebagainya.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menarik perhatian semua staf akademik kepada beberapa perkara berkaitan peraturan dan pelaksanaan sistem akademik fakulti bagi mengingat semula andainya ada yang terlupa:
1. Pendaftaran matapelajaran Semester 2 2011/2012
Pendaftaran matapelajaran perlu dilakukan menggunakan borang pendaftaran matapelajaran bagi pelajar yang tidak membuat pra-pendaftaran semester lalu. Namun begitu, mohon pelajar untuk mendapatkan tandatangan pensyarah matapelajaran yang ingin diambil terlebih dahulu (terutamanya matapelajaran yang tidak berada dalam struktur normal kurikulum kohort mereka) sebelum PA boleh menurunkan tandatangan mereka. Ini bagi memastikan tidak berlaku limpahan / lebihan pelajar dalam satu-satu matapelajaran.
Permohonan pendaftaran matapelajaran yang ditawarkan di program lain yang mana tidak ditawarkan dalam program mereka pada semester ini (Contoh: pelajar BENE ingin mengambil matapelajaran di bawah program BENC) perlulah dimajukan kepada Ketua Jabatan masing-masing terlebih dahulu dan bukan dihantar terus ke BPA. Ini bagi memastikan fakulti dapat memohon kepada BPA agar dapat membuka penawaran matapelajaran tersebut dalam program pelajar tersebut (contoh: BENE) agar masalah pelaksanaan peperiksaan akhir kelak dapat diatasi.
Pertambahan dan pengguguran matapelajaran boleh dilakukan menggunakan borang pembetulan matapelajaran bagi pelajar yang telah membuat pra-pendaftaran. Seperti di atas, mohon dapatkan dahulu tandatangan pensyarah yang mengajar bagi mengatasi masalah limpahan pelajar.
Pendaftaran dan pertambahan boleh dilakukan hingga akhir minggu kedua manakala pengguguran matapelajaran boleh dilakukan hingga akhir minggu keempat.
2. Penawaran matapelajaran Semester 1 2012/2013
Pada kebiasaannya, pihak fakulti akan menyediakan senarai matapelajaran yang akan ditawarkan dalam Semester 1 2012/2013 pada minggu kelima semester ini. Oleh yang demikian, mohon kepada semua Penasihat Akademik agar dapat mengemaskini borang audit matapelajaran pelajar masing-masing ( keputusan hingga Semester 1 2011/2012 dan senarai matapelajaran yang diambil Semester 2 2011/2012) dan mohon agar dapat memberi maklumat kepada Ketua Jabatan masing-masing andainya ada matapelajaran yang ingin diambil pelajar yang tidak berada dalam struktur kurikulum normal kohort pelajar tersebut (Contoh: pelajar belum mengambil, Ulang Matapelajaran, Ulang Gred, etc) selewat-lewatnya pada minggu keempat semester ini. Ini bagi memastikan penawaran matapelajaran dan penyediaan jadual waktu dapat dibuat sebaik mungkin. Pihak fakulti tidak akan bertanggungjawab andainya ada pelajar yang tidak dapat mengambil matapelajaran yang ingin diambil atas sebab tidak ditawarkan oleh fakulti dan sekiranya mereka gagal untuk tamat pengajian dalam tempoh yang sepatutnya. Oleh itu, mohon kerjasama PA dalam memantau perkara ini.
3. MUET sebagai syarat penganugerahan ijazah
Mohon ambil maklum bahawa pelajar perlu mempunyai MUET Band 3 di akhir pengajian mereka bagi membolehkan mereka bergraduat. Pelajar yang masuk ke FKEKK dengan Band 1 dan Band 2 masih perlu mendapatkan Band 3 dalam MUET meskipun telah mengambil dan lulus matapelajaran BLHW 1012 / BLHW 1013 Foundation English.
Bagi mereka yang telah mendapat MUET Band 3 ketika mendaftar di FKEKK namun tidak memohon pengecualian kredit ketika itu, mereka masih perlu mengambil matapelajaran Foundation English kerana matapelajaran tersebut berada dalam struktur kurikulum program FKEKK dan pelajar perlu mengikuti keseluruhan kurikulum sebelum boleh bergraduat.
