Cuti

Cuti.

Sebenarnya cuti yang diberi tahunan jika penjawat awam ni baik guna dari menahan diri nak simpan untuk hari tua.

Bukan apa, sebagai penjawat awam ada dipanggil sebagai GCR. Gantian cuti rehat. Pendek kata dapat duit nanti bila dah pencen sebagai ganti tak guna cuti.

Aku GCR ni simpan bila ada lebih aje. If tak memang aku guna aje.

Bukan apa, kita di dunia ni pun taktau silap2 mati sebelum dapat pencen. Bila bekerja, bekerja kuat betul sampai cuti pun sanggup taknak bazirkan demi nak bekerja.

Sedangkan boleh aje saje2 amik cuti rehatkan diri kat rumah ke. Cuti nak uruskan anak ke atau cuti di luar musim cuti sekolah (tak jem jalan bila buat mcm ni) ke dan sebagainya. Aku mmg buat pun mcm tu.

Kadang2 sanggup tahan sakit datang kerja sedangkan boleh aje pergi klinik dapatkan MC bagi rehat dan cergas baru ke tempat kerja. Dari menjangkitkan orang lain atau terjejas nak buat kerja.

Aku pun bgtau staf di jabatan aku tak usahlah simpan sangat cuti tu. Ambik la cuti dan santai2 rehat di rumah pun takpe.

Hidup dgn tenang dan tanpa stress itu bagus. Ni dah stress keje byk buat, amikla cuti sehari dua. Bagi tenangkan diri atau buat long run 21km ke 42km full marathon ke sebagai reward nak enjoy berlari selepas kerja stress dah. Atau main game seharian ke dgn amik cuti. Tapi aku rasa majoriti yg tua2 dari aku maybe jarang main game dah kot. Generasi Y ke atas aje byk main game ni. Hahahha.

So, minggu depan ramai nak start bercuti dah. Ade yg hujung minggu ni dah start cuti dah. Ade yg pertengahan minggu depan dan makin nak dekat raya makin byk. So rancang perjalanan anda ye.

Thanks kepada sahabat aku @helmyemran yang amik gambar aku.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment