Bazar Ramadhan KL 2019

Salam,

Alhamdulillah aku berpeluang datang ke tempat baru bazar ramadhan yang sebelum ini di Jalan Tar, sekarang di depan Dataran Merdeka.

Aku pergi ke sana area jam 10.30, ikut Duke sebab nak elak jem di Jalan Kuching.

Kemudian parking di Kompleks Dayabumi. Aku nasihatkan parking aje dalam ni dari parking kat luar. Kang kene clamping macam kereta dalam gambar ni.

Kemudian berjalan dalam 300 meter maka sampai lah khemah pertama.

Memang ramai amat manusia dalam tu. Cuma tak singgah kedai sebab just nak tengok2 aje.

Tapi ini membuktikan sini lagi bagus sebab:

1) Banyak tempat parking berbayar dan official berbanding di Jalan Tar

2) Ada Aircond beb!!! Tak rase panas sgt walaupun ramai2 org mcm tu

3) Meriah dan sapa yang taknak gi masuk khemah jualan boleh lepak kat food truck atau di padang Dataran Merdeka.

4) Memang selesa la beb.

So bagi aku, aku nak rate berganda lebih bagus dari Jalan Tar yang takde aircond, gelap dan panas.

Balik setelah 1 jam lebih maka kene RM4 aje untuk sejam lebih. Kereta selamat dan bawah bumbung. Dari kene clamp bayar duit beratus.

Tapi ikut nasib gak. Boleh aje park tepi jalan tp ikut nasib la if polis trafik taknak saman atau clamping.

Jelajah Larian – Seniman Run 2.0 di Dataran Merdeka

Ok.

Ini first time aku jejak kaki di Dataran Merdeka.

Cantikkan gak kawasan persekitaran ni sebab sepanjang berlari dapat lalu banyak bangunan2 tinggi dan best betul persekitaran KL ni.

Parking mudah rupanya di Dayabumi Complex cuma mahal gile lar rm4 per hour tu. Aku kena rm8. Sebab dua jam.

Maka aku kena pastikan aku lari laju2 yang boleh dan tamatkan awal. If tak lagi mahallah parking

So, larian aku ni first 5km ok aje dengan masa sekitar 23 minit lebih.

Selepas tu masa nak masuk km ke 6 dan 7,8 mulalah aku dah menyerah sebab bukit beb. Bukit!!!!!. So aku rasa dah berjalan hampir 4,5 minit in total dan tamatkan dlm 54 minit untuk 10km.last dua km aku cuba nak lajukan balik tapi sekadar pace 5:21 dan 5:01.

Tapi Alhamdulillah dapat tamatkan dengan baik.

Dengan 3 kali seminggu aje latihan, ini dah amat menakjubkan bagi aku.

Sekarang cuba nak dapatkan bawah 20 min for 5km dan bawah 50 minit for 10km tapi agak sukar sedikit sebab memerlukan tambahan hari iaitu 4,5 hari per week untuk train. Boleh aje dgn 3,4 hari per week tp kena intensif jugak.

Sebab bawah 20 min per km untuk 5 km dan 50 minit untuk 10km memang memerlukan training plan yang betul serta permakanan yang betul.

Aku nak dapatkan 22:15 min total untuk 5km setelah dua tahun lebih.

Dari last aku dapat 25 minit untuk 5km pun setahun lebih.

So ianya memang ikut keupayaan individu itu sendiri. Dan berapa banyak makanan berkhasiat di ambil