Semoga maklumat-maklumat ini dapat membantu menyelesaikan kekeliruan yang ada. Sebarang pertanyaan berkaitan maklumat-maklumat ini, bolehlah dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing ataupun dengan saya. Akhir email ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran untuk semester ini. Semoga usaha kita akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan pencapaian FKEKK pada semester ini kelak. Insya Allah
Redzuan.
—————————————–
Updated February 17, 2012
1. Tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke semester 2. Saya difahamkan terdapat kenaikan gred yang bagus oleh para ahli senat kita yang membolehkan anda semua dinaikkan gred. Ada satu subjek susah yang majoritinya FAIL telah diupgradekan markahnya. Saya juga takjub bagaimana sebegitu ramai failed subjek tersebut dan dekan fakulti juga hairan. Alhamdullilah semuanya berjaya dan tahniah kepada yang mendapat 3.5 ke atas dan bagus kepada yang mendapat 3 ke atas dan syabas kepada yang mendapat 2.5 ke atas dan berusaha gigih lagi kepada siapa yang dapat 2 ke atas.
2. Download jadual-jadual dan maklumat terkini di website saya ini
20120217 – JAD STUDENT 1112 SEM 2 – jadual yang utama untuk pelajar
20120217 – JADUAL BILIK KULIAH 1112 SEM 2 – jadual setiap bilik kuliah
20120217 – JADUAL LECTURER 1112 SEM 2 – jadual pensyarah mengikut nama
Agihan Subjek Sem II Sesi 2011_2012(8feb2012) – agihan pengajaran setiap pensyarah
JADUAL LAB 1112 SEM 2 – jadual makmal
[NEWS]
Updated January 29, 2012
1. Setelah meneliti kesemua keputusan peperiksaan anda semua, saya mendapati terdapat satu subjek yang agak susah untuk semua pelajar-pelajar saya. Jadi, saya merasakan anda patut tumpu perhatian kepada subjek tersebut apabila MENGULANG kelak. Anda boleh repeat balik pada semester 2012/2013-1 nanti.
2. Selagi lagi, berusaha dan insaf dengan masa silam anda. Keputusan yang baik dijadikan tauladan dan anjakan. Keputusan yang buruk dijadikan batu loncatan untuk insaf dan akhirnya memaksimumkan potensi anda. Move your limits to no limits.
Updated January 27, 2012
1. Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada yang berjaya mendapat 3.5 ke atas, yang mendapat 3.00 ke atas, dan juga Bagus kepada yang mendapat 2.5 ke atas. Buat yang mendapat 2.00 ke atas, saya ingin mengucapkan “Selamat Berusaha Lebih dan Jangan Pandang Result Lama Anda”. Kepada yang cukup-cukup makan, iaitu keputusan antara 1.7 hingga 2.0, saya ingin menyeru kepada anda agar berusaha lebih lagi.
2. Kepada yang gagal, saya tidak tahu apa yang bakal menimpa anda kerana dikhuatiri anda akan ditendang keluar oleh UTeM ataupun digantung selama 1 (SATU) semester.
3. Moralnya, apa yang cakap semasa perjumpaan pertama dahulu, adalah untuk anda tahu bahawa anda perlu berusaha dan apa padahnya jika tidak berusaha dan leka. Kelekaan menjadikan anda teruk dan apa yang perlu anda buat sekarang adalah insaf dan pandang ke hadapan. Yang buruk kita tinggalkan dan yang baik kita jadikan tauladan.
Selamat Berusaha ke semester berikutnya.
Updated December 29, 2011
– Saya cadangkan anda sentiasa semak email SISWA anda yang diberi oleh UTeM.
– Sila lihat email di bawah:-
From: SITI ZURAH BINTI MOHD NASIR <zurah@utem.edu.my>
Subject: Slip Peperiksaan Akhir Sem 1 Sesi 2011/2012 (DEGREE)
Date: December 29, 2011 4:03:52 PM GMT+08:00
To: SENARAI PELAJAR FAKULTI FKEKK <fkekk_pkp@utem.edu.my>
Cc: SENARAI KAKITANGAN AKADEMIK FKEKK UTeM <fkekkakademik_kp@utem.edu.my>, MOHD HANAPIAH BIN MD LIP <hanapiah@utem.edu.my>, MAHATHIR BIN MAHAT <mahathirmahat@utem.edu.my>
SALAM SEJAHTERA
Saudara/i
Merujuk kepada maklum balas daripada beberapa pelajar, terdapat subjek dan nombor meja yang tidak tertera di slip peperiksaan akhir Semester 1 Sesi 2011/2012. Ini berikutan terdapat masalah teknikal yang sedang dibaikpulih pihak yang bertanggungjawab.
