Jum Lari – Oppo Reno Festive Run

Salam semua.

Alhamdulillah selesai larian semalam dengan baiknya walaupun kekurangannya ada di pihak aku juga akibat tak banyak berlatih hahahaha.

Ok larian ni berlangsung mulanya di Parking C. So aku park dalam kawasan tu jugak dan kene bayar RM20 beb per entry. Hahahahha. Tapi demi safety dan keselamatan kereta.

So aku sampai dalam area 7.30 malam setelah bertolak dalam jam 6.40 dari Kepong. Aku ikut aje LDP tu sampai la masuk lebuhraya bukit jalil pulak.

Sampai aje aku warming up skit2. Sementara nak tunggu flag off jam 8. Time ni aku rase yakin aje boleh sub 1 hour tp malangnya mungkin aku terpecut awal kot. Patut maintain pace 5:30 min per km ke sebelum pecut di saat2 akhir larian.

First 500m aku lari memang memanjant fly over ke arah technology park. So mmg banyak adegan potong la kot. Aku ok aje dalam 4 km pertama dan malangnya sangkut bila selepas 4 km akibat pancit. Pulak tu menjelma pulak bukit kat km ke 5 gitu dan ditambah pula bertembung dgn pelari fun run 5km.

Memang azab beb bukit + nak elak pelari2 5km dan aku time ni dah start jalan lari aje. Stamina out dah weh.

Tu ko taktahu ada siap jalan gelap lagi. Memang total darkness nampak depan sukar. Pulak tu dgn pelari 5km ade tengah jalan/slow jog aje. Aduh.

So dalam 2 km juga berlari dgn pelari 5km ni. Tang km ke 7 ke atas baru berpisah kejap tp masyaAllah ada laluan berbukit pulakkkk. Km ke 8 dah start turun bukit dan bertembung pulak lagi sekali dgn pelari 5km. Sampai finish line beb.

Tapi last 300-500meter kot bolehlah berlari pace laju skit iaitu sekitar 4:50 ke 5:00 min/km. Dan tamat dgn jayanya.

Kesimpulan: aku rase boleh aje dpt sub 1 hour jika aku start dgn maintain speed 5:45 ke 5:30 ke. Tang bukit buat pace 6. Tang turun bukit pace 5:30. Tang ramai org pace 6. So aku anggap salah aku jugak.

But the run was good and great. Aku push sedaya aku. Alhamdulillah.