Perihal Pensyarah Bahagian 2

Assalammualaikum,

Saya mendapat banyak pertanyaan berkaitan perihal pensyarah di luar sana dan saya berpendapat bagus juga dibuat satu lagi topik untuk bahagian kedua.

1. Adakah beza antara master di IPTA dan IPTS?
– Tiada bezanya kerana yang penting adalah ianya diiktiraf oleh agensi2 berkaitan dan juga ianya dibuat dengan penuh dedikasi. Seperti seseorang itu hebat semasa menyambung master di IPTS dan banyak kertas kerja diterbitkan berbanding seseorang yang hanya menerbitkan satu penerbitan sahaja di IPTA. Dan juga sebaliknya apabila yang berada dan mengambil PHD di IPTA lebih berusaha berbanding yang berada di IPTS. Maka ianya bergantung kepada individu terbabit. Yang penting anda menyambungnya disebabkan ilmu dan bukannya punca rezeki.

2. Menyambung master atau PhD di luar negara dan dalam Malaysia mana lebih baik?
– Sama seperti di atas,tiada bezanya kerana jika di Malaysia contohnya di UTM atau universiti2 penyelidikan yang lain ataupun mana2 universiti sekalipun anda seseorang yang sangat berusaha dan menerbitkan penerbitan bermutu Q1 (jurnal paling tinggi arasnya), maka anda tetap terbaik berbanding yang berada di luar negara.
– Bezanya juga mungkin dari segi pengalaman tetapi sambung di Malaysia membolehkan anda balik kampung sentiasa dan juga dapat juga melancong ke luar negara menggunakan duit geran (jika geran itu besar) dan boleh belajar selok belok menjadi pensyarah di universiti Malaysia kerana anda mungkin disuruh mengajar juga, assist pensyarah dalam pelbagai perkara.
– Luar negara juga bagus kerana dapat melihat negeri orang, dapat belajar dari orang hebat. Tetapi ingat, belajar dari orang hebat tak semestinya menjadikan anda hebat kerana anda yang menentukan anda hebat atau tidak. Iman tidak dapat diwarisi.Sama seperti taraf  ilmu juga tidak dapat diwarisi

3. Gaji orang yang menyambung master/PhD diluar negara lebih tinggi atau sama?
– Saya terpaksa beritahu juga yang gaji tetap sama kerana tiada beza yang menyambung di luar negara dan dalam negara kerana mendapat Dr. juga. TIdak tahulah jika anda ada jumpa yang menawarkan gaji lebih tinggi. Tetapi yang membezakan gaji adalah ketinggian ilmu anda. Misalnya seorang pemegang PhD luar negara dengan memiliki 5 penerbitan bertaraf jurnal Q3 dan Q4 berlawan dengan pemegang PhD yang dalam negara yang memiliki 10 jurnal bertaraf Q1 dan Q2. Jadi mana satu anda rasa lebih bagus jika ikut logik.
– Jadi ingat, tiada beza tetapi yang membezakannya adalah “Apa yang anda ada dan boleh persembahkan semasa sesi interview menjadi pensyarah”. Mungkin jika yang menemuduga anda juga kenalan rapat ayah atau emak boleh jadi juga anda ditawarkan gaji tinggi atau IPTS tersebut milik keluarga anda atau kenalan rapat keluarga. Maaf, ianya dapat disimpulkan sebagai sangat subjektif.tetapi di IPTA, saya tak jumpa lagi yang ditawarkan gaji lebih tinggi. Semuanya sama sahaja.

4. Apa yang diperlukan untuk hebat sebagai sesi permohonan menjadi pensyarah?
– Cara anda berkomunikasi dan skillnya
– PhD
– Penerbitan yang banyak dan berkualiti (banyak mengatasi kualiti disesetengah universiti)
– Orang yang anda kenal
– Lebih muda tetapi mempunyai ciri2 hebat

5. Bagaimana menulis penerbitan hebat?
– Ianya subjektif, anda harus memiliki daya penulisan dalam bahasa Inggeris yang bagus dan banyak berlatih menulis serta banyak membaca. Menulis bermula dengan banyak membaca. InsyaAllah anda boleh jadi bagus dalam penulisan jika banyak membaca dan seterusnya anda menjadi seseorang yang hebat semasa menyambung belajar.

6. Master by coursework tetapi menyambung PhD kelak adakah menghadapi kesusahan?
– Ianya juga subjektif, cuma bezanya yang menyambung secara penyelidikan ketika di peringkat penyelidikan tidak mempunyai masalah sangat semasa menyambung PhD kelak kerana dari A to Z semuanya sudah diketahui hendak buat apa dari segi keperluannya. Tapi sebenarnya amat mudah sahaja dari segi percakapan mulut. Iaitu baca, tulis, baca, tulis dan kemudian dapatkan findings yang significant untuk mendapatkan title Dr. (PhD). InsyaAllah dalam tempoh 3 ke 4 tahun anda akan dapat PhD anda tersebut. Ilmu ini luas, bahkan semakin orang kaji, semakin banyak cabang boleh dibuat.

7. Saya tiada pengalaman dalam menyambung master atau PhD di luar negara dan apa yang harus saya buat dari penginapan dan sebagainya?
– Baiklah, ini sesuatu yang harus diusahakan sebelum ke sana.
– Pertama anda harus mencari supervisor dan universiti berkaitan untuk mendapatkan offer letter. Ingat, pastikan anda berdoa dan berdoa agar ditemukan supervisor yang bagus kerana ada yang main biar sahaja anda terkapai2 kelemasan dalam dunia penyelidikan. Ini benar dan anda harus cuba sedaya upaya untuk mendapatkan supervisor terbaik. Doa dan usaha dan guna gerak hati untuk tahu samada supervisor ini bagus atau tidak.
– Kedua anda harus mencari penginapan yang dekat dan pengangkutan yang akan digunakan ke universiti tempat anda belajar. Tanya supervisor anda di sana atau dapatkan info dari universiti yang akan menaja anda. Selalunya mereka ada contact mereka di sana. Bahkan lebih bagus bertanyakan supervisor dari segi di mana kamu boleh mendapat dua perkara tersebut.
– Ketiga, sambung belajar dengan rasa yakin dan ingin belajar yang tinggi. Kerana perlu diingatkan ada sebahagian yang balik mempunyai PhD dan ada sebahagian yang balik tetapi lambat sedikit mendapat PhD dan ada yang tidak langsung mendapat PhD. Ini sesuatu yang anda harus berdoa dan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan yang terbaik.

8. Elaun untuk sambung belajar
– Ianya biasanya cukup-cukup makan sahaja tetapi yang mendapat duit lebihan itu adalah dengan berjimat cermat dan membuat pekerjaan lain untuk mendapatkan wang tambahan. Jadi, ketika di luar negara jika bujang, anda boleh cuba membuat pekerjaan sampingan untuk mendapatkan wang dan seterusnya membeli kenderaan yang mewah di luar negara yang berharga murah untuk dibawa balik ke Malaysia. Sana harga kereta amat murah bahkan lebih berkualiti berbanding di Malaysia.

Semoga ianya bermanfaat.