Coronavirus dan Jeju Island

Assalammualaikum,

Kali ini saya nak cerita sedikit waktu saya travel ke Jeju Island sebelum negara tersebut naik berganda dan berganda dalam hari ke hari sehingga 8k lebih case dah sekarang di sana pada 15 March 2020 setakat artikel ini ditulis (rujuk https://infographics.channelnewsasia.com/covid-19/map.html)

Tetapi biar saya maklumkan, Jeju Island terletak di bawah South Korea. Kami langsung tak ke sana dan sewaktu kami berada disana langsung tiada kes pada hari ketibaan. Waktu kepulangan ada setakat 2 kes if tak silap disebabkan dua orang ini dari South Korea. Tapi tiada kes kematian di Jeju Island. Pulau tersebut bersih lagi masa tersebut.

Saya tiba pada 20 februari, kes meningkat kepada awal 100. Kemudian naik berganda-ganda di South Korea. Bukan JEJU ISLAND ye. So di Kepulauan Jeju ini masih ok dan ramai pengunjung tetapi mereka pun pakai mask muka dan berhati2.

Niat saya nak travel time tu sebabnya adalah kadar masih rendah, macam seperti Malaysia yang time tu pun sangat sedikit aje kesnya. So, tiada travel ban dan sebagainya.

Waktu saya pulang, pada 24 februari bermulalah episod di mana South Korea semakin naik dan naik exponentially. Jadi mujur kami terlepas dari sana but still kami tiada simptom.

Sekarang Alhamdulillah sudah 14 hari lebih dah. dah 15 March 2020, kami sihat dan tiada sebarang masalah. Bahkan saya nak maklumkan ujian juga dibuat kepada anak kami yang batuk pada sekitar hari ke 13 (kami tiada simptom). Dan Alhamdulillah result juga negatif. Surat semua ada mengesahkan tiada kurantin lagi akan dilakukan.

Oleh itu, kepada yang masih nak travel, saya nasihatkan jika negara itu tengah teruk dilanda Covic-19 maka janganlah pergi. Kami bernasib baik aje dan memang dah nak masuk 20++ hari dah. Dan ujian juga dilakukan.

Tangguhkan dulu jika boleh. Dan jika tak boleh, amik precautions. Saya taknak kecam orang. Tapi berhati-hatilah. Keputusan anda mohon buat sendiri. Cuma fikirkan orang lain juga. InsyaAllah rezeki ada di masa lain.

Info COVID-19 (Data 9 March 2020)

Some infographic about COVIC-19.

All information and photos belong to original authors and not from myself.

Majoritinya biasa biasa aje. Mcm sakit biasa.
Lebih dari separuh recovered. Dan ada sebahagian lagi tengah sakit. Sikit sgt yg mati
Berdasarkan data ini, majoriti yg umur tua tua atas 60 tahun teruk
Dan kebanyakkan datang dari yg memang dah sakit macam2
Peratusan tahap berbahaya
Fatality rate
Disease rate per day untuk COVIC-19 Per day
Coverage dalam news sebab tengah trending