Ok.
Ini first time aku jejak kaki di Dataran Merdeka.
Cantikkan gak kawasan persekitaran ni sebab sepanjang berlari dapat lalu banyak bangunan2 tinggi dan best betul persekitaran KL ni.
Parking mudah rupanya di Dayabumi Complex cuma mahal gile lar rm4 per hour tu. Aku kena rm8. Sebab dua jam.
Maka aku kena pastikan aku lari laju2 yang boleh dan tamatkan awal. If tak lagi mahallah parking
So, larian aku ni first 5km ok aje dengan masa sekitar 23 minit lebih.
Selepas tu masa nak masuk km ke 6 dan 7,8 mulalah aku dah menyerah sebab bukit beb. Bukit!!!!!. So aku rasa dah berjalan hampir 4,5 minit in total dan tamatkan dlm 54 minit untuk 10km.last dua km aku cuba nak lajukan balik tapi sekadar pace 5:21 dan 5:01.
Tapi Alhamdulillah dapat tamatkan dengan baik.
Dengan 3 kali seminggu aje latihan, ini dah amat menakjubkan bagi aku.
Sekarang cuba nak dapatkan bawah 20 min for 5km dan bawah 50 minit for 10km tapi agak sukar sedikit sebab memerlukan tambahan hari iaitu 4,5 hari per week untuk train. Boleh aje dgn 3,4 hari per week tp kena intensif jugak.
Sebab bawah 20 min per km untuk 5 km dan 50 minit untuk 10km memang memerlukan training plan yang betul serta permakanan yang betul.
Aku nak dapatkan 22:15 min total untuk 5km setelah dua tahun lebih.
Dari last aku dapat 25 minit untuk 5km pun setahun lebih.
So ianya memang ikut keupayaan individu itu sendiri. Dan berapa banyak makanan berkhasiat di ambil