Jelajah Larian – HSN21km (10km)

Salam,

Maaf agak lambat jugak aku nak update untuk larian ini sebab dah seminggu baru nak rasa update.

Untuk HSN21km kali ini boleh dikatakan agak baik juga dan walaupun kaki dah seratus peratus keadaannya tetapi Alhamdulillah agak ok.

Cuma selepas selesai sahaja larian ni, keesokan harinya terus kaki kanan belah paha belakang sakit lagi teruk berbanding sebelum ini selepas KLSCM.

So, terpaksalah berehat sehingga Deepavali nanti sebab memang agak sakit juga kaki ni. Tetapi buat juga workout yang mampu dirumah bagi cepat recover.

Setakat hari ini 19 Oktober 2019, workout amat baik dan recovery process berjalan dengan baik.

InsyaAllah by next week selepas Deepavali akan sambung training balik 5km/10km/15km seminggu.

HSN21km ini boleh dikatakan agak baik juga laluannya cuma kena mendaki fly over lah dan macam biasa time mendaki memang aku jalan. Tak sanggup aku berlari menghadap flyover.

Mental aku memang lemah la time menghadap bukit. So dapatlah timing seperti dalam gambar2 yang aku akan attach nanti.

Sekitar awal 5km memang ok. Lepas tu bila bukit menjelma maka aku jalan aje. Pendek kata total aku berjalan dalam 5 minit lebih mewakili dalam 500meter gitu kot. So lagi 9.5km aje berlari.

Organiser kali ini agak kureng skit. Aku mujur tamatkan awal tapi orang lain yang tamat lambat kesian beratur amik medal. Adeh.

KLSCM 2019

42KM

Kasut: Brooks Glicerin 14

Larian: KLSCM 2019

Sebelum tu nak ucap terima kasih amat2 kepada my wife Shera Aj atas supporting me for the run. Juga rakan2 Kuatagh (semuanya di dalam group whatsapp) serta rakan2 di fb ni yg banyak doakan dan bagi semangat!!! Mmg betul2 mental FM ni. Bukan macam 5km/10km nyer larian.

Alhamdulillah dapat menyempurnakan FM FOR THE FIRST TIME!!!

Bab masa memang takleh kata apa aku pasrah aje dapat COT.

FM ini mmg ujian mental dan TANPA TRAINING yg betul bersiap sedia samada buat FM atas 6-7 jam atau DNF. Mileage kena cukup dan mental kena kuat.

Aku telan saltsticks ke gel ke semua tak jalan. Tapi at least bagi aku tenaga cuma kaki takleh nak go dah.

Ok aku cerita by km

Km 1 hingga km 5

– Ramai beb orang aku pun nak kena tengok org if nak potong ke ape. Kesudahannya mmg aku pace 6-7 ajela dan aku cuba simpan tenaga untuk km2 berikutnya. Penuh jalan beb siap hujan renyai lagi. Time ni aku mcm yakin je tamat dalam 5 jam

Km 6 hingga km 10

– Part ni rasa makin ok dan makin melajukan diri. Semangat masih ada kononnya boleh sub 5 hours la konon. Ada makan energy gel. Badan aku mmg cepat hilang tenaga.

Km 11 hingga km 20

– ok part ni awal2 ok solat di km ke 14. Pas solat lari lagi tapi malangnya mental mula mempersoalkan apsal la aku amik FM. Mmg aku target nak naik bas aje malas dah nak teruskan. Aku makin serabut pemikiran sampai km ke 20. Dan aku menyaksikan ada orang kena angkut pakai strecher sebab kena langgar. Ambulan amik. Difahamkan ada kereta hit and run. Dasat arrr.

Km 21 – km 30

– hahahahah ini part dinamakan walk lebe dari run. Separuh aje run kot atau kurang dari separuh run. Memang aku pikir nak tamat aje dalam 6 jam. Aku dah telan saltsticks dan gel. Tapi mental koyak takleh buat apa gak.

Km 31 – km 40

– ini part wakkakakakaka. Jalan itu adalah tujuan utama. Total lari dalam 100meter aje kot per km. Start km ke 35 aku hentam jalan aje. Ya mmg jalan.

Km 41 hingga tamat.

– ini kelakar. Aku jalan jugak dan akhir2 baru ada semamgat nak lari sikit. Gembira beb dapat tamatkan. Giler la FM ni, mmg mental habis.

Kesimpulan: FM ini mengajar aku bahawa benda yg tough dalam hidup akan jadi mudah jika mental kental. Apa juga halangan dan cabaran hadap aje. Jgn lari dari masalah. Selesaikan dan tamatkan apa yang kita mulakan sedaya upaya.

Ok sehingga kita berjumpa lagi Next FM (MUNGKIN la) di KLSCM 2020 ke. Aku nak tumpu 5/10 km aku balik atau 12km. HM pun ada juga nanti.

