Salam,
Hari ni hari penghujung buat aku dan famili kembara di bumi Sapporo pada trip kali ni.
Banyak kenangan dan peristiwa2 penting berlaku di Sapporo yang amat membawa memori kepada kami semua.
Penat berjalan, susah nak cari jalan dan pelbagai lagi berlaku namun semua kesusahan mengharungi semua itu adalah untuk pengalaman.
Membawa maksud lepas ni jika ada rezeki untuk datang lagi, insyaAllah mudahlah semuanya sebab dah pernah lalui.
Kami check out jam 11 pagi sebab check out mmg jam 11 pagi. Kami drop luggage kat lobby hotel untuk disimpan dan jenjalan tangkap gambar di Former Hokaido Government Building dahulu.
Banyak juga gambar ditangkap dan divideokan. Salji pun lebat turun dan sangat mengamit memori untuk diingati.
Kemudian kami pulang ke hotel dan menempah teksi ke Sapporo Station. Kos dalam 670 yen sahaja. Dekat aje sebenarnya tapi sebab bawak beg berat.
Terus sahaja kami angkat beg dan seret ke stesen itu.
Tiket berharga sekitar 2000 yen untuk dua dewasa dan seorang kanak2.
Kami boleh pilih mana2 train sebab semua boleh melalui Chitose. Tetapi TIDAK semua melalui Chitose New Airport. So disebabkan kami tunggu dulu di Chitose semalaman, maka kami boleh pilih mana2.
Sampai sahaja di station Chitose (dalam 13 station gak sebab kitorang pilih yg stop semua tempat), kami terus tekan ke 1F turun lif dan naik teksi 480 yen aje sebab 300 meter aje. Queen Hotel Chitose. Sebelum ni di Sapporo kami duduk di Nest Hotel Sapporo Ekimae.
So pemandu teksi tu mcm tak suka aje sebab hantar dekat sgt tp nak buat mcm mana beg banyak.
So sampai hotel tu Alhamdulillah dapat check in terus dan tempah Airport Transfer ke airport pada jam 6:35 pagi esoknya.
So kami rehat dan makan di hotel.
Sekitar jam 6:15 ptg kami berangkat ke Chitose New Airport untuk mencari makan. Naik train aje Chitose ke New Chitose Airport. Satu line aje ade so kene pilih betul2.
Tambang 870 yen sahaja. 350 yen per adult dan 170 yen per child. So tu sehala. Pergi balik ade la dalam 1740 yen. Macam sekitar RM60 tau.
Tapi bagi depa murah aje sebab currency depa strong.
So jenjalan di Airport sambil pinjam stroller percuma yg mcm dekat AEON Malaysia tu khas untuk baby. Tak perlu pengenalan diri dsbnya sebab depa mmg percaya kat kita. Dan drop aje mane2 yg disukai.
So kami jenjalan dan singgah kedai mesra muslim food iaitu
Doraibuin ito butadon specialty store (Butadonmeijin)
Open : 8:00ļ½21:00
So kami singgah makan sebab tercatat di cermin pintu masuk by Halal Japan.
Maksud depa ni mesra muslim food adalah mereka ni menyediakan makanan dan perkakasan muslim yang asing. Gune barang halal dan perkakasan halal. So depa ada jugak saji benda2 tak halal. Cuma ada bahagian untuk halal.
So kami order makanan dan makan mengikut menu halal tu.
Setelah makan kami pun beredar naik train ke Chitose semula. Rehatkan dan kemaskan barangan sebab esok nak bangun awal.
Alhamdulillah thanks kepada laman2 web dan juga isteri yg bercommunicate dengan keluarga beliau (keluarga mertua) berkaitan tempat2 tertentu untuk disinggahi di Sapporo dan Chitose ni.
Untuk itu aku pun share jugak agar korang pun dapat search dan manfaat benda benda penting ni.
8 feb kami akan berlepas pulang dan akan buat topik keberangkatan pulang dan rumusan sepanjang di Jepun. Berkaitan adab, peraturan dan lain2nya di sini.
Tapi apa yang aku nak sampaikan, manusia ini sama sahaja. Mereka tidak sempurna. Usah kata siapa terbaik. Anggap semua terbaik dan sederhana. Cuma bezanya adalah majoritinya bagaimana dan minoritinya bagaimana. Tp dua duanya tetap wujud sampai akhir zaman. Tiada yg 100% hebat dan sempurna.