Buat Latihan

Buku.

Tahukah anda. Aku sendiri memang susah dan malas baca buku.

Aku membesar dengan keadaan buat latihan.

Tak payah baca. Terus buat latihan.

Contohnya di universiti.

Aku masuk kuliah dengar dan memang jarang atau tak salin apa pun. Dengar aje. Dan kenkadang tertidur bila tepu dan memang mengantuk sebab main game sangat malamnya sampai ke awal pagi. Ini aku jujur bagitau. Biar student2 aku kat FB ni pun tau.

Tapi apa aku buat?

Aku buat latihan terus. Taktau BARU aku rujuk buku rujukan. Zaman aku belajar YOUTUBE takde lagi. Dalam 2005/2006 gitu kot baru ada tp tak tahu lagi (Youtube muncul online pada 2005).

Aku buat ulang dan ulang. Aku bukan style nak kena baca dulu. Bosan. Buat dulu, if tak reti baru tengok balik.

Dan

Itulah antara sebab aku memang paling tak minat sangat subjek kena hafal semata-mata macam Sejarah, Geografi dan sewaktu dengannya PADA ZAMAN tu.

Tengok video kat Youtube sekarang baru seronok bab2 sejarah, geografi dll. Tapi if belajar dalam kelas gitu aje mmg aku ingat lagj memang aku payah la. Boleh tertidoq aku.

Okeh jum sahur.