Assalammualaikum and Good Evening,

Kali ini aku nak add entry berkaitan hotel:

Nest Hotel Sapporo Ekimae
3-star
Chome-9 Kita 2 Jonishi, Chuo Ward, Sapporo, Hokkaido 060-0002, Japan
+81 11-222-6611

Hotel ini aku tempah dalam menggunakan Agoda. Dan tempahan ini adalah 5 hari sebelum berlepas ke Sapporo!!!. Sebab tiket pun beli seminggu sebelum (sebab baru tahu minggu depannya itu cuti seminggu sekolah), so kelam kabut jugak cari hotel yang dekat dengan Sapporo Station dan Odori Park.

Maka kami pilihlah hotel ini. Harganya janganlah ditanya jika last minute dan dekat dengan Odori Park. Serta kebetulan ada Sapporo Snow Festival ke-70.

Apakah Pro and Consnya?

Pro:

  • Hotel ini aku rasa amat strategik sebab terletak di jalan kereta yang tidak sesak dan bukan main road. Road ke hotel ini penuh salji. Nanti tengok gambarlah.
  • Korang nak ke main road boleh melalui Cross Hotel sebab dia sediakan ruangan pejalan kaki menuju ke main road. Dan dekat aje dengan Family Mart serta Lawson. Dua dua ni macam 7-Elevenlah tapi lagi banyak benda.
  • Receptionist dia boleh berbahasa Inggeris
  • Sediakan coffee percuma tapi kami tak minum pun sebab kandungan taktau apa dia letak.
  • Apa dalam bilik juga lengkap. Toiletries, ada peti sejuk, ada coffee/tea, wifi percuma, tv siaran Jepun, cawan dll. Itu lengkap. Air mineral aje takde sebab boleh minum from the tap.
  • Water Heater dia bagus dan berfungsi dengan baik. Tandas takde tersumbat
  • Ada tiga katil yang diletakkan rapat2. Satu katil letak barang dan dua katil lagi buat tidur. Macam jadi katil besar sebab dicantumkan.
  • Pemandangan bagus boleh tengok luar snow.

Cons:

  • Bilik tidur hotel Jepun memang sempit. Muat2 aje katil + nak solat.
  • Tandas jenis Bidet, tapi aku guna aje air pancuran tu sebagai paip sebab boleh mudah alih.
  • Lain semua ok.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s