Selamat Hari Merdeka 2020

Alam ni sangat adil mengikut susunan dan aturan Allah S.W.T.

Dunia ni tidak membenarkan seseorang itu hidup selama-lamanya.

Generasi itu akan bertukar

Kepimpinan itu akan bertukar

Jika tidak sekarang, ianya PASTI berlaku di masa hadapan.

Dalam dunia pekerjaan, masa untuk tamat bekerja itu akan tiba.

Maka digantikan dengan generasi yang lain.

Tidak berguna mempersalahkan generasi selepas ini.

Seeloknya bimbinglah mereka untuk mereka menghadapi generasi selepas mereka.

Kita takkan selamanya di atas

Kelak akan keluar bersara dan duduk menikmati sisa kehidupan yang ada.

Generasi seterusnya akan mengambil alih dari apa yang kita ajar.

Selamat Hari Merdeka. 2020.