Posts

Jelajah Larian – Nak Sihat Run N Ride 2.0 (Melaka) 23 Sept 2018

Salam,

Alhamdulillah selesai larian 6 km fun run.

Agak menarik juga kerana saya antara yang berada di kelompok belakang terus mara ke kelompok ke hadapan.

Menamatkan larian dengan ada sekitar 5-6 orang mungkin di depan saya untuk kategori ini.

Namun apa yang boleh saya kongsikan:

  1. Event ini menarik. Ada 15 khemah dan banyak badan kerajaan terlibat
  2. Banyak lintasan trafik perlu dilakukan dan peserta perlu peka dengan trafik. kon keselamatan tiada namun penunjuk arah ada setiap corner
  3. Jarak adalah 6.2 km (terlebih 200m)
  4. Flat dan mendatar aje
  5. Bagi orang luar, dapat tengok keadaan bandar Melaka yang lenggang dan permandangan sekeliling kecuali macam saya yang lari terus pandang depan aje.
  6. Saya ratekan 4.5/5 kerana berpuas hati juga

Ahad ini diluangkan masa dengan pergi ke Dataran Pahlawan dan juga main pasir di tepi pantai Klebang.

Pergi sekitar jam 6.32 pagi dan pulang sekitar 1.32 pm sampai rumah. Lama jugak tu.

Ok gambau.

IMG_3548IMG_3547(1)IMG_3546(1)IMG_3545(1)IMG_3543IMG_3542IMG_3541IMG_3540IMG_3539IMG_3533IMG_3532(1)IMG_3531(1)IMG_3530(1)IMG_3554(1)IMG_3553(1)IMG20180923114637IMG20180923113146IMG20180923111234IMG20180923110455IMG20180923083935IMG20180923124820IMG20180923124323

IMG20180923115456IMG20180923115422

Lari dengan lebih laju?

Salam,

Berita – http://www.guinnessworldrecords.com/news/2018/9/eliud-kipchoge-smashes-marathon-record-in-berlin-as-four-other-runners-post-recor-540890

Baru-baru ini, rekod dunia lebur untuk acara marathon di mana Eliud Kipchoge dengan pace sekitar 2:53 min/per km (untuk 42 km – Full Marathon).

Membuatkan ramai orang termasuk diri saya bagaimana manusia boleh selaju begitu.

Namun, apa yang membolehkan manusia lari sebegitu laju adalah berkadaran dengan apa yang perlu dibuat (dilatih) sebelum dapat menghasilkan rekod sedemikian.

Dalam dunia larian, mereka yang serius dalam dunia ini biasanya mencatatkan masa bawah 3 jam untuk Full Marathon.

Jika separa serius seperti seorang yang bekerja dan sekadar mengisi masa lapang boleh mendapat sekitar 4 jam ke 6 jam bergantung kepada sejauh mana mereka secara SERIUS berlatih.

Faktor2?

  1. Berapa banyak latihan dibuat dalam seminggu
  2. Makanan yang di makan
  3. Pergerakan atau olah gerak badan yang betul semasa berlari seperti bagaimana kaki mendarat di jalan, badan mendongak atau menunduk ke semasa berlari, muka pandang ke depan atau kebawah, dan lain2 berkaitan dengan postur berlari yang betul
  4. Pernafasan yang betul dan terkawal.
  5. Kelengkapan yang betul seperti KASUT yang sangat sesuai, PAKAIAN yang sangat sesuai dan lain2 lagi berkaitan kelengkapan.
  6. Serta pelbagai faktor motivasi yang lain termasuk sokongan trainer/jurulatih dan lain2 lagi.

Jika anda tidak seserius seperti yang saya sebutkan 6 faktor di atas, maka lebih baik sekadar berlari for fun sahaja.

Pace setiap kilometer akan menjadi lebih baik jika anda teliti setiap faktor2 diatas.

Setiap satu yang anda improve untuk faktor2 di atas akan membantu anda berlari lebih laju.

 

Jelajah Hotel – Palm Garden Hotel di Putrajaya (Dekat IOI MALL Putrajaya)

Salam

Kali ini aku nak borak bab hotel Palm Garden Hotel di Putrajaya pulak.

Stay sebab ada larian di MAEPS -MARDI.

Hotel ni bagus dan macam biasa ada Pro and Cons

Pro:

  1. Bilik luas betul dan bagus (aku pilih Authurium Suite). Tanpa Breakfast. Harga RM200++ aje melalui Agoda.
  2. Bab parking ni ada pro and cons. Tp untuk bab positifnye. Parkingnye berlambak jangan risau.
  3. Masa untuk check in adalah agak bagus. Purata untuk seorang check in sekitar 3 minit kot. Bab cons nanti la cerita.
  4. Makanan ada satu kitorang order dari cafe hotel ke bilik sedap. Aku jamin kot breakfast dan cafe dia sedap sebab memang sedap nasi goreng Putrajaya dia.
  5. RESTORAN Aroi Dee Thai restaurant dia AMAT SEDAP mengatasi kedai tomyam2 sekitar KL (bagi aku ler). Nanti aku tempek gambar2.
  6. Fasiliti dalam bilik baik dan bagus
  7. Yang bagusnye ada sediakan comforter dan bantal tambahan untuk tidur kat hall.
  8. Bilik air jangan cakap amat bagus dan water heater berfungsi dengan baik. Mandi best. Ada bath tub.

Cons:

  1. Parking dia takde bumbung. Kat luar ye
  2. Kitorang gi masa 2015 ke 2016, ada tangga kat kaunter check in. Korang samada suh bell boy angkat beg ke atas tu atau angkat ler sendiri. Still tangga tu masih ada patutnya buat lorong bawak beg.
  3. Toilet kedua yang terletak dekat pintu masuk kami tersumbat
  4. Bau perabot lama masih ada. Korang mesti tau bau kepam perabot lama macam mana. Tp ada perabot yang baru.
  5. Kad access satu aje dia bagi
  6. Habuk2 masih ada dia tak lap semua tingkap pun

Gambaq2.