Going back home, Malaysia

Salam,

Salji dan sejuk.

Salah satu kejadian Allah yang amat menakjubkan bagi aku.

Ya memang aku agak “jakun” sebab aku tak sambung study overseas dan tak pernah ke negara salji. So aku buat posting ini dengan tujuan pengalaman aku sendiri.

Apabila kaki dipijak diatas salji, terasa takjubnya salji ini dan kegembiraan yang ada didalamnya.

Kalau di Malaysia, panas sangat anda boleh berteduh dan nanti insyaAllah ada angin sepoi2. Pakai baju pun sama aje. 365 hari jenis sama sahaja. Tak perlu tebal2 pun.

Aku maksudkan outdoorlah. Jika indoor itu lain cerita.

Tetapi jika sejuk dan bersalji ni, kelengkapan kena benar2 lengkap. Dan jika berteduh bawak pokok pun akan tetap sejuk. Kena cari masuk dalam bangunan yang ada heater. Jika takdak still sejuk. Takleh sorok.

Itu beza sejuk dan panas.

Jika diikutkan, cukuplah hanya sekali merasa winter salji. Mungkin selepas ini merasa Autumn, Spring dan Summer di negara2 lain pula.

Sejuk ni sukar buat budak2 dan jugak kita yang dewasa ni. Jika di atas paras beku tidak mengapa tetapi jika di bawah paras beku itu pergerakan agak terbatas.

Namun itu hikmahnya Allah turunkan salji itu kepada kita manusia. Tanda keagungan Allah Yang Maha Besar mampu membuat segalanya.

Salji yang berwarna putih ini amat empuk dan terasa macam ABC yang kita tempah dan makan di Malaysia. Tidak tergambar perasaan semasa menyentuh salji itu. Sejuk tapi sangag mengembirakan.

Tetapi kita tak tahu apa perancangan masa hadapan. Aku merancang nak pergi Sapporo ni pun seminggu sebelum. Beli hari jumaat 25 Januari 2019. Kemudian ke Sapporo pada 2 februari 2019. Hahahah. Tiket dan hotel aku taknak cerita. Sebab ianya amat memakan kos yang tinggi.

Tapi pengalaman amat amat mahal diperoleh di sini. Berbaloi dan super berbaloi. Cukup once in lifetime orang kata. Banyak ilmu dapat.

Entahlah, jika diizinkan rezeki dan masa serta lain-lainnya, akan kembali ke sini. Jika tidak waktu winter mungkin di waktu lain.

Apa2 pun Sapporo amat mengembirakan kami sekeluarga.

Walaupun sehari sebelum anak aku demam tonsil yang agak teruk sehingga suhu 40 celcius siap mandi lagi di KPJ Damansara pada jumaat 1 feb 2019. Alhamdulillah beransur pulih pada 2 feb dan sambung makan ubat sewaktu tiba di Sapporo.

Sihat walafiat semasa di Sapporo Alhamdulillah!!! Cuma anak aku yg kecik dia ada selsema sikit kena bagi ubat Paracetemol sehari sekali untuk bagi dia tahan skit sejuk. Tp sampai Malaysia nanti tak bagi dah kot sebab dah semakin sihat.

Dugaan banyak juga sewaktu nak berangkat ke Sapporo ni.

Hampir tiap2 hari aku dan isteri keluar membeli barangan perkakasan winter. Kos mmg 4 angkalah sebab kami semua tiada lagi kelengkapan tersebut. Selepas ni dah ada pengalaman mudahlah buat kami. Cuma yang anak2 kecik ni kena beli balik sebab nanti bila nak pergi lagi (jika pergi lg negara winter) kenalah beli baru sebab dah besar. Kami mungkin sekadar satu dua aje.

Bab kasut dan sarung tangan jangan main2. Kena beli yang betul2 super dry atau kalis air atau salji atau sejuk. Baju thermal mesti ada bagi sesiapa yang pergi negara bawah suhu beku. Memang perlu ada. Tapi jika suhu sekadar 5 ke 10 celcius itu mungkin tak perlu. Apa2 pun korang kena alami sendiri baru tahu badan tahan ke tak.

Kami sediakan semampu dan sebanyak boleh. Alhamdulillah atas bantuan isteri aku, banyak benda aku belajar. Dia banyak bantu dan search Google serta dpt bantuan nak cari kedai2 di Sapporo dari keluarga mertua.

Aku cuma tinggal nak explore dan nak cari ke Snow Festival di Odori Park dan Tsudome sahaja. Lain2 bab train dan streetcar serta lain2 pun bersama2 sama explore + dptkan bantuan keluarga mertua + blog2 and facebook.

So sebab tu aku tulis balik tu. Mungkin ada yang tak lengkap tapi korang leh search sendiri part yang aku tertinggal.

Mcm nak ke Gunung Moiwa, naik streetcar aje dari Susukino station subway. Kena keluar dari Susukino tu kemudian lari skit ke streetcar. Kemudian naik aje mana2 streetcar sebab dia loop. Berhenti kat Ropeway Iriguichi. Itu contoh. Googlelah sendiri jika nak membantu.

So kami di airport Chitose ni dari jam 6.50 pagi. Sampai airport naik kenderaan bas kecik kepunyaan hotel Queen Hotel Chitose ni. Dalam 10 minit sampai terus dari 6:35 pg. Makan serba ringkas dahulu.

Sampai airport macam biasalah, beratur dan bergambar serta pemeriksaan kastam.

Amay merindui Sapporo ni sebenarnya. Banyak pengalaman berharga diperoleh.

Dari segi budayanya, mmg diakui budaya mereka memang berdisiplin MAJORITINYA. Bukan nak kata semua 100%, tetapi majoritinya dan KEBERSIHAN masyaAllah tandasnya AMAT BERSIH.

Mana2 aku gi semua bersih.

Jalan bersih

Koridor jalan pasaraya bersih.

Walaupun bersalji esoknya kembali bersih.

Tong sampah? Sukar dicari dan orang pun tak buang merata. Memang bersih dan LANGSUNG TIADA PUNTUNG ROKOK.

Teksi canggih dan bagus ikut meter.

Adab mereka itu penting. Yang sepatutnya umat Islam Malaysia ni ikuti.

Dan sebenarnya Islam yang patut begitu. Pembersih dan Berdisiplin.

Apa2 pun ini amat amat membawa kesan positif kepada aku dan famili. Walaupun aku ni jakun aje lebih sebab first time gi negara salji. Tapi itulah, banyak benda dipelajari.

Bab makan mmg susah la buat aku yg lidah Melayu. Mmg susah skit hahahhaha.

So, aku tulis ni dalam flight menghala ke Kuala Lumpur. Harap membawa ilmu yang bermanfaat buat pembaca yang baca website aku ni.

Malaysia. Walau apa pun jua negara setakat yang aku pergi, akan aku stay dengan Malaysia.

Hamzah Asyrani Sulaiman

11:21 pagi waktu Sapporo dalam Flight

Jumaat 8 Feb 2019

Suhu semasa berlepas -12 celcius

[Updated 10:49 pm] Alhamdulillah dah sampai rumah mertua dan berehat. Sempat makan Satay kat RnR Dengkil tadi. Kekenyangan makanan Malaysia tanah airku.

Semoga berjumpa lagi dalam trip selanjutnya nanti bulan March pula 😎😎.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: