LIMA 2003

LIMA.

Aku kali terakhir ke LIMA ni tahun 2003. Lepas tu rasanya seingat aku mmg tak datang dah. Tahun ni genap 20 tahun dari 2003. Aku pun tak datang untuk yang tahun ni. Ni throwback dari koleksi gambar yang member aku bagi kat kitorang berempat sempena 20 tahun dah dari tarikh kejadian.

Masing2 selepas 20 tahun dah beranak pinak dah. Lama jugak tak jumpa depa ni, InsyaAllah ada masa dan rezeki di masa depan mana tahu boleh gathering balik kitorang berempat ni.

Bila sebut pasal rezeki dan nasib, kita kena akui ada orang melaluinya dgn lebih dan ada yang kurang. Ibarat jika melalui satu jalan yang sama, mungkin ada kalanya kita terpaksa lalu jalan tu jem teruk. Tapi ada kalanya kosong pulak.

Bahkan ada kalanya sebenarnya, jalan tu jem sebab Allah nak bagi kita sampai ke satu tempat tu lambat disebabkan tiba2 event di tempat tu mmg start lambat dan makanan tak sampai. Kita tak sangka pun perancangan Allah sebegitu. Kita plan jika jam 3 mesti sampai, mestilah bertolak awal skit tapi last2 jem teruk dan jam 4 baru sampai. Dan kebetulan sebenarnya event tu ditunda ke 4:30 (contoh).

Sebab tu biarlah jika ada yg dpt rezeki lebih dari kita. Ataupun kurang atau lebih sebab usaha kita ni, kita amalkan bersyukur. Takpalah orang lain ada dapat mcm2. Kita pun dah dpt mcm2 jugak.

Stop comparing our life with others, we have our own families, needs and lifestyles to cheers. Fokus kat itu dan hidup dgn tenang.

Aku buat post ni agar untuk pesan kat diri aku. Supaya aku ingat tujuan kehidupan aku dan amanah yang aku kena buat. Aku pun taktahu masa depan apa menanti aku, tp aku buat aje. Dan aku taknak kejar melampau2 sampai exhausted. Tu korang nampak aku ade pegang jawatan pun relax aje pagi2 mesti jogging most of the days. Back to nature and feel the atmosphere.

Aku mmg bosan terperap dalam bangunan konkrit aje. Hadap endless meetings or paperwork. Aku ada my own style and different ways of doing my works. Hehehhe.

Ibu. Selamat Hari Ibu

Ibu

Dua dua ini insan yang aku sayangi dan banyak berjasa dalam hidup aku dan wife.

Kebetulan khutbah tadi amat menyentuh hati iaitu berkaitan ibu.

Tidak dinafikan, setinggi mana kita pun pangkat mahupun harta, perangai kita masa kecik ni macam mana lah depa leh handle.

Dari zaman keluar dari perut, degil pulak tu aku selaku anak lelaki, dan ragam2 masa kecik main keluar gi mancing ikan aje terus tanpa bgtau langsung kat mak aku. Mcm2lah.

Kita ni senang pun sebab ibu.

Bagi aku, pangkat aku tetap paling rendah berbanding mak aku dan mak mentua aku. Depa aku letak the highest sebab depa melahirkan aku dan wife aku. Anak2 aku wujud sebab depa membesarkan dan mendidik aku dan wife aku. Berkahwin dan menghadapi hidup lalu anak2 aku lahir ke dunia.

Ibu ni unik.

Tahniah buat isteriku yg juga ibu kepada anak2 aku.

Dan buat arwah mak mentua aku, Ya Allah, Engkau masukkan beliau ke tempat terbaik. Ampunkan dosa beliau, luaskan kubur beliau dan amankan beliau. Jasa beliau tiada penghujung. Hari ini if ikutkan, besday beliau (19 Mei)

Buat ibuku, insyaAllah sentiasa aku dan wife and anak2 doakan yg panjang umur dan murah rezeki. Jasamu juga tiada penghujung dan semoga pahala berpanjangan buatmu.

Selamat Hari Ibu. Satu khutbah jumaat yg bermanfaat tadi di Masjid UTeM.

Unity Certified Associate: Game Developer

Alhamdulillah.

Menjawab dalam masa 30 minit dari 90 minit yang diberikan untuk 100 soalan.

Berjaya mendapatkan Unity Certified Associate: Game Developer Certification

Syukur kepada Allah dan semua yang mendoakannya. Susah betul 100 soalan diberikan, menjawabnya atas lantai pulak tu kat bilik anak aku, dan jam 11 malam pulak. Hahahhaa.

Okeh boleh buat game dah pasni.