Minggu ni rehat week. Bagi recover otot2 kaki aku dah jalan macam ape ni.

Kembara Kuala Terengganu

Jom aku bercerita

Hari Perlepasan (13 Sept 2019)

  1. Sekitar jam 4:45, aku dan famili berlepas dari rumah mentua aku di Kepong. Alhamdulillah parent mentua aku menolong kami sekeluarga menghantar kami ke Subang Airport.
  2. Jarak perjalanan adalah 15km sahaja tapi biasalah Kepong ke Subang dan dengan hari Jumaat lg maka biasalah tu. So dalam 45 minit untuk tiba di terminal Subang.
  3. Setiba sahaja aku terus print tiket kapal terbang dan scan beg di depan. Kemudian tak beratur pun sebab flight Firefly mcm tak ramai yang nak drop baggage. So masa nak drop baggage aku terperasan satu benda.
  4. Ya Allah aku terlupa bawak jam Fenix 5s aku adoi. Maka aku tenang dahulu dan mula mencari jam garmin Forerunner 235 wife aku. Sebab memang aku bawak dari Melaka tapi tak pasti beg mana.
  5. Setelah drop beg maka kami terus ke Secret Recipe untuk makan seketika untuk mengalas perut. Disitulah aku cari jam wife aku dan Alhamdulillah jumpa. Dan yang tak bestnya charger jam tu aku tak bawak. Tapi charger jam Fenix 5s tu bawak hahahahhaha. Adoi. Mujur juga jam Forerunner 235 tu dalam 90+ percent charged.
  6. Setelah makan, tapau burger colonel burger dua biji untuk anak aku makan dan mungkin juga aku makan sebelum berlari.
  7. Kemudian kami terus bergerak ke tempat perlepasan. Sempat jugak aku solat Mahgrib dan Isyak jamak sebab flight delay dari 7:45 ke 8:10 malam.
  8. Setiba aje di Airport Sultan Mahmud sekitar jam 9:05 dan amik beg pun sikit aje orang. Sebab banyak travel light. Bawak beg naik atas.
  9. Ambil teksi dalam RM30 ke Primula (maybe sebab malam) tapi taklah malam jam 12. Biarlah tapi teksi tu teksi kereta hebat. Tak ingat kereta apa tapi Hyundai Sonata kot atau Hyundai sedan apa ntah.
  10. Semasa perjalanan ke Primula dan Primula mula tengok jalan dah letak kon larian. Seronok jugak bayangkan lari kat sekitar tu.
  11. Seterusnya sampai di Primula maka bermula lah tugas memandikan budak2 dan rehat sebentar. Sempat makan burger aku tu sikit dalam half kot.
  12. So untuk larian LAJSM korang refer la pos aku berkaitan larian ye. Aku stop sini aje hari perlepasan dan terus lompat ke esok pagi sarapan.

Hari Pertama di Kuala Terengganu

  1. Hari ini bermula sekitar jam 9 setelah amik kereta sewa yang dihantar pada jam 8 pagi. RM280 juga untuk kereta Saga ni. Tapi bagus layanan mereka dan menepati janji.
  2. Pergi ke Nasi Dagang Atas Tol cawangan 3 punya tapi dah habis la pulak maka lajak makan di Aidils Roti. Harga macam mahal skit ler tapi persembahan roti kat pinggan dia bagus mcm hotel.
  3. Kami seterusnya bergerak ke Jambatan Drawbridge tu sebelah yg boleh parking kereta tu. Tangkap gambar berlatar belakangkan gerbang jambatan tapi nampak satu aje gerbang dari arah situ.
  4. Selepas bergambar di situ, kami pulak ke Hotel Grand Continental nak hantar laptop member aku Mohd Faizal Ali beli dan pass kat member aku sorang lg yg juga runner yang desup Zulhairie Mohidden. Kami semua ni ex mrsm Kuantan batch SPM 2002.
  5. Tapi dia tengah keluar makan dgn wife dan anak2 dia kejap maka aku pun dgn famili ke Pasar Payang kejap tengok2. Tapi tak berenti pun. Berenti kat blok batu tulis I Love Pesisir Payang punya. Lepas tu tangkap gambar berlatar belakangkan jambatan drawbridge tu lagi. Kali ni dapat tangkap latar belakang kedua dua gerbang drawbridge tu.
  6. Seterusnya kami bergerak ke Fauzi Nasi Kerabu hantar laptop kat member aku ni Zulhairie tadi. Dia nak balik Paka dah pasni Ahad keje
  7. Selepas itu kami membuat pergerakan mencari lunch dengan bergerak ke Pantai Batu Burok medan selera tapi malangnya kedai celup tepung macam takde kat situ.
  8. Kebetulan tanya ada brother jual mainan pantai untuk anak aku ni kat mana banyak celup tepung maka dia bgtau area Teluk Ketapang. Area airport tu.
  9. Kami pun apa lagi berlepas la ke situ dan mengharungi jem yang agak sesak serta ambil masa 45 minit dari asalnya 15-20 minit aje.
  10. Tiba aje kami antara orang terawal merasa Celup Tepung ICT TELUK KETAPANG. Banyak gak kami makan dan harganya semua dalam RM39. Air ABC dan dua gelas coconut. Nama Kedai D’Coconut tetapi ntah kenapa orang cakap ICT Teluk Ketapang…
  11. Selepas makan kami bergerak pulang ke hotel untuk berehat. Sekitar jam 2 petang gak sampai hotel dan masing2 mandi bagi segarkan badan dan berehat.
  12. Dalam jam 6 petang keluar bermain pasir di Primula Hotel punya pantai. Dari situ bergerak jalan kaki aje jalan2 cari makan sekitar Pantai Batu Burok.
  13. Hujan turun dgn lebatnya dalam 1 jam kot dan kami ambil keputusan makan aje kat area depan pantai tu. Banyak aje kedai celup tepung yang biasa2 depan tu pepetang. Tapi kami makan tomyam dan bungkus nasi goreng kampung dan pattaya.
  14. Selepas itu berjalan pulang (jarak 700meter woo nak ke kedai makan tu sehala) dan berehat di hotel.

Maka itulah catatan hari Sabtu. Okehlah tu.

Hari Kedua di Kuala Terengganu

  1. Waktu pagi dimulakan dgn kami semua bergerak ke Pasar Payang baru dalam jam 8 pagi. Setiba di sana, kami sarapan dulu makanan2 di sana dan membeli beberapa makanan kering dan keropok untuk di bawak balik nanti ke KL
  2. Seterusnya kami menuju ke Jambatan Drawbridge itu sekali lagi dan kali ni berjalan di tepinya menuju ke kaunter beratur untuk naik ke tingkat atas drawbridge tu.
  3. Kami agak terkejut juga rupanya itu hari pertama pembukaan naik atas ke drawbridge tu. Amat bagus viewnya tengok dari atas.
  4. Tiket RM5 untuk kanak2 dan dewasa. Budak yang tak sampai 3 tahun free. Yang usia 56 dan ke atas RM3 aje.
  5. Selepas itu pulang dan checkout hotel sebab nak pindah hotel ke Tabung Haji hotel. Dekat sikit dgn airport. Sempat mendobi pakaian dulu.
  6. Selesai mendobi maka kami pula nak makan celup tepung di Teluk Ketapang tetapi kali ni di Firdausy ICT. Kami makan celup tepung di tempat lain pula kali ini. Orang tak ramai lagi dan menjamu selera lah kami dgn tenangnya.
  7. Kemudian kami bergerak ke Hotel TH dan Alhamdulillah dapat check in awal. Berehat sebentar dan dalam jam 4 bergerak pula nak makan sekali lagi celup tepung. Kali ni makan di Celup Tepung King berdekatan Kuala Nerus. Main terjah aje ni sebab kedua dua tempat yang kami pergi hari first day dan tengahhari tadi dah penuh dan sesak sangat.
  8. Kami sempat juga bergerak ke pantai berdekatan Kuala Nerus ni namanya Uptown Kontena dan main pasir.
  9. Selepas itu terus bergerak pulang ke hotel dan menunggu malam harinya nak keluar pula.
  10. Alhamdulillah semasa di Hotel TH ada ajen takaful Ikhlas saya sempat berjumpa dan memberi souvenir kepada kami.
  11. Kami meneruskan perjalanan menyaksikan jambatan pada waktu malam dan bergambar. seterusnya meneruskan perjalanan ke Pantai Batu Burok.
  12. Di Pantai Batu Burok seperti biasa kami parking berdekatan Primula Hotel dan berjalan sejauh 2km pergi dan balik. Ada pesta atau festival di situ dan sempat anak2 makan pasta carbonara kat situ.
  13. Semasa perjalanan nak balik hujan sedikit dan terpaksa meredah hujan. Sempat juga makan tomyam di sebuah restoran depan Pantai Batu Burok tu.
  14. Kami pulang ke Hotel kira2 jam 10.30 malam dan berehat.

Hari Pulang

Maka selesailah perjalanan aku dan famili ke Kuala Terengganu. Banyak kenangan larian dan mcm2 bab makanan ada disini. InsyaAllah akan datang lagi ke sini pada lain masa.

Flight Firefly ke Subang jam 8.40 pagi dan tiba dengan selamat di Subang jam 9.35 begitu.

Itu saja guys!!