Great Eastern Viper Challenge 20km

Salam semua,

Fuh!!! Dekat 5 jam beb dan memang payah if solo nak survive melainkan mental keras macam batu.

Aku maybe tak larat nak cerita semua obstacles mcm org lain so aku punya ni ringkas dan padat ajela.

Kitorang ni satu team 8 org.

Pelbagai latar belakang dll.

Start jam 7.10 gitu kot sebab delay sangat. Patutnya 6.45 pagi.

Aku bertolak dari rumah mentua aku Kepong jam 5 pagi gitu sampai area 5.45 pagi. Jauh beb sekitar 70km total.

Sampai aje kitorang gather dan letak baggage kat tempat simpanan baggage. Pakai tag kat tangan.

Ok

Mula jam 7.10 pagi dan sesi bermula sekitar 10 rintangan pada 1 jam pertama.

Time ni tenaga pun boleh drain dah selepas 5,6 rintangan tetapi tenaga lari aku masih ade.

So kitorang harungi rintangan satu demi satu.

Ada yang berjaya disempurnakan. Ada yang tak. So just do it walaupun terjatuh dalam air.

Tapi memang sangat menarik dan tak membosankan.

Dekat 5 jam di jalanan dan banyak pengalaman dan cabaran yang terpahat dlm ingatan.

Memang best beb.

Setahun sekali memang kena cuba ni. At least tak bosan berlari. Hahahahah.