5k dan 10k

Salam,

Ramai yang tanya aku. Sebab apa aku asyik run dua jenis ni aje. Sebab singkat sangat. Satu dalam setengah jam dan satu lagi dalam sejam aje.

Jawapannye mudah aje. Aku tak suka sangat lari lama2. Aku ada juga ambil Half Marathon dan ada juga FM kelak (masa SCKLM). Tapi sekadar nak rasa aje.

Bagi aku cukup aje 30 minit ke 1 jam bersukan ni. Lama2 aku bosan sebab memang aku ada benda lain lagi nak buat.

Aku ada main game, ada keje, ada famili, ada nak gi jenjalan dan lain2 lagi hobi aku. Semua aku suka dan memasak pun aku suka jugak.

Jadi, aku hanya fokus BUAT MASA ini 5k dan 10k. Majoritinya 5k aje dan 10k ni untuk masuk competitive run.

Seronoknya 5k ni adalah:

  • Cepat Habis
  • Full Speed punya run. Just blast aje sampai finish line 5k.
  • Seronok tekan pace 3 dan 4
  • Memang uji daya tahan jantung dan kaki untuk laju

Untuk 10k pula lebih kurang sama tapi tekan pace 4 dan 5 la. Nak tekan pace 3 dan 4 belum lagi.

Latihannya untuk 5k dan 10k ni lain dari HM dan FM.

Ko takleh gune latihan 5k dna 10k untuk HM dan FM.

Bahkan untuk berlatih 10k juga lain dari 5k.

Interval untuk 5k adalah 200m x 12 atau 400m x 8 (bagi diri aku la)

Interval untuk 10k adalah 400m x 12 atau 800m x 8 (bagi diri aku la)

So, memang kegemaran aku adalah 5k dan 10k. Cepat habis. 30 minit aje for 5k dan 60 minit for 10k.

Larian Am – 5km (11 Dec 2018)

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Allah kerana dapat sekali lagi berlari dengan baik pada petang semalam

Adapun hasrat ini adalah untuk mengajak mereka mengetahui bahawa setiap usaha itu jika dilakukan dengan penuh dedikasi, istiqamah, tidak berputus asa serta betul2 target, insyaAllah akan perolehnya

Aku berpeluang mencatatkan on average below 4:30 min per km untuk 5 km. Walaupun ianya track padang tetapi secara tidak langsung ianya satu perasaan untuk mengetahui kelajuan tersebut dan mengawal kelajuan tersebut.

Untuk laju, kita harus laju. Tidak boleh sekadar berkata-kata atau berlatih siang malam tanpa mencuba kelajuan baru.

Untuk membawa 180km/h kereta, anda harus tekan minyak ke 180 km/h. TIdak berguna berlatih siang malam cara dan teknik tekan minyak tanpa benar2 menekan pedal minyak ke 180 km/h.

Sama seperti kehidupan, anda harus mencuba dan masuk ke ruangan tidak selesa tersebut sebelum merasai perasaan selesa setelah mencubanya.

Jelajah Larian – UTeM Mini Marathon 7km

Salam,

Alhamdulillah selesai penyertaan Mini Marathon UTeM 2018.

Berjaya menduduki tempat ke-2.

Tempat pertama staf CIO UTeM yang merupakan seorang jurulatih sukan.

[Story]

Sebenarnya larian ni looping tempat sama 6 kali dan total dalam 6.2 km aje. Bermula dari dalam stadium dan berakhir pun dalam stadium.

Tapi yang menjadi cabaran bukit mendaki sepanjang 300meter tu yg teruk dan perit.

Gambar atas podium takde la plak Pusat Sukan tak upload lagi.

Rakan saya Anas Abdul Latiff juga di tempat ke-7.

Alhamdulillah berkat sokongan dan semangat dari isteri Shera Aj dan anak2 (tp depa dirumah lah) berjaya mengharungi dengan baiknya.

Senarai Pemenang:

KATEGORI WANITA

🏃🏼‍♀🏃🏼‍♀🏃🏼‍♀🏃🏼‍♀🏃🏼‍♀

1. Nuraini bt Zakariah – Pej CIO

2. Anita Akmar bt Kamarolzaman – FKM

3. Syahira Nabilah bt Zulkafli- Pej. CIO

4. Siti Norashikin bt Mohd Yunus – Canselori

5. Dr. Nadlene bt Razali – FKM

6. Dr. Rafidah bt Hasan – FKM

7. Dr. Fam Soo Fen – FPTT

KATEGORI LELAKI

🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂

1. Mohd Syahrizal b. Mohd Razali -Pej. CIO

2. Hamzah Ashrani b. Sulaiman – FTMK

3. Tinta Firmannika b. Selamat – PNC PI

4. Mohamad Zin b. Mahmud- Pej. Pembangunan

5. Shamsul Bahari b. Azraai – FKM

6. Mohd Huzaimi b. Gazali – PPKU

7. Anas b. Abdul Latiff – FKEKK

8. Shamsul b. Sabtu – PPKU

9. Ahamad Fuad b. Jaapar – FKE

10. Zamani b. Md Sani – FKE

11. Mustapah b. Ibrahim – PNC PI

12. Bob Faizeli b. Mohamed Din – Pej. CIO

13. Noor Azman b. Mansor – FTMK

14. Hairul B. Bakri – FKM

15. Khairul Nizam b. Minhat

#myutem

#myheputem