Teaching Semester 2 (Diploma) 2011/2012

—- ACHIEVED FOR SEMESTER II 2011/2012 DIPLOMA LEVEL

[DACS 2222 – TAHUN TIGA] Updated April 14, 2012 7.36 AM Saturday

1. Download nota terbaru berkaitan PDE (Partial Differential Equations) -> 20120403 – Soalan PDE Contoh

[DACS 2222 – TAHUN TIGA] Updated April 06, 2012 12.28 AM Friday

1. Kelas pada minggu hadapan iaitu (April 9 hingga 13) akan dibuat mengikut perancangan ketua khas kamu yang saya lantik iaitu Najib. Nanti Najib akan sms saya sahaja

2. Sambungan topik adalah PDE

3. Jangan lupa siapkan assignment yang saya bagi. Taip dalam Microsoft Word guna Microsoft Equation (yang ada tanda E) tu.

[DACS 2222 – TAHUN TIGA] Updated April 03, 2012 9.47 AM Tuesday

1. Kelas adalah pada April 05, 2012. Jam 5 petang hingga 7 petang (melainkan kamu ada masa lain yang boleh dibuat kelas)

2. Sila download nota dan soalan contoh Fourier. Study sampai muntah kerana ianya dapat membantu kamu.
DOWNLOAD NOTA -> 20120403 – Soalan Fourier Contoh

3. Pengajaran pada hari khamis ini adalah Persamaan Haba : Partial Differential Equations

[DACS 2222 – TAHUN TIGA] Updated March 28, 2012 12.57 PM Wednesday

1. Download Jadual Final Exam kamu terbaru -> JADUAL EXAM DIPLOMA TAHUN 3 SEM 2 20112012-1

2. Kelas macam biasalah pada 3 April 2012 (Selasa jam 8.00 pagi). Melainkan kamu nak buat lewat sedikit terpulang.

[DACS 2222 – TAHUN DUA] Updated March 20, 2012 11.13 AM Tuesday

1. Gred DACS 2222 Terbaharu (Dalam Portal SMP pun ada) – Total 100 v2
UpdatedTotal Marks for D021010033, D021010049, and D021010019
setelah kumpulan mereka terlewat menghantar assignment (Yang Lain Kekal dengan Grade masing-masing)

[DACS 2222 – TAHUN DUA] Updated March 20, 2012 7.202 AM Tuesday

1. Gred DACS 2222 (atau boleh tengok SMP kamu) – Total 100

[DACS 2222 – TAHUN DUA] Updated March 19, 2012 12.32 PM Monday

1. Carrymark 60% -> DOWNLOAD MARKAH TERKUMPUL 60%

[DACS 2222 – BOTH] Updated March 16, 2012 4.08 am Friday

Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Selasa – March 20,  2012 jam 8 pagi hingga 9 pagi BK6

Topik : Fourier Series (Pengenalan)

Untuk Tahun DUA – Selamat Belajar untuk Peperiksaan Akhir anda!!!

1) Terdapat pembetulan pada ASSIGNMENT PELAJAR TAHUN DUA DIPLOMA.

Download Terbaru : 20112012-2 DACS 222 ASSIGNMENT v1.0.7

Pembetulan tersebut adalah pada rumus soalan No. 5. Sepatutnya kedua-duanya merupakan double differentiation. Bukan untuk x sahaja. Tetapi untuk t juga.

[DACS 2222 – BOTH] Updated March 08, 2012 4.30 pm Thursday

Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Selasa – March 13,  2012 jam 8 pagi hingga 9 pagi BK6

Topik : Laplace Application (1 Hour lecture)

Assignment akan diberikan.

Untuk Tahun DUA – Selamat Belajar untuk Peperiksaan Akhir anda!!!

– Jangan lupa assignment perlu dihantar selewat-lewatnya sebelum Final Exam bermula. Jika tidak maka markah anda kosonglah jawabnya.

