Moving Forward

Hampir 2 minggu dah aku start training larian aku balik. Aku just buat pun larian sekadar 3km dan 5km buat masa ni. Masih belum pergi lagi ke arah long run walaupun itu yg diperlukan. Aku memang set setakat ini jenis latihan incremental. Aku bawak dulu 3km. Biar selama beberapa minggu sampai dah adapt badan baru move to 4,5 km on road dan seterusnya. Kat track memang aku set 5km aje lebih memang mental la pusing lebih dari 12 rounds sensorang.

Ada banyak cara yg org buat. Tp bagi org macam aku, masa itu agak limited. Memegang jawatan ni berat sangat. So aku kene concentrate as tugas admin yg tinggal baki sampai January 2022. Yeah. And then concentrate to research again and running peacefully without too many meeting hahhaha.

Larian ni mmg sukan yg macam bank. Ko lari lama2 dan lari laju2 sampai badan dah boleh adapt. Teruskan aje berlari sampai badan kuat. Macam bayi la belajar berjalan. Amik masa nak berjalan sikit2 sampai la boleh berlari. Jadi kita pun berlari aje ikut pace anda yg anda kehendaki. Selang selikan dengan strength training. Itu yg penting. Hasilnya bukan seminggu dua rakan2. Tapi hasilnya 1-2 tahun lepas tu. Lama ye kengkawan. Nak laju dari pace 5 ke 4 ambil masa. Nak laju pace 4 ke 3 lagi la amik masa. Makin lama makin susah.

Contohnya jika anda pace 6 nak ke pace 5 perlukan 6 bulan. Maka anda nak pace 5 ke pace 4 memerlukan setahun. Tetapi nak pace 4 ke pace 3 pula memerlukan anda dua tahun untuk capai. Boleh dipercepatkan dgn mengandakan latihan setiap hari dan multiple session dalam sehari.

Apa maksud multiple session?

Pagi ko lari 15km long run

Tengahhari ko buat strength skit 15-20 minit

Petang ko buat 10km tempo

Macam tu. Seminggu ada 1 atau 2 kali multiple session ni.

Tu ko boleh cepat. Tapi tanya diri ko la, ko atlit ke nak buat gitu? Mana nak taruk anak bini, bercuti, enjoy2 kehidupan dan kerja kat ofis? So itu kene manage properly diri ko. Betul ke nak mcm tu atau mcm mana?

So ko pilihlah apa ko nak jadi sebenarnya.

Takde sape nak larang. Depa nasihat aje. Hang aje yg mampu execute nak buat apa.

Hamzah. 3.23 pagi. 9 Julai 2021. Jumaat

Published by razorjr

Research and Academician

One thought on “Moving Forward

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: