Salam,
Okeh kali ini berkaitan Hotel di Chitose pula. Jarak Hotel ini adalah 300 meter aje ke station keretapi ke airport. Tapi kami ada airport transfer free so naik van yang disediakan khas sahajalah.
Kami duduk sini pada 7 Feb setelah menaiki train dari Sapporo ke Chitose (bukan Minami Chitose ye). So pilih CHITOSE sahaja. bukan MINAMI CHITOSE. So semua train akan lalui Chitose ini. Tapi untuk MINAMI CHITOSE tak semua. Pilih aje mane train kat Sapporo Station tu.
Pro:
- Hotel ini kami amik Queen Size bed. tapi cukuplah tidur empat orang anak dua orang kecik lagi.
- Ada sofa kecik
- Kelengkapan semua okeh.
- Hotel ini macam baru lagi sangat.
- Dekat sangat aje dalam 300 meter dengan station train. Sebenarnya banyak hotel lagi tapi ntah kenapa Agoda reveal hotel ini aje. Sebab mungkin Jepun punya hotel owner taknak syarikat luar promotekan sangat hotel mereka. So kena melalui mereka baru okeh kot. Atau memang dah abis dah bilik.
Cons:
- Bilik macam biasa. kecik aje bilik2 hotel Jepun ni
- Service receptionist memang tiptop
- toilet Bidet style.