Kenkadang otak dan badan perlukan rehat

Aku rehat lari hujung minggu ni.

Banyak juga celoteh di media sosial minggu ni.

Aku skg pun malas sgt nak komen lebih2 dah. Aku samada komen sikit dan tak maki sgt macam dulu. Cuma tulis “aku sokong dibuat demikian”, atau “saya kurang bersetuju dibuat demikian” atau memberi pendapat seperti menyoal kembali.

Dunia ni bukan sempurna beb. Buatlah apa nak buat. Bahkan nak hentam ke tak hentam ke ikut suka. Yg penting dapat luahkan perasaan tu.

Yup tu yg aku pikir. Depa tulis, depa pikir, depa cakap tu sebenarnya nak luahkan apa yg terkandung dalam pemikiran. Itu bagus. Buatlah, nasihatlah, ikut suka nak tulis apa.

Cuma satu, jgn kecam sgt dan berlebihan aje. Luahkan takpe mcm kenapa la depa ni mcm ni, kenapa depa ni mcm tu. Bla bla bla. Tp jgn sampai terlalu kecam teruk sgt.

Melainkan mmg perlukan kecaman teruk. Hahahaha.

Ok bab larian.

Setiap sebulan extensive training aku akan rehat 3 hari full. So bermaksud Sabtu-Ahad (hari ni) dan Isnin (esok) aku akan berehat. Tengok training aku for June.

Sebab apa?

Badan perlukn rehat juga tp jgn lama. Kene reset dan bagi ready for next extensive training in July pulak. Pastu pastikan selang dua hari maksimum atau sehari minimum rehat bagi yg non atlit mcm aku.

Sebab apa? Atlit level dia makan suppliment lagi tiap2 hari. Makan kene jaga dan jadual training kene ikut.

Untuk diri aku yg bukan atlit tak perlu sampai tiap2 hari TAPI TAK SALAH jika orang lain nak lakukan berlari tiap2 hari atau pagi petang.

Komitment aku sebagai keluarga, educator kat pengajian tinggi dan lain2 lagi adalah perlu diuruskan juga. So aku termasuk kategori NON-ATLIT yang cukup sekadar berselang dah ok.

Sebab utama lain adalah kita bukannya menumpukan atlit sebagai kerjaya. Tak perlu risau sangat pace anda tu. Jika laju sgt itu bonus. Itulah digelar citizen runner.

Ada byk citizen runners yg power2. Mcm champ Marathoner kita Muhaizar tu pun seorang citizen runner. Dia bekerja juga dlm army. Tp dia power sebab boleh mengekalkan prestasi dia smbil bekeluarga dan bekerja. Dan ingat senang ke nak maintain gitu. Byk pengorbanan beb dan displin masa dan makanan kene ikut.

Salam Penghujung Ramadhan 1440H

Salam semua,

Benarlah.

Apa yang aku tahu semakin kita bertambah usia dan kematangan meningkat kita akan dilihat lebih mendiamkan diri dan bersabar.

Sesuatu itu dilihat dengan lebih mendalam.

Tetapi yang mematangkan kita sebenarnya bukan usia tetapi pengalaman itu lagi penting.

Lagi banyak peristiwa kita lalui dan harungi menjadikan kita semakin pikir dengan mendalam.

Ada yang memilih jalan extreme iaitu terus sahaj malas bercakap dengan orang tersebut jika berlaku pergaduhan

Ada yang walau apa pun terjadi dia memilih jalan berhati hati agar tidak termasuk topik yang lain dalam sesuatu perkara.

Sukarnya menjadi orang dewasa ni adalah satu proses.

Satu proses yang lama kelamaan kita akan menjadikan kita kuat dan seterusnya memberitahu anak2 apa itu masa depan sebagai dewasa.

Sebagai contoh.

Apabila anak2 anda sudah membesar, mereka masing masing kena pastikan ada bilik masing2.

Jika tidak akan berebut balik dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Jadi buatlah atau carilah bilik atau rumah mengikut bilangan ahli keluarga.

Dari segi aurat kena jaga.

Ini bukan zaman dahulu. Ini zaman yang mengikut tuntutan agam yang betul. Iaitu jaga aurat antara sesama bukan mahram.

Bukan lagi tidur lambak.

Kecuali yang lelaki mungkin boleh dilambakan tidur depan dan perempuan semua satu bilik khas siap bilik mandi.

Itu jika tak mampu menyediakan bilik yang banyak.

Orang semakin bertambah, usia pun semakin bertambah.

Diam tak diam, banyak perkara berlaku.

Adakala kita buat silap, jadi move on dan baiki. Tak perlu risau teramat sgt. Jika boleh baiki, baiki. Jika memang tak boleh buat apa maka mohon sahaja maaf dan terima sebarang hukuman yang ada.

Move on dan teruskan hidup.

Kenkadang banyak posting difacebook aku pun jarang baca komen sgt, too much negativity.

Aura kehidupan mereka terpalit dengan negatifan yang mungkin affect kita.

Jadi aku pun tak tengok sangat komen kecuali yang tidak melibatkan politik sejak beberapa bulan lepas dah.

Aku rasa baik aku fokis mcm mana nak improve apa yang boleh aku improve untuk pelajar2 yang aku ajar setiap sem.

Btw, itu sahaja buat masa ni. Aku ucapkan Selamat Beribadah Ramadhan untuk apa yang tinggal lagi ni…dan Selamat Hari Raya Aldilfitri.

Ramadhan 15, 1440 H

Salam Ramadhan,

Lots of stuff happened since the beginning of Ramadhan 1430 H.

Some families received unpredictable news with tears and sadness…and some other received good news with joys and laughters…

Ada sebahagian kita mendapat pangkat dan harta yang bagus sempena keberkatan Ramadhan kali ini.

Ada pula sebahagian kita kehilangan anggota keluarga seperti saudara kita yang di Palestin dan Syria atau mana2 lokasi di dunia ini.

Bahkan ada yang tidak disangka diusia muda telah pergi dahulu.

Terfikir.

Saya selalu berfikir. Apakah yang paling utama dalam dunia ini untuk akhirat kita?

Jawapannya sememangnya mudah iaitu berebut pahala sebanyak mungkin atau lebih tepat lagi mencari bekalan akhirat.

Namun sejauh mana kita lakukannya?

Apakah yang sebenarnya kena buat untuk dapatkannya?

Jawapan bagi saya:

Earn more in order to give more

Earn apa?

Jika kita seorang berharta, cari sebanyak mungkin harta dengan niat membantu sebanyak mungkin orang dan umat manusia ini.

Jika harta kita sedikit tapi ada ilmu, share sebanyak banyak mungkin melalui

  • Facebook
  • Kuliah2
  • Buat video online
  • Dan lain2 lg

Lagi kita bagi ilmu yg sepenuhnya kita ada lagi bagus.

Jika kita ada kurang harta atau kurang ilmu, tapi ada kekuatan fizikal maka tolonglah dgn cara berikut:

  • Berbakti dgn menolong masyarakat setempat dalam aktiviti2 yang memang melibatkan fizikal
  • Mempertahankan agama, bangsa dan negara dari ancaman sebarang anasir buruk

Maka

EARN MORE itu bermaksud buat sebanyak mungkin cara untuk bagi harta banyak, ilmu banyak, dan kuatkan diri supaya kita boleh GIVE MORE = bagi banyak2, share banyak2 ilmu dan tolong banyak2.

Niatkan itu kerana Allah S.W.T demi umat kita.

Allah jadi kita ni sebenarnya untuk tolong orang lain.

Mereka yang susah contohnya. Mereka bukan berniat nak lahir sebegitu.

Mereka yang kelainan fizikal, mereka bukan berniat nak jadi begitu.

Mereka yang diserang, mereka bukan diminta berniat nak tiada rumah.

Sebab itu yang bernasib baik ini kena tolong.

Kena give more with us must earn more.

Jadi, suntikan semangat baru!!!!

Selagi kita hidup ini, DO AND EARN MORE, for us to HELP, SHARE and GIVE MORE.