Decima Unity Unreal

Salam semua,

Tahukah anda lebih dari setahun saya menunggu game ini keluar ke PS4. Ianya sepatutnya akhir 2018 namun ditunda ke 2019.

Game yang daripada tokoh game creator terhebat dunia iaitu Hideo Kojima dari Kojima Productions.

Dulunya Kojima ni sebahagian dari Konami namun berpecah setelah kontrak Kojima ni pun dah tamat dan macam2 lagi berlaku.

Pendek kata dah taknak dah dengan Konami. Better buat sendiri game dan liaise dengan Sony Playstation etc.

Sebelum aku gi review dengan game ni, baik aku tekankan perkara ini.

“Game adalah Connection”

  1. Tidak kira apa jua game engine anda guna (death stranding guna Decima game engine), matlamat anda hendak memastikan ada connection antara developer dan pengguna (pemain).
  2. Tidak berguna menggunakan tools atau game engine yang hebat tetapi orang bosan bermain game anda. Tiada connection untuk apa yang hendak disampai. Feel dan emosi tu tak sampai ke pengguna.
  3. Tiada gunanya ray tracing yang hebat, RTX technology ke jika game anda tidak bagus dan mengharapkan graphics sahaja tetapi jalan cerita bosan macam apa dan taktahu apa yang hendak dicapai.
  4. Objektif buat game mesti jelas dan mesti difahami juga oleh pengguna.
  5. Lagi beremosi anda dengan game ini maka lebih bagus game ini di hati pengguna. Bagi mereka merasa mereka benar-benar berada dalam game.
  6. Game ni sebenarnya melibatkan Point A ke Point B. Tapi apa yang membuatkan ianya menarik adalah bagaimana hendak ke point2 tersebut dan apa halangan, cabaran, penceritaan, suasana, muzik dan sebagainya untuk ke point2 tersebut.
  7. Pastikan anda tahu buat tools itu yang perlu, tetapi idea dan pemahaman terhadap konsep2 teknikal dalam game itu penting. Tools tu boleh aje google untuk guna. Tapi konsep kena faham. Nak apply collision memang click aje collider kat Unity tu tapi apa itu collision kena faham baru tak bergantung kepada tools.
  8. Ingat, game adalah bukan disebabkan tools tetapi disebabkan idea dan design gameplay serta mekanik game tersebut.

Ok, sebab apa aku kagum game ni:

Death Stranding Review
*Ingat, dunia game ni hanya fiction dan tiada kaitan dengan mana2 entiti pun. Ianya sekadar game. OK jum tengok apa aku boleh bgtau setakat ini.

1) Anda sebenarnya berada di satu dunia di mana alam HIDUP dan alam MATI berkongsi satu alam.

2) Ada tiga kelompok hidup dalam dunia ini.
– Orang yang takkan mati. Buat macam mana pun dia takleh mati. Somehow stuck dan mereka teringin sangat nak mati tapi takleh.
– Orang yang boleh mati tetapi jika tidak dibakar (cremate) akan HIDUP TERGANTUNG antara HIDUP dan MATI. Mereka macam jadi Roh yang berlegar2 dan menganggu yang hidup. Depa ni takkan boleh hidup dah TETAPI tak juga boleh MATI dengan tenang sebab tergantung.
– Orang yang boleh mati dan boleh hidup. Macam watak utama cerita ini. Dia mati dan dia boleh hidup balik ikut suka dia.

3) Dalam ni takde tembak2 dan bunuh2 orang lagi setakat ini. hanya tugas delivery boy macam hantar bandar ke bandar. Hanya mayat untuk dibakar, hantar barang betul dll.

4) Kejadian Death Stranding ni menyebabkan kacau bilau. Sebab dunia berkongsi dengan yang mati. Depa tergantung dan menganggu manusia yg hidup.

5) Dan yang bestnya adalah kita sebenarnya bermain secara connection dengan orang lain punya barang. Bila kita buat tangga, orang lain boleh guna tangga tu. Dasat tak dasat. Siap boleh share barang lagi. Itu yang penting.

6) Aku akan teruskan main satu hari satu level/episode kot. Tu pun tengah malam atau awal pagi. Susah skit sebab ada budak dua tahun akan kacau aku nanti main. hahahaha.

Dasat gak cerita Death Stranding ni, sampai skg aku pun masih tak paham dan nampak cerita sebenar. Aku taknak tengok spoiler. Biar aku sendiri rasa apa sebenarnya.

Rasanya memang sebahagian kehidupan ini memerlukan pengalaman untuk melengkapkan pembelajaran

Salam Ramadhan

Perihal game yang saya sedang main God Of War.