[DACS 2222 – BOTH] Updated March 06, 2012 9.23 am Tuesday

Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Selasa – March 08,  2012 jam 5 ptg hingga 6 ptg BK6 (tertakluk kepada perubahan)

Topik : Laplace – Partial Derivatives and Inverse Laplace

Untuk Tahun DUA – Kelas anda adalah pada Isnin – March 08, 2012  jam 9.00 pagi hingga 10.00 tengah hari BK 6

Topik : Revision Fourier/Others

Dear Diploma Student (2ND Year) - Please complete the following End of Semester Survey 

Link – https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0AlbpGcg7qpp0dDhHNF9NWW1ycFJSQ1JyUWs5MFlEX1E#gid=0

Kalau takleh masuk bagitau saya.

*Download Extra Note Baru Berkaitan Partial Differential Equations -> Partial Differential Equation Example

[DACS 2222 – BOTH] Updated March 04, 2012 11.18 pm Sunday

Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Selasa – March 06,  2012 jam 8 pagi hingga 9 pagi BK6

Topik : Laplace – Introduction (Part 1 and 2). Laplace ada 3 Part (3 jam).Penggunaan Table

Untuk Tahun DUA – Kelas anda adalah pada Isnin – March 05, 2012  jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari BK 6

Topik : Sambungan Partial DE (Penghabisan – Contoh Soalan)

——- sambungan akan ditambah——-March 08, 2012——–4.30pm——–Khamis

[DACS 2222 – BOTH] Updated February 26, 2012 7.26 am Sunday

Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Khamis – March 01,  2012 jam 5 petang hingga 6 ptg BK6

Topik : Laplace – Introduction (Part 1). Laplace ada 3 Part (3 jam). Ini baru part pertama

Untuk Tahun DUA – Kelas anda adalah bermula pada Khamis – March 01, 2012  jam 9.00 hingga 10.00 pagi BK 6

Topik : Sambungan Partial DE (Penghabisan – Contoh Soalan)

[DACS 2222 – BOTH] Updated February 16, 2012 8.50 pm Thursday

TAHUN DUA DIPLOMA –

1. Saya mohon maaf di atas ketiadaan bilik kuliah yang buka pada malam ini. Namun, saya telah passkan satu tutorial sempena final exam untuk ulang kaji. Kita akan bincangkan pada kelas akan datang pada Khamis – 23 February 2012 jam 9.00 hingga 10.00 pagi BK 6. Topik Partial DE akan diajar pada hari khamis yang berikutnya iaitu 2 March 2012.

Sekian terima kasih.

TAHUN TIGA DIPLOMA

Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Selasa – 23 february 2012 jam 5 petang hingga 6 ptg BK6

Topik : Method of Variation of parameters

[DACS 2222 – 2ND YEAR] Updated February 14, 2012 11.22 pm Tuesday

1. Kelas tergempar akan diadakan pada hari Khamis (16 February 2012) pada malam harinya pada pukul 8 malam hingga 10 malam untuk tujuan Re-Call Back What We’ve Learned So Far.

2. Tempatnya mungkin di BK 2 atau BK 5. InsyaAllah. Saya akan contact Rohisham dan juga Aizat.

[DACS 2222 – BOTH] Updated February 09, 2012 11.46 pm Thursday

1. Saya tiada difakulti pada:-

13, 14,15, dan 16 February 2012
a) Kursus penyeliaan di kampus bandar – Kursus Penyelian Pelajar Sarjana Muda dan Diploma
b) Kursus Student Center Learning – Kursus Student Centered Learning

18 hingga 22 February 2012
ICUIMC 2012 – http://www.icuimc.org – Program Book ICUIMC 2012 (Fix some stuff)
New version – ACM ICUIMC 2012 

2. Maka kelas NEXT adalah :-

Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Selasa – 23 february 2012 jam 5 petang hingga 6 ptg BK6

Topik : Method of Variation of parameters

Untuk Tahun DUA – Kelas anda adalah bermula pada Khamis – 23 February 2012 jam 9.00 hingga 10.00 pagi BK 6

Topik : Sambungan Partial DE

Goodluck!!! Saya harapkan anda dapat study bersungguh-sungguh. Inilah cabaran di universiti dengan pelbagai ragam pensyarah berbanding cikgu disekolah.

[DACS 2222 – BOTH] Updated January 25, 2012 6.05 am Wednesday

1. Untuk Tahun TIGA – Kelas anda adalah bermula pada Selasa – 7 february 2012 jam 8 hingga 9.00 pagi di BK6

Topik : Separable Equation/Exact Equation

dan juga KHAMIS – 9 February 2012 jam 5 petang hingga 5.30 petang sahaja di BK6

Topik : Method of Undetermined Cooefficient

2. Untuk Tahun DUA – Kelas anda adalah bermula pada Khamis – 9 February 2012 jam 9.00 hingga 10.00 pagi BK 6

Topik : Half Range Fourier Series

[DACS 2222 – BOTH] Updated January 17, 2012 8.48 pm Tuesday

1. Saya merasakan dan sememangnya akan cuba memperbanyakkan pengajaran menggunakan pen marker berbanding menggunakan powerpoint.

2. Ini kerana tahap tumpuan anda dan permahaman anda adalah tidak memuaskan pada pengamatan saya jika hanya saya duduk dan explain menggunakan slide sahaja.

3. Bagi TAHUN TIGA, kelas adalah pada petang khamis 19 Januari 2012,  5 hingga 7 petang. Kita hanya akan mulakan pada pagi Isnin selepas tahun baru CINA.

4. Bagi TAHUN DUA, kelas adalah pada khamis 19 Januari 2012, 9 pagi hingga 10 pagi.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2nd YEAR] Updated January 11, 2012 4.46 pm Wednesday

1. Bersiap sedia pada 16 January 2012 (11 pagi hingga 1 petang kelas). Fourier Series akan diajar

2. Selain itu, jangan dilupakan Assignment untuk buat dan hantar

3. berkaitan assignment juga, jika ada group meniru, saya dapat kesan dengan menggunakan suatu kaedah rahsia untuk mengetahui “origin of the file”. Jika anda hantar dalam bentuk powerpoint misalnya, saya dapat pastikan group ini sama tak dengan group yang hantar by powerpoint yang lain. Jika sama, markah akan dikongsikan bersama. So jangan tiru orang lain punya ya.

4. Study dan perform dengan hebat sekali okeh.

[DACS 2222 – DIPLOMA 3rd YEAR] Updated January 11, 2012 4.34 pm Wednesday

1. Bersiap sedia pada 17 January 2012 (8 pagi hingga 9 pagi kelas) dan 19 January 2012 (5 petang hingga 7 petang)

2. Differential Equation = Tougher than Engineering Mathematics in term of proof of concept.

[DACS 2222 – BOTH] Updated January 05, 2012 8.04 pm Thursday

1. Baiklah, tolong baca satu persatu pengumuman di bawah:-

“Saya akan berada di UPM pada 9 Jan hingga 13 Jan”

“Selepas itu saya akan berada di UTeM kembali dari 16 Jan hingga 27 Jan” = Kelas dijalankan seperti biasa ketika ini

“Saya akan berada pula di UMS, Sabah pada 30 Jan hingga 3 Februari 2012”

2. Oleh itu, saya mahu ketua kelas mengatur dua kelas ganti dengan setiap satu kelas adalah 2 (DUA) jam.

3. Saya serahkan kepada ketua untuk memaklumkan kepada saya melalui email asyrani@utem.edu.my atau call/sms saya (ketua ada nombor saya)

4. Kelas biasa akan dijalankan pada 16 hingga 20 Jan 2012.

5. ANDA SEMUA (TAHUN DUA DAN TAHUN TIGA) akan cuti pada 23 hingga 27 Jan 2012 (cuti khas perayaan).

6. Jadi kelas akan resume balik selepas itu pada :-

BAGI TAHUN DUA DIPLOMA – Khamis 9 February 2012

BAGI TAHUN TIGA DIPLOMA – Selasa 7 February 2012

7. Download nota terbaru kerana ada update terbaru untuk bahagian Laplace

8. Jika anda berminat untuk mendapatkan nota dalam bentuk Powerpoint untuk diedit2 dan sebagainya, boleh datang jumpa saya.

9. Saya susah berada dibilik kerana kebanyakan masa saya melakukan coding/research/projek khas di pelbagai tempat penyelidikan di Melaka ini. Oleh itu, jika ada apa-apa hal sila lakukan temujanji terlebih dahulu (sehari atau dua hari lebih awal)

[DACS 2222 – DIPLOMA 3rd YEAR] Updated January 03, 2012 9.19 am Tuesday

1. Ini pengumuman untuk pelajar TAHUN 3 DIPLOMA SAHAJA

2. Kelas berikutnya adalah pada 5th January 2012, disebabkan kelas berkunci pada hari ini (selasa), maka ditangguhkan atau ditiadakan kelas atas sebab-sebab teknikal.

3. Untuk yang belum mendaftar, disertakan jadual lengkap pensyarah, pelajar dan bilik kuliah untuk semua subjek bagi tahun 3 Diploma.

JADUAL BILIK KULIAH 1112 SEM 1&2_ver2 – Jadual Bilik Kuliah Lengkap

JADUAL DEN 1112_2 – Jadual Pelajar dan pensyarah Lengkap Diploma tahun 3

JADUAL LAB 1112 SEM 1&2_VER2 – Jadual Lab Kamu Lengkap

4. Kali ini saya lantik juga Najib sebagai ketua kelas sekali lagi.

5. Selain itu, fikirkan juga masa yang sesuai untuk buat kelas kerana saya merasakan pada hari khamis, jadual kamu tersangat pack. Maka sebaiknya kita rangkumkan semuanya menjadi kelas malam. So, satu minggu, kita ada satu kelas sahaja dan kelas tersebut akan berjalan pada waktu malam. Itu pilihan kamu. Jika kamu nak teruskan juga kelas waktu petang 5 hingga 7 petang hari khamis dan 8 hingga 9 pagi hari isnin. Saya tiada masalah.

[DACS 2222 – DIPLOMA 3rd YEAR] Updated December 30, 2011 7.17 pm Friday

1. Ini pengumuman untuk pelajar tahun 3 DIPLOMA.
2. Kelas anda adalah selasa 8.00 pagi hingga 9.00 pagi hari Selasa (bermula 3 Januari 2012)
dan
5.00 hingga 7.00 petang hari Khamis. Saya seperti ini merangkumi semuanya dalam satu masa sahaja. Tidak mengapa kita akan berbincang.
3. Cadangan saya adalah dibuat kelas pada malam hari seperti hari Isnin atau Selasa. Buat terus satu set. Maksud saya kelas mungkin 8.00 malam hingga 11.00 malam tetapi tidak mungkinlah sehingga 11.00 malam. Semuanya atas kesudian anda semua. Jadi, anda tidak perlu berjaga 8.00 pagi hingga 9.00 pagi hari selasa dan pulang lewat 5.00 hingga 7.00 petang hari khamis.
4. Mohon ketua kelas yang dahulu hubungi saya.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 23, 2011 9.57 pm Friday

1. Markah carrymark 40% telah diupdate tetapi saya akan update kemudian.

2. Next class adalah January 5, 2012. Pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

3. Selamat bercuti hujung bulan December 2011 ni.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 19, 2011 11.30 pm Monday

1. Markah Carrymark 40% – Test Sudah Selesai ditanda. Boleh ambil esok pagi pukul 10.00 pagi ke atas. Terima Kasih. Untuk Test sahaja, Markah tertinggi 33/40 dan terendah adalah 3/40. Average adalah 18/40. Tapi bagi Markah keseluruhan 40%, sila rujuk file JPEG dibawah ini

