Rezeki itu satu nikmat

Aku masa aku berlari, mcm2 bab kehidupan aku boleh berfikir. Dalam sejam berlari tu (10km contohnya), aku pikir bab2 kehidupan.

Antaranya bab rezeki dan bab anak.

Aku tahu, ada di fb aku ni ada yg belum kahwin, ada yg dah kahwin tapi anak belum ada rezeki, ada yg mcm aku anak baru satu dua, dan ada yg berlambak dah.

Rezeki ni aku amat percaya Allah bagi tepat pada masanya dan dengan sebabnya.

Mungkin yang belum ada anak tu, Allah bagi rezeki mcm2 boleh gi buat mcm gi berjalan2 dan mcm2 lagi.

Bagi yang ada anak 1,2 tu, Allah turunkan rezeki dapat berhibur dgn anak2 walaupun nak cuti sangat pun sukar sikit sebab anak tengah bersekolah dll.

Ada yg anak berlambak sampai setiap hari berlalu pantas sebab mmg masa nak rehat pun takde sgt. Tapi Allah bagi keceriaan dan kebahagiaan dari segi seronok tengok telatah anak2 dan bila bercuti memang riuh rendah sakan.

Yang tak berkahwin lg pulak, maybe ada mcm2 benda boleh setel mcm jadi youtuber power, bersukan tiap2 hari dan lain2.

Fuh, mcm2 Allah bagi ikut kesesuaian seseorang itu.

Apa tandanya? Tandanya mungkin kita kena bersyukur dan insyaAllah jika kita kehendak sesuatu itu, PERCAYA ALLAH akan bagi punya.

Usahalah lagi sehingga sehabis baik non stop jgn pedulik apa orang kata dan hati kata apa. Lantak pi la. Hang usaha aje jangan putus asa.
Biaq pi dan jalan terus. Usaha untuk capai sambil tu bersyukur dgn rezeki Allah bg setakat ni dan enjoy the life.

Usah tertekan sangat, insyaAllah akan ada sinar satu hari nanti. Jika apa yg diusahakan pun masih belum ada sinar, mungkin kita cuba check balik yg Allah mungkin dah bagi sesuatu yang sangat hebat kat diri kita dah.

Yg penting apa jua berlaku, JALAN TERUS dan teruskan berlari.

Usah toleh belakang melihat kekecewaan dan kesedihan.

Ingat, banyak benda lagi nak buat ni dalam kehidupan ni. Senyum dan keep running!!!

Restart Malaysia Challenge

Pada 17 Ogos Isnin lepas bermulalah episo Restart Malaysia Challenge (RMC) untuk event virtual team running bagi tahun ke 3.

Untuk kali ni aku daftarkan wife aku sekali dalam group Kuatagh Runners

So misi adalah masing2 dptkan minimum 20km dan yg otai2 runners kene pastikan dpt minimum team mileage dalam 2000km bagi mendapatkan bronze award for team Kuatagh.

Plan aku mcm biasa

10km kemudian 15km dan kemudian hujung minggu Half Marathon 21km. So total dalam 46 km. Campur jalan2 skit jadilah 50km per week.

Targetting 200km ke 250km.

Susah beb nak dptkan mileage tinggi2 gini.

Spend masa kena sekali lari 1 jam ke 2 jam lebe atau 3 jam.

So setiap minggu total dalam 6 jam kene berlari untuk dapatkan 50km.

Tapi benda ni hanya for a month. Dari 17 ogos sampai 16 september. Taktahulah akan extendkan ke 30 September ke.

Mencari Kejayaan Dalam Kegagalan

Dalam kehidupan ini, aku pun akui memang ada tak betulnya dalam setiap hari aku lalui.

Ada kalanya keputusan yang aku buat tu aku memang dah tau akan menyusahkan orang dan akan jadi tak betul tapi aku layankan aje buat jugak.

Dan hasilnya memang tak betul pun.

Tapi sebab apa jadi begitu aku sendiri pun taktau tapi aku just buat jugak walaupun ianya akan mendatangkan pelbagai kesan.

Aku taknak bercakap bab buat benda yang sememangnya dah betul sebab hasilnya akan baik insyaAllah.

Tapi aku nak bercakap dari soal apabila kita melakukan sesuatu itu yang samada ianya akan pasti takkan menjadi atau takkan membantu ATAUPUN ianya mungkin akan berjaya atau tidak.

Sebenarnya apa yang aku buat pun adalah memastikan kita go with the flow.

Kita tidak mampu membuat keputusan yang terlalu sempurna sehingga menjejaskan kehidupan dan pemikiran kita.

Akibatnya, stress melampau terjadi dan terasa amat terseksa dan berfikir-fikir keputusan tersebut.

Jadi, aku akan buat apa yang difikirkan perlu dan sebarang permasalahan aku anggap akan diperbetulkan kemudian.

Dan jika berlaku sesuatu keatas kesilapan tersebut, keputusan lain akan dibuat.

Yang penting disini adalah aku berfikir aje yang tidak akan ada sempurnanya keputusan kita.

Apa yang kita buat kita just buat aje dan apa yang berlaku pada masa hadapan hanya masa akan menentukannya.

Tak usah berfikir melangkaui pemikiran pada waktu “present” iaitu sekarang secara melampau sehingga menjejaskan diri dan stress terlampau.

Buat aje dan biarkan ianya berlalu mengikuti arus masa. Dan move on ke next one. Apa nak berlaku, berlakulah. Kita hadap aje dan buat keputusan lain jika tak boleh.

Salah dan silap ini kita kena akui yang kita bukanlah takkan langsung suci dari dosa. Yang penting kita perbetulkan.

Kegagalan adalah sesuatu yang amat baik untuk bagi kita pengalaman hidup berguna.

Tangani dengan positif dan semampu boleh. Jika tak mampu, buat aje mana yang mampu dan teruskan hidup.

Apa yang berlaku telah pun berlaku. Kita move on dan bergerak ke hadapan.

InsyaAllah nanti kita akan jadi cekal dan tabah dalam hadapi sebarang jua masalah.

Kita tangani dengan elok dan tanpa stress melampau sehingga tertekan hidup. DO what we can with our best. Manusia ni tak sama. Masing2 ada kelemahan dan kekuatan masing2. Accept what we are and accept apa yang di sekeliling komuniti.