2. Sehubungan itu, pelajar dikehendaki mengisi slip kebenaran menduduki peperiksaan yang boleh didapati di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) Pejabat Pendaftar.
Sekian, harap maklum.
Unit Pengurusan Akademik
FKEKK
UTeM
Updated December 23, 2011
1. Setakat hari ini dan jam 8.26 malam, 23 December 2011, sebanyak 20 orang telah mendaftar dan dua orang lagi telah mendaftar secara manual saya kira. Jadi, keseluruhannya telah mendaftar. Tapi harus diingatkan anda sebenarnya harus mendapatkan “cop” saya setelah mencetak slip pendaftaran tersebut sebanyak 3 salinan. Tetapi disebabkan saya bercuti minggu hadapan, dan ahad 25 december 2011 merupakan tarikh akhir pendaftaran, maka yang penting anda masukkan sahaja salinan slip pendaftaran di bawah pintu bilik saya dan apabila saya pulang dari bercuti saya akan “cop” kannya.
2. Selamat menghadapi minggu peperiksaan akhir dan ingatlah, berjuang bersungguh-sungguh kerana ini merupakan titik tolak kejayaan anda di masa hadapan. Ingat tujuan anda ke sini adalah untuk mencari ilmu dan mendalami ilmu. Maka jangan sia-siakan duit PTPTN anda, duit emak dan bapa anda serta segala orang disekeliling anda yang mahukan anda berjaya.
Selamat berjaya dalam peperiksaan akhir Semester 1 2011,2011 nanti. Saya akan menjaga peperiksaan akhir Semester 1 2011/2012 bagi subjek Matematik Kejuruteraan pada 5 Januari 2012 nanti. Maka buat yang terbaik.
Updated December 21, 2011
1. Setakat ini sudah 19 orang pelajar mendaftar. Tolong bagitahu rakan-rakan anda supaya mendaftar sama. Ada 3 orang lagi belum mendaftar. Jika ditolak ada rakan kamu yang mendaftar secara manual (disebabkan beberapa perkara khas), maka ada dua(2) orang pelajar lagi belum mendaftar.
2. Saya doakan semuanya mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan akhir kelak. Jika gagal sekalipun, anggap ianya suatu permulaan kepada suatu kejayaan di semester berikutnya. Seperti yang saya katakan, keputusan semester sebelumnya tiada kaitan dengan semester selepasnya. Saya sudah membuktikan dalam kelas dahulu (masa perjumpaan awal-awal) bahawa kita semua boleh berubah kepada yang samada yang lebih buruk atau lebih baik. Jadi, pilihlah yang terbaik. InsyaAllah anda akan berjaya
3. Jadilah rakan yang tidak “backstabbing” rakan yang lain. Jujur dalam persahabatan dan tidak menyerang dari belakang. Ilmu yang ada perlulah dikongsi dengan jujur tanpa mengharapkan balasan. Bagilah semua orang peluang berjaya dan ajarlah orang yang lemah. Jika mereka mendapat result tinggi dari kita, kita patut berbangga kerana dapat membantu sehingga rakan anda lebih hebat dari anda. Itu patut dibanggakan dan teruskan usaha. Jangan harapkan balasan langsung. Kerana balasan itu datang dari Allah S.W.T. sahaja. Pemberi balasan dan rezeki mutlak di dunia ini.
Updated December 13, 2011
UNTUK MAKLUMAN NOTIS JUGA TELAH DI TAMPAL UNTUK MAKLUMAN PELAJAR.
SEKIAN.”
Pelajar-pelajar sekalian, mohon semua mengisi MY3S seperti di dalam lampiran – img-Z13113359
Updated December 11, 2011
Pelajar yang telah mendaftar setakat ini 7.01 am, Sabtu adalah:-
- B021110200
- B021110257
- B021110128
- B021110124
- B021110251
- B021110087
- B021110325
- B021110023
Baru lapan (8) pelajar mendaftar. Lagi 14 perlu menyusul
Updated December 06, 2011
Mari mendaftar!!!
Proses Pendaftaran WAJIB Subjek bagi program Ijazah Sarjana Muda boleh dilakukan secara online bersama Penasihat Akademik Pelajar. Pelajar dinasihatkan untuk mencetak slip pendaftaran sebagai rujukan/simpanan selepas melakukan proses pendaftaran tersebut.
Tempoh PENDAFTARAN WAJIB subjek adalah DISEMBER 5 sehingga DISEMBER 25, 2011.
Sekian, harap maklum.
Unit Pengurusan Akademik
FKEKK
UTeM
[Updated November 14, 2011] Pentingnya berfikiran matang dan sentiasa menegur
1. Kepada para pelajar dibawah saya, saya tidak dapat menghadirkan diri untuk majlis bersama Penasihat Akademik pada 16 November 2011 kerana terlibat dengan tugas luar. Namun begitu, saya mendoakan anda semua sentiasa berjaya dan menjaga diri anda.
2. Saya juga ingin berpesan kepada anda, jangan sesekali takut dengan teguran pensyarah atau rakan anda. Anggap ianya sebagai suatu cadangan atau respon kepada sikap anda. Jika anda tidak faham sesuatu dalam kelas itu, walaupun soalan anda seteruk mana pun, tanya juga. Ingat, anda tidak layak dimarahi kerana anda hanya bertanya. Teruskan sentiasa berusaha mencari ilmu dengan sebaik mungkin kerana tidak salah untuk bersalah. Yang penting soalan itu betul2 berniat untuk bertanya dan mengetahui kebenaran hakiki.
3. Saya juga ingin menasihatkan kepada anda, sekiranya anda berjaya menjadi pemimpin kelak, jangan sombong dengan jawatan tersebut kerana kelak ramai akan membenci anda dari belakang. Teruk padahnya jika anda tersilap langkah. Ingatlah, sentiasa fikirkan apa yang dibawah anda inginkan dan bertoleransilah dengan mereka. Pemimpin seharusnya sentiasa berfikiran terbuka dan matang dalam menerima kritikan dan tidak beremosi dalam berurusan. Anda harus tahu, orang dibawah anda tidak semuanya sama. Ada yang garang, ada yang tidak, dan ada yang pelbagai lagi ragam.
[Updated November 10, 2011]
1. Universiti adalah suatu platform untuk anda menjadi matang dan berfikir secara ilmiah kelak. Maka, saya menyarankan agar kamu semua sentiasa bertanya SEMASA di dalam kelas untuk memastikan anda benar-benar faham. Tidak perlu menunggu sehingga tamat waktu kerana mungkin ada pelajar lain juga hendak bertanya tetapi tiada siapa mahu bertanya soalan itu. Tidak perlu gusar untuk bertanya kerana anda mestilah mewujudkan rasa ragu-ragu dan ingin tahu contohnya “betulkah begini, kenapa begini, kenapa tidak dibuat begini, dan sebagainya”
2. Sentiasa tenang dalam menghadapi kehidupan di universiti. Tidak perlu berdengki-dengki sesama rakan kerana kelak Allah S.W.T. akan balas dengan lebih hebat lagi kepada anda. Anda dengki kepada orang, maka Allah akan buat anda didengki oleh orang lain pula. Nasihat saya, tidak usahlah dengki mengdengki dan kedekut ilmu. Apa salahnya diajar rakan yang tidak tahu sesuatu topik itu sehingga dia faham. Secara tidak langsung anda juga akan belajar juga secara automatik.
3. Bersukan, pastikan anda sentiasa bersukan dan bersenam. Jaga diri anda kerana sekarang mungkin anda tidak akan alami lagi sakit-sakit tetapi kelak masa hadapan anda terpaksa bebelanja ribuan ringgit untuk mengubati penyakit anda. Cegah sebelum kena.
4. Hormati diri anda sendiri dan juga orang yang mengajar ilmu kepada anda. Tetapi pastikan hormat itu ada batasnya. Tidak guna menghormati orang yang mengajar anda tetapi meminta-minta pula seperti minta belanja dan sebagainya. Jelaskan kepadanya ianya juga seperti rasuah dan hukumnya amat berdosa.