Pecahan markah adalah

Kuiz 1 – 5%

Kuiz 2 – 5%

Kuiz 3 – 5%

Test – 25%

Total Semuanya => Kuiz 1(5%) + Kuiz 2(5%) + Kuiz 3(5%) + Test(25%) = 40%

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 19, 2011 6.54 pm Monday

1. Tempoh masa untuk ujian sebenarnya telah ditukar kepada 1 jam sahaja kerana soalan ujian tersebut diolah untuk boleh dijawab selama 1 jam. Oleh kerana saya menjawabnya 20 minit sahaja, maka saya buatkanya darab 3 dan menjadilah 60 minit.

2. Kelas pada hari Khamis ini, iaitu 22/12/2011 akan dimaklumkan samada ada atau tidak. Tetapi saya akan maklumkan melalui ketua kelas kamu.

3. Saya harapkan anda semua dapat membeli atau photostat any notes untuk persamaan pembezaan ini. Saya tidak mahu rigidkan buku kerana yang penting kamu berdikari untuk mencari buku apa yang sesuai. Ini kerana dengan enjin carian Google sahaja, banyak nota Persamaan Pembezaan boleh diperoleh. Bahkan dengan berpandukan nota saya sahaja sudah cukup.

4. saya doakan anda semua berjaya dan mendapat keputusan yang bagus untuk ujian. Malam ini saya tanda dan esok InsyaAllah dapat keputusannya dan boleh datang ke bilik saya pada hari Rabu atau Khamis untuk mengambil kertas ujian anda. Saya letakkan diluar pintu bilik saya (dalam kotak luar) untuk anda ambil kertas ujian anda kembali. Goodluck!

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 15, 2011 10.02 pm Thursday

1. Pada hari isnin hadapan iaitu 19 Disember 2011, jam 11.00 pagi hingga 12.30 pagi.Akan diadakan ujian DACS 2222. Setengah pelajar akan membuat ujian di makmal (akan diberitahu pada tengahhari esok) dan setengah lagi di dalam kelas. Topik hanya setakat Laplace bahagian awal.

2. Kelas seterusnya akan masuk topik Laplace bahagian kedua di mana kita akan menyentuh sehingga Inverse Laplace. Laplace ini mengambil masa selama 2 minggu untuk diselesaikan. Fourier hanya perlukan seminggu sahaja dan Partial Differential Equation pula selama 1 minggu juga. Sebenarnya pengajaran dalam kelas kita hanya perlukan 4 ke 5 minggu sahaja lagi. Selebihnya kita buat latih tubi sedikit untuk skill matematik kamu mantap.

3. Test semua perlu ambil termasuk ketua kelas sekalipun. Assignment seperti biasa hantar sebelum tamat minggu ke-15 atau lebih tepat lagi 17th March 2011.

4. Ada sebarang soalan terus email saya, atau datang ke bilik saya atau sms saya atau telefon saya. Saya akan cuba menyelesaikan masalah anda. InsyaAllah.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 09, 2011 6.14 am Friday

1. Versi baru untuk Chapter : Solution of 2nd Order Differential Equation iaitu v1.1.5 telah dimuat naik. Boleh Download di bahagian Differential Equation

2. Tolong muat turun (Download) assignment kamu.

3. Kuiz akan diadakan pada hari Isnin 12 Disember 2011 ini jam 11.00 pagi hingga 1 petang. Akan makan masa 20 minit semasa waktu kelas tersebut.