  1. Saya hampir menamatkan game saya God of War yang saya mainkan semasa di bulan Ramadhan ini.
  2. Apa yang menariknya di dalam game ini adalah diterangkan beberapa nilai moral dalam kehidupan.
  3. Dan sememangnya dalam Al Quran dan Hadis menyebut beberapa nilai moral ini juga dari 1400 tahun dahulu dan ada terkandung di sebalik game ini.
  4. Game God of War merupakan game yang kita akan membawa watak seorang ayah dan anak.
  5. Si anak Atreus mengikut ayahnya Kratos untuk ke kawasan top of mountain untuk sebuah urusan yang penting.
  6. Sepanjang perjalanan banyak dialog2 penting dan aksi2 berlawan – Jenis Hack ans Slash punya game ni.
  7. Berbalik kepada soal moral ini, kadang2 anak mempersoalkan tindakan ayahnya yang boleh membuat sesuatu perkara tetapi dia tidak boleh membuatnya. Maksud saya Atreus hairan bapak boleh buat tetapi anak tidak dibenarkan.
  8. Satu scene dalam game ini di mana si anak di halang dari membunuh seorang watak musuh yang sedang cedera.
  9. Si anak naik angin kerana musuh tersebut sudah cedera dan memang jahat tetapi ditegah pula oleh ayahnya atas alasan dia telah cedera parah dan menunggu maut sahaja tanpa perlu buat apa2.
  10. Si anak apa lagi terus menikam musuh tersebut dan dimarahi oleh ayahnya.
  11. Hairan kenapa seorang musuh tidak boleh ditamatkan awal riwayatnya sedangkan musuh tadi yg menyerang mereka.

Saya merasakan, yang kita tidak perlu membalas dendam keatas seseorang yang memang diyakini nasibnya dan kesudahannya. Ianya seperti ianya telah dijatuhi hukuman dan oleh itu kita tidak perlu pula menjatuhkan hukuman kita pula.

Bahkan, berdendam ini mengakibatkan berlakunya chain of hatred.

Dendam dibalas dendam dan terus bumi ini dibelenggu dendam orang terdahulu.

Apa yang berlaku biar keadilan yang menentukan hukuman.

Jika tidak, rasanya akan lahir dan membesar seseorang yang pendendam juga dan bukan sebab hakikat.

Mungkin sepatutnya niat sesuatu perkara itu adalah jelas.

Jika ingin menegakkan sesuatu fokus kepada niat itu sahaja dan tidak perlu lakukan perkara yang tidak perlu kecuali ada sebab.

Saya pun mungkin banyak juga buat silap dan salah dan mungkin ini juga salah satu sebab jalan yang diambil tersasar.

Fokus dan tidak perlu berlebihan. Tumpu kepada objektif asal.

Ini mungkin pandangan mengarut saya tetapi saya tulis juga untuk saya tengok balik 10-20 tahun akan datang apa perkembangan penulisan saya.

Btw, saya simpulkan kehidupan ini sememangnya kompleks. Kata2 sahaja mungkin membawa maksud separuh sahaja kepada orang lain dan tidak sampai 100% pemahaman.

Orang yang melalui itu perlu tentukan sendiri berdasarkan pengalaman dia sendiri.

Ya, mungkin kita hanya boleh tunjukkan jalan pintas namun yang carry the burden akan melaluinya.

Sebab itulah, kehidupan seseorang itu amat berbeza.

Itulah kehidupan…

Salam,

Januari ini telah banyak kes kes di facebook dan pelbagai lagi perkara kita lihat.

Nak sebut tapi dah jadi mcm biasa dah pun

Banyak sangat. Buka facebook anda dan cuba scroll dalam masa 30 minit pasti macam2 anda jumpa.

Kita yang biasa ni mungkin mesti ada rasa takut

Takut jadi apa2 kat kita atau generasi2 kita.

Memang normal la jika ada perasaan begitu.

Kalau anda buat bodo aje maknanya anda tak tahu apa yang berlaku kat umat.

Tak bagus jika tak ambil peduli. Anda hanya dengan dunia anda sahaja. Itu bukan tanda anda umat yang bagus. Yang bagus adalah yang amik peduli.

Berbalik kepada punca semua ni.

Puncanya senang aja.

Pegangan hidup = agama.

Jika semua orang ada pegangan betul iaitu berpegang pada tali agama yang betul.

Maksud saya benar2 betul tanpa sibuk menghentam dan mencaci.

Memang pure agama dan kebaikan sahaja dia nampak.

Memang akan harmoni dunia ni.

Tapi itulah yang mustahil.

Maka disitu kita kene pastikan generasi kita terus menjadi mantap dan berkembang.

Jadi apa tugas kita sekarang?

Memperbanyakkan kebaikan dan cuba sedaya upaya basmi keburukan.