5. Ingat niat anda datang ke universiti ini. dan niat kehidupan anda.
[Updated October 21, 2011]
Kepada pelajar-pelajar sekalian, diharap anda semua sedar bahawa perjalanan di universiti adalah berbeza sangat daripada perjalanan ketika sebelum universiti. Kepada yang sudah mengambil Diploma di universiti, anda akan tahu bahawa universiti ini adalah bagaimana.
Universiti adalah tempat anda berdikari sepenuhnya dan tanpa mengharapkan sangat bantuan dari pensyarah, anda mampu bergerak sendiri. Segala nota dan juga intipati2 setiap subjek, anda perlu belajar sendiri dengan berkawan dengan orang lain dan juga pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan ilmu. Ini termasuk juga Googlekan dalam internet segala nota yang ada. Anda perlu belajar sendiri dan berdikari sekuat mungkin tanpa mengharapkan saya mengajar anda pula. Jika pensyarah itu mengajar, tanyalah pensyarah itu jika tidak faham part tertentu. Tidak mungkin anda tidak faham semua part kerana anda perlu buat latihan dan belajar sendiri untuk berjaya.
Pensyarah bukan cikgu anda kerana Pensyarah adalah pembimbing anda ke puncak kejayaan. Pensyarah hanyalah suatu last resort jika tidak faham sesuatu keadaan atau teori dan itupun secara tidak memberi jawapan dan juga tidak memberi secara direct apa yang dimaksudkan.Pensyarah sebenar tidak akan bantu anda menyelesaikan secara langsung jawapan dan tanggungjawab anda membuatnya. Pensyarah sekadar guide anda.
Jadilah pelajar terbaik dan berdoa yang terbaik.
[Updated October 09, 2011]
Saya dijangka ada di pejabat pada 11 Oktober 2011. Disebabkan menghadiri Majlis Anugerah Akademik Negara di PWTC pada 10 Oktober 2011.
Saya juga ada beberapa nasihat kepada anda:
1) Sentiasa ingat yang kedatangan anda ke universiti untuk anda berdikari dan belajar untuk hidup di alam pekerjaan kelak. Bagi yang masih mempunyai ibubapa, ingatlah bahawa kedatangan anda ke universiti untuk anda belajar dan menuntut ilmu serta mempelajari etika kehidupan di alam universiti dan pekerjaan.
2) Sekiranya sakit biasa atau menghadapi kesukaran yang biasa, cuba selesaikan secara diri sendiri dahulu atau minta tolong rakan-rakan untuk hantar ke klinik atau hospital. Tidak perlulah menyusahkan lagi ibubapa anda kerana kelak mereka lagi risau dan bayangkan mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk datang melawat anda. Tetapi mestilah memaklumkan kepada mereka yang anda sedang menerima rawatan dan insyaAllah akan pulih.
3) Sekiranya anda mempunyai sakit yang agak melarat dan kesukaran yang tinggi, maka eloklah diberitahu kepada ibu bapa anda untuk bantuan selanjutnya. Disini anda harus kenang budi dan jasa ibu dan bapa anda. Saya tidak lagi mempunyai bapa kerana meninggal dunia pada 2008, jika saya sakit atau menghadapi kesukaran samada kecil atau besar, saya sendiri akan menghadapinya. Oleh itu, sedarlah bahawa ibu bapa hanya dipinjamkan kepada kita sementara sahaja. Kelak mereka akan pergi jua dan meninggalkan kita. Janganlah susahkan mereka dan bagilah mereka sentiasa gembira dengan melawati mereka.
4) Sentiasa ingat, perjalanan anda masih jauh. Anda kelak akan menghadapi semester-semester seterusnya, dan kemudian bekerja atau naik pangkat. Jadi, pastikan anda ingat asal-usul anda dan tingkatkan keupayaan anda sehari demi sehari. Universiti bukan tempat berhibur sepanjang masa, sebaliknya untuk mendisiplin diri anda sendiri. Ingat nasihat-nasihat saya sebelum ini. Walaupun anda mungkin kaya, tetapi ingatlah kejayaan dan ketenangan sebenarnya yang harus dimiliki, dan bukannya kekayaan tanpa ketenangan.
Sekian.
Updated September 10, 2011
1) Jadual-jadual (Sila Download kesemuanya, dan pastikan anda ada Microsoft Excel 2007 keatas)
JADUAL 1(SATU) BENC – jadualBENC
JADUAL STUDENT 1112 SEM 1_VER4
JADUAL BILIK KULIAH 1112 SEM 1_VER4
2) Pada 14 September 2011 hingga 18 September 2011, SAYA TIADA DI UTEM kerana terlibat dengan urusan kerja luar selama beberapa hari. Jadi, saya tidak dapat bersama anda pada MAJLIS BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK. Harap Maklum. Akan ada pensyarah lain yang menggantikan sementara mungkin tugas saya pada hari tersebut. InsyaAllah.
[INFORMATION FOR EVERYTHING]
Updated September 11, 2011
NASIHAT-NASIHAT BERGUNA
1. Jaga tingkahlaku kamu semasa kamu belajar disini dan apabila keluar kelak. Amalkan prinsip hidup bekerjasama dan membuat kebaikan. Jauhi perkara-perkara berikut:-
- Terlibat dalam dadah, alcohol, merokok dan sebarang ubat-ubatan berbahaya
- Melepak sehingga larut malam kerana tiada faedahnya
- Meniru di dalam peperiksaan dan sebagainya
- Jangan amalkan gaya hidup terlalu bebas sehingga terjebak kes khalwat, berzina, jenayah2 lain dan sebagainya.
2. Sentiasa memandu dengan berhati-hati terutama kepada yang menunggang motosikal kerana kemalangan selalu berlaku. Jauhi merempit dan pandu cermat jiwa selamat. Elakkan terkena saman kerana membawa laju dan patuhi lampu isyarat.
3. Sentiasa bekerjasama dalam apa jua perkara. Tidak perlu bermusuhan kerana permusuhan itu merugikan. Kepada yang beragama Islam, selalulah ke masjid jika kelapangan.
4. Hormati guru atau pensyarah anda. Tidak kira mereka hebat atau tidak dalam memberi syarahan, yang penting hormati mereka dan belajarlah sendiri jika pensyarah tidak tahu jawapannya. Mereka juga manusia yang kenkadang lupa atau ketiadaan mood untuk menjawab. Percayalah, jika anda terapkan budaya menghormati guru atau pensyarah atau yang lebih tua dari anda, pasti anda memperoleh sesuatu ilmu itu dengan senang.
5. Sentiasa bercakap benar dan menepati masa. Biarpun pahit, kebenaran perlu ditegakkan dan percayalah Allah S.W.T. akan melindungi anda jika anda benar. Berkaitan masa pula, sentiasa study awal dan simpan dalam minda anda segala formula. Elak study last minute. Banyakkan membaca Al-Quran untuk menguatkan ingatan dan cubalah berjaga malam dengan bersolat tahajud dan juga solat hajat diikuti sedikit bacaan Al-Quran. InsyaAllah hidup anda akan bersinar.
6. Sentiasa tenang dalam sebarang ujian yang melanda. Ingatlah bahawa, setiap hari adalah hari baru. Tiada orang yang boleh mengatakan anda tidak hebat dan tidak pandai. Yang lepas adalah yang lepas. Masa depan adalah sesuatu yang baru. Jadikan setiap hari azam anda untuk improve dan mara ke hadapan.
7. Sentiasa mengamalkan senaman dengan at least berjogging 2 kilometer ke 3 kilometer sebanyak tiga atau empat kali seminggu (berselang-selang).
8. Elakkan makanan ringan kerana makanan ringan itu membazir dan merugikan. Tiada guna anda membeli “jajan” yang pack jumbo untuk makan hari2. Sebaliknya, makan lah mengikut waktu dan menepati masa.
9. Sentiasa berfikiran matang dan mengutarakan pandangan-pandangan yang membina. Tidak perlu dikecam pendapat orang lain sebaliknya menambah baikkan sesuatu pendapat itu dengan pendapat anda dan dengan ini dapat mengelakkan buruk sangka dan juga kebencian orang lain. Jadilah seorang pemimpin yang baik dan saya percaya anda boleh jadi lebih baik dari generasi sebelumnya. Misi saya adalah menjadikan anda lebih baik dari saya dan generasi saya. Dan misi anda pula menjadikan generasi selepas anda lebih baik dari anda. Bersama-sama kita improve kualiti kehidupan kita. InsyaAllah.
