Jelajah Larian – Putrajaya Night Marathon (21km)

Salam,

Event PUTRAJAYA NIGHT MARATHON 2018 CANCELLED

Disebabkan hujan dan ribut petir serta kilang sabung menyabung, organizer terpaksa call off event.

Bayangkan, saya berlari dalam keadaan basah hujan SANGAT LEBAT selama 10 kilometer. Ya 10 kilometer sambil maintain pace 5.

Kasut basuh macam kena rendam

Kaki melecet

Akhirnya kami dilencongkan awal dan ditamatkan awal.

Catatan masa saya sangat teruk.

12km pertama saya steady.

Namun 5 km seterusnya saya tak mampu dah harungi sebab dah tahu organizer cancel event, kaki basah dan melecet, gambar pun takde, tak semangat nak lari.

Apa2 pun saya akan kembali for PNM (mungkin) tetapi bergantung kerana saya hanya gemarkan 5km dan 10km. Berbanding 21km dan 42km larian banyak bergantung kepada LSD yang amat sukar dibuat akibat kekangan masa.