4. Penyelesaian bagi y”+y’-6y=12x-50sinx – (Akan dimuat naik kemudian)

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 07, 2011 5.32 am Wednesday

1. Tugasan telah siap “Dikarang” oleh saya. Boleh muat turun dengan gembiranya. Muat Turun Tugasan – 20112012-2 DACS 222 ASSIGNMENT v1.0.0

2. Syarat2 membuat tugasan :-

a) Minimum satu team adalah = seorang. Maximum adalah tidak melebihi 5 orang. 

b) Jawapan ditaip menggunakan Microsoft Powerpoint (buat slide) atau Keynote (Bagi sapa yang guna Mac) atau Microsoft Word (terpulang) atau lain-lain. Tidak boleh hardcopy kerana kita pergi ke Green Technology sekarang ini.

c) Hantar sebelum minggu tamat minggu 15 samada menggunakan email (asyrani@utem.edu.my) atau secara pendrive di bilik saya

3. Dalam teaching plan ada perancangan membuat presentation. Saya cadangkan nak kamu buat presentation by group kat bilik saya. Tapi nanti saya maklumkan. ada style saya tersendiri mungkin.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 05, 2011 6.56 pm Monday

1. Kuiz telah siap ditanda. Keputusan semuanya bagus. Alhamdulillah. Khamis ini, kita akan masuk kepada topik Method of Variation of Parameters. Pada sebelah petangnya, akan ada sedikit sesi latihan untuk kamu buat.

2. Kuiz kedua adalah pada dijadualkan pada Khamis, 15 Disember 2011 waktu kelas 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Ketua kelas sekali lagi akan memainkan peranan penting. Ketua Kelas saya nilai Kuiz beliau dari segi kepatuhan kepada arahan saya dan juga kehadiran beliau ke kelas. Jadi, ketua Kelas tetap akan mengambil Ujian, membuat assignment, dan final examination. Hanya kuiz sahaja diberikan amuniti oleh saya.

3. Kepada yang tidak hadir tanpa sebab untuk kuiz tersebut. Markah 0 akan diberikan. Jika ada sebab boleh datang mengambil Backup Kuiz (soalan lain daripada saya di bilik saya – soalannya adalah lebih susah)

3.5. PASTIKAN SEMUA RAKAN KAMU DAN DIRI KAMU SENDIRI TELAH MENDAFTAR UNTUK SUBJEK INI KERANA ADA SEM LEPAS TIDAK MENYEDARI BAHAWA DIRINYA TIDAK MENDAFTAR UNTUK SUBJEK TERSEBUT. HARAP MAKLUM.

4. Semoga kamu semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam Differential Equation ini. Terima Kasih.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 02, 2011 12.09 pm Friday

Assalammualaikum

1. Saya dah muat naik nota terbaru untuk bab Laplace. Ayuh dapatkannya!! DI bahagian Differential Equation

2. Kuiz adalah pada isnin. pada akhir 15 minit tersebut. Saya akan mulakan dengan kelas dahulu dari 11.00 pagi hingga 12.15 tengahhari. Kemudian pada 12.40 saya mulakan kuiz sehingga 12.55 tengahhari. 15 minit sahaja. Sebab soalannya amat mudah.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated December 01, 2011 6.54 pm Thursday

Assalammualaikum

1.  Kelas seterusnya adalah pada December 05, 2011 (Isnin) pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

2. Mulanya akan ada kuiz selama 15 minit. Dan bersambung dengan pengajaran Chapter 2 : Second Order DE melibatkan Method of Undertermined Coefficient.

3. Modul? Boleh pergi beli kat mana-mana koperasi atau kedai. Anda bebas membeli buku rujukan. Saya ingin mengajar anda cara berdikari mencari nota dan buku. Kebebasan diberikan sepenuhnya.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated November 30, 2011 8.43 pm Wednesday

Assalammualaikum

1. Bermula esok, selama TIGA (3) MINGGU berturut-turut, kelas khamis akan seperti berikut di BK-6

Khamis 9.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 4.00 petang hingga 6 petang (ini bagi mengantikan kelas Isnin yang kita akan dijadikan CUTI UMUM selama tiga kali

2. Kelas ganti ini perlu sebab ianya penting untuk mempertingkatkan pencapaian kamu kerana kita rugi banyak jika 6 jam kelas ini tidak dibuat. At least kita boleh guna untuk buat Kuiz, dan juga Ujian dan lain-lain.