Updated September 08, 2011
1. Sila ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:-
- Pastikan kamu sendiri menyusun subjek-subjek yang perlu diambil setiap semester. Menjadi kewajipan kamu sebagai pelajar universiti untuk berdikari dan meninggalkan alam persekolahan dan matrikulasi yang dahulu. Kamu menuju kearah kedewasaan
- Sekiranya saya tiada dibilik dan kamu mahu cop/minta signature untuk beberapa perkara, hanya selitkan dibawah pintu bilik saya/atau letak dalam peti surat saya (atas nama saya) dan saya akan letakkan diluar pintu bilik saya melalui satu bekas khas. Pastikan kamu hanya mengambil borang milik kamu sahaja. Tidak perlu menunggu lama di depan bilik saya jika saya tiada kerana mungkin saya pergi ke mesyuarat dan lain-lain hal.
- Pada minggu ke-13, kamu semua diminta untuk mendaftar untuk semester hadapan(semester seterusnya), maka kamu berharus berjumpa dengan saya setelah mendaftarkan subjek tersebut melalui sistem online. Kemudiannya saya akan sahkan setelah kamu telah pun mendaftarkan subjek tersebut dalam masa terdekat.PASTIKAN ANDA ALERT BILA TARIKH MENDAFTAR UNTUK SEMESTER BERIKUTNYA.
- Berkaitan soal drop subjek, mengulang subjek dan delete subjek. Ianya terserah kepada kamu. Kamu buat pilihan dan saya hanya sahkan dan sign sahaja. Saya tidak akan membuat keputusan untuk kamu. Saya sebagai penunjuk arah masa hadapan kamu sahaja dan kamu yang melalui jalan tersebut dan menentukan jalan mana yang dipilih. Sekiranya meminta cadangan dari saya, saya boleh berikan tapi keputusan kamu tentukan. Belajar untuk berdikari dan membuat keputusan secara matang.
- Pastikan anda bertanya dahulu di Kerani pejabat sebarang borang pelajar kerana saya tiada salinan tersebut di dalam komputer saya. Pendek kata, lebih baik terus ke pejabat pentadbiran kerana disitu semuanya ada borang. Contoh borang mungkin INSERT/DELETE form, DROP SUBJECT form dan lain-lain lagi. Straight forward ke pejabat dan tanya mereka. Saya sahkan sahaja.
- Pastikan anda sendiri menjelajah sekitar UTeM ini untuk mengetahui selok belok universiti. Saya sendiri tidak tahu beberapa tempat tetapi bertanyalah orang sekeliling. Sebagai contoh, masuk sahaja apa jua makmal berdekatan anda dan tanya technician di dalamnya di manakah makmal ini dan itu. Mereka lebih arif berbanding saya.
- Usahakan terlebih dahulu sendiri sebelum bertanya saya. Saya sebagai last option dalam pelbagai perkara.
- Sentiasa target untuk berjaya, berjaya, dan berjaya.
2. Masa untuk menghubungi saya hanya terhad kepada:-
- Waktu Berkerja (8 pagi hingga 6 petang). Secara telefon/sms
- Waktu lain-lain (Komen melalui website ini/email). Kecuali urgent teramat sangat baru menghubungi saya melalui telefon bimbit. Tidak perlu terkejar2.Pensyarah pun tidak akan marah anda jika anda lewat pada awal 1 minggu ini. Kerana anda tidak tahu kelas kat mana, lab kat mana. So, take your time dan tidak perlu tergopoh-gapah. Cakap secara jujur yang anda sesat atau tidak tahu jadual kerana tiada kesempatan masa melihat jadual. Tapi pastikan anda secepat mungkin salin jadual.
3. Selamat Berjaya dan selalulah menjenguk website saya ini dan seksyen Academic Advisor ini untuk sebarang maklumat terkini.
[STUDENT LIST]
No. Matrik | Nama Pelajar | Kursus | Status | Thn/Sem | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
sir saya ada daftar subjek jepun…tp kenapa tak ada dlm jadual…
kene tengok kat Tahun 3 punya la kot? tengok jadual tahun 3
kalau saya nk drop jepun amek sem lain…bole kn..?
ikut suka