Salam, hari ini merupakan hari full day ketiga berada di Sapporo.

Baiklah hari ini kitorang bangun agak awal jugak dan bertolak agak awal. Tapi taklah awal sangat sekitar 8.30 jam Jepun jugak (7.30 waktu Malaysia).

Pakai pakaian yang hampir sama aje sebab jaket ko tetap kena pakai. Melainkan ko dah singgah shopping mall dan dalamnya ada pemanas. Tp shopping mall pun sejuk jugak tp taklah sesejuk kat luar. So pakai aje jaket tu.

Bergerak ke subway Sapporo sebab taknak jalan diatas, terus sahaja ke Sapporo Station yang besar tu. Sampai sahaja di sana, terus beli tiket subway ke Sakaemachi (Toho Line).

Disebabkan kami datang ni hari biasa dan luar office hour, maka taklah ramai subway ni. So duduklah dalam train ni dan sampai di stesen Sakaemachi sekitar jam 9.30 pagi rasanya.

Kemudian kami naik ke atas dan tengah snow. Ada bas terus shuttle bus 100 yen aje untuk dewasa dan kanak2 free. So bayar 200 yen untuk kitorang berempat la. Sampai di Tsudome area dalam 5 minit aje. Dekat.

Sebaik sahaja sampai tengah snow lebat skit, so masuk indoor dulu. Indoor macam kat Malaysia aje. Taklah banyak sgt aktiviti dan Malaysia pun boleh buat yang indoor aktiviti ni. So kami wait kejap dan terus ke outdoor main salji yang dah tengah renyai2.

Dan Alhamdulillah, dapat kami jejak kaki tepat pada waktunya untuk aktiviti main salji ni.

Tsudome outdoor activity ni banyak benda boleh buat. Kami bergambar dan macam2 lagi. Korang google aje Tsudome Snow Festival 2019. Ada aje gambar dan aku akan tempek sebahagian gambar kat sini nanti.

So pelbagai aktiviti kami main dan luangkan masa. Salji juga turun dan dapat main salji ketika itu. Inilah priceless moment yang wang ringgit tak dapat beli. Kepuasan dan nikmat Allah berikan kami luangkan masa bersama.

Antaranya Kami main snow rafting yang ditarik sebuah kenderaan bermotor dan kami duduk dalam raft. Harganya 600 yen dewasa dan 400 yen kanak2. Kemudian kami ada bergambar juga kenangan Sapporo Snow Festival 2019 oleh jurugambar kat situ.

Seterusnya kami beli some souvenirs dan pulang ke Sapporo Station direct gune bas shuttle 210 yen per adult. Takpayah lalu subway. Senang dalam 20 minit aje sampai Sapporo Station.

Kebetulan Zayn tengah tidur, kami pun bergerak nak cari Mee Jawa. Dia atas sikit dari Sapporo Station. Tp malangnya tutup lak. Kami pun patah balik dan singgah The Kebap. Kedai Turkey yang pemiliknya dah 25 tahun berada di Sapporo ni. Aku tanya tu aku dapat tahu. Pesanlah lauk nasi yang kebetulan ada dalam menu.

Seterusnya kami pulang hotel dan berehat. Beli dulu sekali lagi Cheese tart di JR Tower kat Sapporo Station.

Rehat dan solat serta mandi and tidur sehingga jam 8.30 malam. Kemudian bersiap dan pergi ke Tanukikoji Shopping Street gune teksi aje. Penat dah nak jalan. Bayar 830 yen aje per trip nak ke sana sampai direct terus takpayah jalan2 dah.

So kami membeli belah coklat kat situ dan souvenirs. Tax kami claim kat situ juga sebab kedai tu provide tax claim counter. Pekerja tax counter pun ada bangladesh jugak. Hahahhaha.

Kemudiannya kami bergerak ke sebuah restoran Fugetsu. Dia sediakan Muslim Friendly punya makanan dan semua perkakasan adalah asing. Ingredient dia bagi pun semua yang tiada unsur binatang haram tu. So kami order lah makanan. Set dia besar2 so berbaloi order 1 menu untuk dua org. If tiga orang mcm kami, kami order 2 set makanan.

Seterusnya selepas makan kami gerak pulang juga naik teksi. Penat beb nak jalan. Sempat main snow depan hotel sebab esok 7 feb nak berangkat ke Chitose duduk kat situ sementara nak pulang ke Malaysia pada 8 Febnya.

Itulah serba sedikit di Sapporo pada hari ini. Namun Malaysia yang panas tetap dihati. Memang seronok di negara orang ni, tp disudut hari, negara tempat kelahiran kita ni tetap terbaik.

Malaysia negara yang 24/7 dan 365 hari dalam setahun anda dapat keluar pakai sejenis aje baju. Tak perlu macam2 jenis pun. Semua style musim panas aje.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s