BENTENG SETIA · ASYRANI.COM
Maklumat data pemain
Pengendali asyrani.com mengumpul nama pemain, alamat Gmail yang disahkan Google, masa persetujuan dan maklum balas survey untuk menilai serta menambah baik permainan Benteng Setia.
Google Sign-In digunakan untuk mengesahkan identiti asas. Permainan tidak meminta akses membaca, menghantar atau mengurus emel Gmail dan tidak menerima kata laluan Google.
Pendaftaran diperlukan untuk bermain. Mengisi survey selepas bermain adalah pilihan. Survey meminta penilaian keseronokan, kejelasan gameplay, kefahaman tema sivik dan komen. Keputusan kempen serta gelombang semasa direkod bersama respons survey.
Nama, Gmail dan respons disimpan dalam pangkalan data server. Data tidak dipaparkan kepada pemain lain. Pemilik laman boleh mengeksportnya untuk analisis. Kemajuan kempen disimpan pada pelayar; sesi login disimpan untuk tab pelayar ini sehingga tujuh hari atau sehingga kau keluar.
Untuk pertanyaan atau permintaan pemadaman data, hubungi pengendali melalui asyrani.com atau razordous@gmail.com. Berikan alamat Gmail pendaftaran supaya rekod dapat dikenal pasti.