Buat PASSPORT (renew) di UTC MELAKA

Salam,

Prosesnya amat mudah!!

1. Hanya bawak Surat Beranak ORIGINAL ke UTC Melaka untuk kanak2. hari sabtu aku buat dan pagi2 mmg tak ramai pun.

Dan tak perlu bawak salinan ke apa ke. Kecuali gambar berukuran passport untuk KANAK2 macam BAYI dua tahun ke bawah. Yang besar bawak muka anak dan muka sendiri aje. Hahahahah

2. If ibubapa bawak lah MyKad. Takkan korang dah besar tinggalkan mykad kat rumah.

3. Aku datang seawal 8 pagi tepat dan parking. Macam biasa parking ni berbayar dan ada palang. Amik kad entry dan nanti bayar di kaunter dalam bangunan UTC bila nak keluar.

4. Masuk bangunan UTC MELAKA dan tekan lif ke aras 2. Pejabat Imigresen.

5. Terus ke kaunter depan Pejabat Imigresen ni dan bagi Surat Beranak Original anak dan IC samada ibu atau bapa. Kena pair if nak renew anak punya passport.

6. Tunggu nombor dipanggil dan ikut aje proses. Bayar RM100 ye untuk kanak2.

7. Cuma tetap kene tunggu 1 jam selepas itu untuk amik. Korang gi cafe aras bawak lepak2.

8. Lepas sejam atau 50 minit ke boleh naik dah dan letakkan resit ke tempat nak kena amik passport. Korang jangan letak awal2 nanti dia tak amik pun. Dia amik yang sejam genap aje.

9. Maka amiklah passport.

10. Siap dan balik.