3. Esok December 1, 2011. Kita akan mempelajari Linear Equation dan Exact Equation pada sebelah paginya. petang pula sedikit latihan mungkin dan KUIZ 1 melibatkan Properties of Equations dan juga Separable Equations. Sila Study on the spot.

4. Modul? Beli sajalah mana-mana modul asalkan anda belajar/study betul-betul.

Tq

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated November 25, 2011 3.15 pm Friday

Assalammualaikum

1. Pastikan anda semua sentiasa mengikuti perkembangan semasa subjek DACS 2222 di laman ini (Teaching) sebelum melawati laman Differential Equations

2. Untuk Kelas DACS 2222 (Tahun 2 Diploma), Saya mohon anda buatkan kumpulan di mana satu kumpulan paling maximum adalah sebanyak 6 orang sahaja.

3. Assignment akan mula diberikan pada minggu hadapan di mana anda perlu memuat turun sendiri dari halaman Differential Equation. Tapi ingat, sentiasa mengikuti perkembangan semasa di halaman Teaching terlebih dahulu.

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated November 25, 2011 6.27 am Friday

1. Boleh muat turun beberapa maklumat penting Berikut

a) Kalendar Akademik Diploma Tahun 2 – Kalendar Akademik Diploma

b) Rancangan Pengajian sepanjang 15 Minggu Sem 2 2011/2012 – Dip Sem 2 2011-2012

c) Teaching Plan DACS 2222 – DACS 2222 – Semester 2 20112012 TP v1.3 SV

c) Teaching Plan DACS 222 (Latest Updated November 25, 2011 at 2.56 pm) – DACS 2222 – Semester 2 20112012 TP v2.1 SV

[DACS 2222 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated November 24, 2011 3.13 pm Thursday

1. Saya sudah memuat naik beberapa nota baru untuk Differential Equations. Boleh dimuat turun oleh anda

2. Perlu mengantikan kelas pada 28 November 2011, 2 January, dan 6 February (itu belum termasuk yang saya akan pergi seminar/kursus dll). Maka minta ketua kelas cari kelas kosong dan masa kosong untuk kita ganti kelas.

3. Sentiasa menelaah pelajaran agar anda tidak ketinggalan. InsyaAllah, Final Exam anda hanya berkisar soalan yang hanya perlu dijawab dalam masa 2 jam sahaja. InsyaAllah.

4. Sentiasa hadir kelas pada tepat waktunya. Maaf saya katakan, terdapat pensyarah lain memberitahu saya kelas anda tidak peka dengna kehadiran. Maka saya galakkan anda datang tiba tepat pada waktunya. Jika terlewat sekalipun, sekadar terlewat kurang 5 minit tidak mengapa.

[DACS 2212 – DIPLOMA 2ND YEAR] Updated November 16, 2011 1.44 pm Wednesday

1. Selamat berjumpa lagi pada semester ini, Semester II 2011/2012 untuk Diploma Tahun Dua.

2. Saya rasa kali ini kali ketiga kita berjumpa untuk kelas matematik dan ini merupakan kelas matematik kamu yang terakhir untuk Diploma. Jadi saya ucapkan selamat berjaya. Nota DACS 2222 sama sahaja dengan BENH 1253. Boleh download semua nota tersebut dan insyaAllah mungkin ada perubahan dari segi contoh dan sebagainya.

3. kelas adalah seperti Berikut

Hari ISNIN – Bilik kuliah 6 – Pada pukul 11.00 pagi hingga 1 petang (2 jam)  – BERMULA 21 NOVEMBER 2011

Hari KHAMIS – Bilik Kuliah 6 – Pada pukul 9 pagi hingga 10 pagi (1 jam) – BERMULA 24 NOVEMBER 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: