AIA VITALITY

Aku dah subscribed nearly two years dah AIA Vitality ni.

Dia sebab ade weekly challenge ni yg membolehkan ko kumpul certain point untuk reach some target. Target max adalah 400. So basically if ko dah meet the criteria sehari ko dpt 150 points. So tiga kali berlari dah dapat 450 points.

If mase start program ni, dia set 150 points dulu untuk meet for each week. Selepas tu setiap minggu atau dua minggu dia tengok ko asyik meet the target aje dia akan increase 50. Basically 400 points target ni maximum. So kira ok la.

Macam mana nak dpt 150 point setiap hari senang aje TAPI kene pastikan exercise ko buat tu samada jogging ke, berlari ke atau sebagainya meet certain Heart Rate target.

Contohnya nk dptkan 150 point daily, kene hit 80% or maximum Heart Rate (MHR) dalam masa 30 minit ATAU 60-70% dalam masa sejam. So Max Heart Rate ni ikut umur. If umur ko 40 tahun, MHR ko adalah 220-40 = 180. So if ko dpt average 80% DARI 180 = 144 HR dalam masa 30 minit, ko dpt la 150 points.

Bagaimana if kurang? If tak silap aku if dpt 70% aje MHR iaitu 70% dari 180 = 126 HR selama 30 minit dptla 100 points. Dan 60% average dlm masa 30 minit iaitu 60%  x 180 = 108 HR maka dptlah 50. Kurang dari 108 ko tak dpt apa2.

So apa dpt bila dah lebih 400 points? Dpt claim voucher2 tertentu setiap minggu. AIA Vitality ni nak subscribed dia ko kene subscribe insurans dia which aku and family subscribed.

Apa pulak yg PLATINUM status tu? Panjang nak explain. Nanti la plak aku explain. Ni aku nak explain bab AIA VITALITY ni aje.

Multifocal Spectacle

Alhamdulillah.

Semalam 9 Ogos siap spek mata aku multifocal yg bernilai RM2k siap.

Multifocal ni sebab dalam satu kanta ada lebih satu fokusnya. Dia ada “area’ penglihatan dia. Nak buat dia susah skit and perlukan customization khas. Alatan pun khas kot. And special kemahiran org nak buat.

So aku buat ni kat Eyecon sebarang jalan dari Pantai Hospital Ayer Keroh.

Multifocal memang mahal ye. Sebab keperluan khas untuk membuatnya. Beza mmg berganda dari yg biasa.

Tahniah Semester 1


Aku buat post ini penghargaan buat anak aku di asrama.

Tujuan aku kerana beliau study dgn baik di asrama dan sesungguhnya beliau menggembirakan kami selaku ibubapa. Nak dpt top 15 seluruh tingkatan bukan senang. Tp beliau buktikan beliau berjaya. Sikit lg nak masuk top 10 seluruh tingkatan 1. Tahniah anakku Zahra. Ingat perjalanan masih jauh, perkara utama adalah maintainkan dan terus usaha lagi.

KDK – KEDUDUKAN DLM KELAS
KDT – KEDUDUKAN DALAM TINGKATAN 1

Kami doakan beliau semakin padu dan berjaya.

Entah kenapa, terharu aku dgn pencapaian ini. Ibarat, tiada apa yg menggembirakan melainkan pencapaian mereka si Zahra and si Zayn.