Selamat Hari Merdeka 2020

Alam ni sangat adil mengikut susunan dan aturan Allah S.W.T.

Dunia ni tidak membenarkan seseorang itu hidup selama-lamanya.

Generasi itu akan bertukar

Kepimpinan itu akan bertukar

Jika tidak sekarang, ianya PASTI berlaku di masa hadapan.

Dalam dunia pekerjaan, masa untuk tamat bekerja itu akan tiba.

Maka digantikan dengan generasi yang lain.

Tidak berguna mempersalahkan generasi selepas ini.

Seeloknya bimbinglah mereka untuk mereka menghadapi generasi selepas mereka.

Kita takkan selamanya di atas

Kelak akan keluar bersara dan duduk menikmati sisa kehidupan yang ada.

Generasi seterusnya akan mengambil alih dari apa yang kita ajar.

Selamat Hari Merdeka. 2020.

Apa itu Pensyarah? Topik 1 – Pengajaran

Aku sebenarnya dah lama dah tulis bab ni tp formal sikit versinya.

Jadi kali ini aku nak bgtau apa yg sebenar-benarnya bab pensyarah ni. Mengikut pandangan kaca mata aku dan juga pengalaman aku sendiri dan kat univ aku.

1. Bab Pengajaran

Setiap sem, ketua jabatan akan assign subjek. Samada ko dapat 1 atau 2 atau 3 itu tengok la beban macam mana. Mostly dpt 1 subjek aje patutnya. Tp ade univ sampai 3 subjek banyak tu. 1 subjek 3 jam kredit. Selalunya 3 jam kredit bersamaan 2+2. 2 jam kuliah dan 2 jam lab lagi tu equivalent dgn 1 jam kredit. So 1 subjek dah 4 jam. 2 subjek dah 8 jam.

Tu belum masuk jika ada sampai lab kene pecah dua. Kalau 30 org satu kelas tu ok lagi bermaksud 2 jam kuliah + 2 jam lab aje. Iaitu total 4 jam. Tp if 60 org satu kelas maka kene pecah 2 jam kuliah + 2 jam lab + 2 jam lab. Jadilah 6 jam.

So katakan ko mengajar 6 jam aje seminggu. Ko kene spend masa maybe lagi 6 jam seminggu nak update nota dan sebagainya. If tanya aku, aku update masa 1-2 minggu pertama aje dgn content yg baru. Ataupun sehari sebelum kelas aku update skit2.

Macam mana dengan test dan assignment dll untuk subjek tu?

Aku sediakan awal2. masa awal semester bermula aku siap2 sediakan ujian, assignment dan final exam. Mostly masa bulan pertama tu busy penyediaan.

Ok ko takkan busy sgt jika ko

  • Recycle aje soalan lama
  • Assignment bercorak general. Jadi implement aje yg sama. Mcm semua diminta buat game action pada sem lepas. Jadi sem ni ko mintak la game platformer pulak. Senang aje.
  • Nota pun tak perlu update sgt. Ko taruk dalam nota fakta yg teoritical aje. Any benda baru ko just sebut dalam kelas

Jadi ko dah jimat masa dan takde la busy sgt.

Bab penandaan tu mmg leceh skit. Tp ko kene pandai lah tanda tu dengan bijak hehehhee tambah2 bila ada banyak pelajar.

So sebenarnya takde busy sgt pun.

Tinggal nanti ko nak key in aje dalam sistem dan sistem kat univ aku siap2 generate graph. Cuma dia minta ko bundarkan siap2 markah. Any yg mcm 74.5 tu kene bundarkan ke 75 bagi memudahkan cerita. Itu praktisnye.

Disamping tu ade la sikit2 penyeliaan pelajar PSM ke, MASTER ke if ade student atau PHD. Ada juga untuk subjek workshop ke, atau latihan industri. Tp ko just spend 1-2 hours per week atau dua minggu sekali aje jumpa diorang update progress.

Apa kesimpulannya?:

  • Jika ko dah pegang subjek tu lama, mostly dah tak busy sgt sebab senang dan cepat aje ko buat test, assignment dll sebab semua dlm kepala dan questions bank pun dah banyak. Nota update sesikit aje
  • Beban subjek ni menyumbang kepada mata Pengajaran dan Pembelajaran untuk naik pangkat kelak.
  • Semuanya bergantung kepada cara ko handle subjek ni. Kelas boleh aje tangguh atau cancel dan ganti masa lain. Mungkin juga nak guna blended learning mcm online learning dll.

So untuk pengajaran ni kena bersiap sedia dari segi nak jumpa student dan assist diorang. Lain kita dari guru/cikgu di sekolah. Kita mengajar depa some portion of the note and yg lain depa cari sendiri. Itu standard pelajar Univ. tak disuap sepenuhnya. Terus straight to the point. Tak paham cari sendiri, benda2 sejarah dan sebagainya dicari sendiri. Kita ajar the utmost important for that topics aje.

Contohnya “gunakan air sejuk untuk cool down kaki yg dah berlari jauh”. Takkan la pensyarah nak ajar air sejuk dpt dari mane, dll. So the idea will be teach, tp part lain cari sendiri. Tak paham jugak baru tanya.

I Love My Family and My Running

Kadang2, ada aje orang yang memandang kita ni dengan sehina-hinanya.

Mereka tunjukkan dengan merendah-rendahkan kita dan matlamat kita.

Selalunya yang berlaku adalah apabila level otai (yang lebih tua) dgn nada yang seolah-olah “aku makan garam lagi awal dari ko”

Dianggapnya yang muda ni seperti “apa ko tahu” dan pelbagai lagi. Langsung dipandang kecik dan macam tak tahu apa.

Aku biasanya if jumpa orang mcm ni aku abaikan aje. Aku pun tak terkesan sgt sebab dalam hidup ni ko tahu tak apa yang mengembirakan aku selain Famili aku?

1) Nikmat Berlari dan Bersukan
2) Berjalan2 sambil makan makanan best2
3) Beraktiviti dengan rakan2 yang sekepala

Banyak aje member2 aku yg 5-10 tahun lebih tua dari aku dan depa ni mmg ngam dgn aku. Seronok bila berborak dan buat aktiviti dgn depa. Terutama team larian aku, mmg sporting habis depa.

Jadi, abaikan aje la cacian dan hinaan orang. Lantak pi apa orang nak kata. Yang penting kita enjoy our life.

Aku tak cadang sgt pun dalam kehidupan aku nak terlalu kejap menjadi academician yang power. Aku just nak jadi normal dan life to the fullest with my family and running.

Running adalah aku punya minat. I put running above all the activities selain dari aktiviti keluarga (family always first).

I love running.